HSR 15

1.8K 126 1
                                    

Pagi-pagi lagi Akamar dan Akhmal sudah bersiap-siap untuk ke pasar itu semula. Kalau diikutkan mereka pergi semalam, tetapi Akhmal pula buat hal. Katanya sakit perut. Akhirnya, mereka menunda ke hari ini.

"Hari ni sure perut kau ok? Jangan kita dah sampai sana, kau sakit perut pula," soal Akamar. Risau juga jika hari ini mereka harus menangguhkan lagi misi pencarian maklumat mereka.

"Ya, aku dah ok. Kau jangan risau lah. Jom gerak. Nanti lewat pula," balas Akhmal sambil menunjukkan ibu jari. Mereka berdua mula bergerak ke kereta yang disewa oleh mereka untuk memudahkan segala urusan sepanjang berada bumi Sabah.

Sepanjang perjalanan mereka merancang dahulu apa tindakan yang mereka akan buat. Akhmal juga telah membawa kamera kecil bagi mengelakkan kecurigaan dan memudahkannya untuk membawa.

Mereka berdua tiba di pasar umum. Setelah memakirkan kereta di bawah pokok, mereka berdua bergerak ke arah lorong sunyi yang agak terlindung yang mereka lalui tempoh hari.

"Jom." Akamar mengangguk dan mereka berdua beriringan keluar daripada keluar.

Sampai sahaja di sana, mereka lihat kawasan itu agak lengang sedikit. Mereka memulakan pencarian mereka. Mata mereka tajam memerhatikan tindak-tanduk orang sekeliling di kedai makan yang Akamar perasan tempoh hari. Fuhhh ala-ala spy!

Akamar mengecilkan matanya apabila terperasan satu wajah yang sempat di cam ketika pertemuan lelaki-lelaki itu tempoh hari. Lelaki berwajah cina.

Lelaki itu kelihatannya bercakap-cakap dengan seseorang kemudian mereka berlalu dari situ.

"Weh! Jom jom jom! Aku nampak!" Akamar cepat-cepat mengajak Akhmal untuk mengikuti lelaki itu.

"Apa yang kau nampak? Aku tak nampak apa-apa pun." Mata Akhmal sudah melilau untuk mencari siapa-siapa yang mencurigakan tetapi tiada.

"Dah jangan banyak cakap. Jom." Akamar lantas meninggalkan lelaki itu dan berlari kembali ke keretanya. Akhmal hanya mengikuti gadis itu dari belakang.

Dia lihat lelaki misteri tadi sedang menuju ke keretanya juga. Akamar dan Akhmal lantas mengikuti langkah lelaki misteri itu. Mereka masih tertanya-tanya kemana lelaki itu pergi.

Akhmal segera menghidupkan enjin kereta yang disewa oleh mereka dan mengikuti Proton Wira dalam jarak yang tidak mencurigakan. Akhirnya, perjalanan itu membawa mereka ke suatu jalan kecil yang agak tersembunyi. Kiri kanan jalan kecil itu juga adalah hutan.

Mereka berdua terpaksa turun dari kereta dan berjalan kaki menelusuri hutan itu kerana jika hendak membawa masuk kenderaan, mereka akan diperiksa dahulu.

Mereka terus mengikuti jejak lelaki dalam jarak selamat dan akhirnya mereka berdua memerhatikan dari jauh. Sebatang pokok besar dijadikan sebagai tembok penghalang.

"Mal, on camera cepat. " Mereka berdua bergerak mendekati kawasan lelaki itu berada. Kedudukan mereka kini agak hampir dan Akamar melihat jelas bahawa ada jeti kecil di sekitar itu.

Dia melihat beberapa lelaki berbadan tegap menjaga kawasan sekitar.

'Ni kalau kena tangkap ni, sia-sia hidup aku.' Akamar sudah menelan liur melihat banyak lagi konco-konco lelaki itu di sekitar itu. Mereka semua lengkap bersenjata api dan nampak sangat-sangat berbahaya.

"Weyh, kau tak rasa ke apa yang kita buat ni membahayakan diri sendiri? Ini kalau kena tangkap, mampus kita. Tak ada peluang nak hidup dah. Jom la blah. Ni bukan bidang kuasa kita dah ni," ujar lelaki itu dengan nada risau. Dia mengajak Akamar pergi dari situ kerana dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Sekejap lagi lah. Kau rileks. Kita masih tak tahu lagi apa yang diorang bawa dalam kapal tu." Akamar menolak rancangan itu. Mereka berbisik-bisik bagi mengelakkan tiada yang mendengar. Akhmal pula sudah mula tidak keruan. Keberanian Akamar tidak patut ada saat ini!

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now