Who Am I Actually (Part 5)

2.7K 228 105
                                    

Gempa: Kalau tak silap saya... Saya pernah ceritakan tentang kisah silam saya, kan?

Yang lain mengangguk sambil cuba mengingat kembali akan situasi di mana Gempa pernah ceritakan tentang kisah silamnya. Dia pernah sebut tentang keluarganya dan dirinya yang pada awalnya belajar dengan private tutor sehinggalah dia bersekolah seperti pelajar biasa tapi dibuli. (Chapter Know About Me Part 2)

Gempa: Dan... Saya pernah sebut bahawa saya juga pernah dibuli, kan?

Sekali lagi soalannya dibalas anggukan.

Gempa: Ya, di situlah terjadinya macam-macam benda yang sangat saya takuti selama saya membesar menjadi pelajar biasa di sekolah biasa.

Taufan: Maksud kau... Kau dibuli.. Bukan seperti orang lain biasa membuli?

Gempa mengangguk.

Gempa: Dahulu saya mempunyai rambut yang panjang. Kalau tak silap paras pinggang saya panjangnya. Dan saya gemar pakai skirt sebab arwah ibu dan ayah saya pernah katakan bahawa saya nampak cantik dengannya. Jadi, saya ingin kekal jadi cantik seperti yang mereka berdua inginkan. Tapi...

Tiba-tiba suasana bertukar suram tatkala Gempa mula menggantungkan ayatnya. Keenam-enam kembar tadi pun mula berasa cuak. Adakah Gempa teringatkan sesuatu yang tak sepatutnya?

Gempa pun mengigit bibirnya.

Gempa: Ada budak-budak nakal cemburu dengan saya. Mereka benci dengan saya yang jenis cepat mendapat perhatian orang sekeliling dan disayangi cikgu. Jadi, mereka mengupah budak-budak lelaki untuk cuba lakukan perkara yang keji ke atas saya.

Halilintar terdiam. Mendengar penerangan Gempa, dia terus teringatkan situasi di saat dia bersama dengan Gempa pada suatu malam itu. Gempa berceritakan tentang kisah dirinya kepada Halilintar dan hanya mereka berdua sahaja yang ada pada waktu itu. Tiada sesiapa pun tahu bahawa keadaan mereka itu kelihatan sangat rapat sekali.

Thorn: Jadi... A-apa jadi..? Apa yang diorang buat dekat Gemgem?

Gempa: ....ada yang hampir cuba untuk rogol saya.

Blaze: Apa?!

Ais: Eeii... Kejinya.

Solar: Umur muda-muda macam tu pun dah tahu buat kesalahan macam orang dewasa? Manusia ke apa tu?

Gempa: Entahlah. Dan... sepanjang hari saya rasa ketakutan. Saya rasa tak selamat. Macam saya pernah cakap, saya dah cuba untuk mengadu kepada cikgu-cikgu yang ada di sekolah tu, tapi mereka langsung tidak mempedulikan saya dan hanya memberikan kata-kata semangat.

Gempa pun mendongak lalu memandang ke arah Halilintar. Halilintar terkedu. Entah kenapa dia rasa Gempa seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu.

Gempa tersenyum.

Gempa: Dan... Sejak dari hari itulah.. Saya tidak pernah menceritakan masalah saya kepada sesiapa. Mahupun mengadu. Saya lakukannya sendiri dan saya berdepan dengannya sendirian. Tiada sesiapa.. Melainkan arwah ibubapa saya sahaja.

Deg!

Hati Halilintar tiba-tiba terasa sakit mendengarnya. Dia mengetap bibirnya.

'Kenapa? Kenapa aku rasa macam dia nak sampaikan sesuatu? Tunggu... Adakah dia nak maksudkan dengan apa yang pernah aku beritahu dia sebelum ni...? '

Dan tidak lama setelah itu, Halilintar pun mula teringatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah dia lakukan. Dan sudah tentu ia melibatkan Gempa.

Hali: Ini kerja kau 24 jam, kan?! Menangis macam perempuan! Itu je kan kerja kau?! Lemah! Lelaki jenis apa kau ni lemah sampai macam ni sekali?!

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now