Forgiveness (Part 3)

2.4K 239 68
                                    

Halilintar memandang ke arah Ais dengan wajah yang berkerut. Begitu juga dengan Taufan. Kedua saudara tertua di tempat itu tidak menyangkakan bahawa Ais akan berkata sedemikian.

Taufan: Apa yang kau mengarut ni, Ais? Kita kan tengah bincang pasal topik lain ni?

Ais: Ya, aku tahu. Tapi aku dah start rimas dengan Abang Hali yang nampak macam susah sangat nak sedar benda ni.

Ais melirikkan matanya memandang ke arah Halilintar.

Ais: Betul tak Abang Hali? Abang sukakan Gempa, kan?

Halilintar terdiam. Kini timbul pula berjuta persoalan di dalam kepalanya. Dan sudah tentunya kesemuanya adalah tentang Gempa.

'Aku? Suka Gempa? Betul ke? Tak.. Takkan. Gempa tu lelaki. Aku bukan gay. Tapi kenapa aku rasa apa yang Ais katakan tu macam betul? Adakah aku dah berubah? Aku ni gay ke? Segala yang aku buat selama ni menunjukkan perasaan suka ke? Betul ke... Aku ada perasaan dekat budak tu? Tak mungkin, kan? '

Halilintar mula mengigit bibir bawahnya. Kedua belah tangannya digenggam erat dan dia dapat merasakan bahawa tangannya kini mula menggeletar. Kenapa dia menggeletar? Adakah dia sedang panik? Adakah apa yang dikatakan Ais itu betul dan dia tertangkap?

Taufan: Hali? Kau ok tak ni?

Taufan, sebagai adik, memandang ke arah Halilintar dengan pandangan yang risau. Dia risau kalau satu-satunya abang kembarnya itu akan hilang tumpuan. Dan dia tidak mahu topik yang sedang mereka bertiga bualkan sekarang membebankan Halilintar.

Thorn: Abang Taufan!! Abang Hali!!

Serentak ketiga orang yang berada di ruang tamu tersebut memandang ke arah Thorn yang tiba-tiba muncul di bahagian tangga. Wajah Thorn kelihatan begitu panik sekali dan airmatanya juga mengalir banyak di pipinya.

Taufan terus bangun dan mendekati Thorn. Dirinya cukup risau dengan adiknya seorang itu.

Taufan: Thorn? Hey, kenapa ni?

Thorn terus memeluk Taufan dan menangis. Ais dan Halilintar pula mula bangun dari tempat duduk mereka dan mendekati Taufan dan Thorn bersama.

Hali: Thorn? Kenapa ni?

Thorn: Abang... Isk.. Isk... G-Gemgem... Gemgem dia... D-dia t-takde dalam bilik!!

Taufan: Apa?!

Ais: Kau dah masuk dalam bilik dia ke?

Thorn dengan cepat mengangguk. Dia melepaskan Taufan lalu menceritakan segalanya.

Thorn: T-tadi lepas s-sarapan Thorn k-ke bilik dan tertidur.. Isk.. Lepastu b-bila Thorn tersedar... Isk.. Thorn t-terus teringatkan G-Gempa... Isk.. Isk... T-tapi.. Bila Thorn pergi tengok- isk.. D-dia dah takde!! Waaaaa!!

Thorn terus memeluk Taufan semula. Dia terus menangis tanpa mempedulikan baju Taufan basah kerananya. Tapi Taufan sama sekali tidak kisah akannya. Dia mula menggosok belakang badan Thorn dan membawa Thorn ke sofa untuk menenangkannya. Ais juga ikut bersama.

Kini hanya tinggal Halilintar sahaja di bahagian tangga. Kerana ingin tahu, dia pun terus menaiki tangga dan membiarkan adik-adiknya menguruskan Thorn yang sedang menangis.

°•°•°_💕🌸●0●🌸💕_°•°•°

Halilintar sedikit kelelahan selepas menaiki tangga. Dia terus menghala ke arah bilik Gempa yang berada di bahagian paling hujung. Dia mendekati pintu bilik tersebut lalu menolak pintu bilik itu.

'Takde... '

Halilintar berjalan masuk ke dalam bilik kecil tersebut lalu melihat keadaan bilik itu. Sunyi. Tapi barang-barang Gempa masih ada. Begnya masih ada. Pakaiannya juga masih ada.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now