Ais: Mak, kitorang ni bukan macam Abang Hali, Abang Taufan dan Blaze yang pervert tu. Kitorang sedar apa yang kitorang buat dan kalau dalam nak tolong Gempa kami takkan terbawa suasana, lah.

Solar: Entahnya. Diorang tu je yang macam tu. Kami tak.

Ju: Haih... Macam tu pula.

Ais: Mak dan ayah pun belum bersiap lagi, kan? Baik mak dan ayah bersiap sementara kami tolong Gempa. Ok?

Amato: Betul juga dengan apa yang diberitahu Ais tu. Kita pun tak packing makanan lagi.

Ju: Hmm.. Baiklah kalau macam tu. Kami serahkan Gempa pada korang, ya?

Ais dan Solar mengangguk faham.

•°•°•°:▒(/・ω・)/▒:°•°•°•

Solar: Jadi, yang mana kau nak pakai dulu?

Solar bertanya kepada Gempa sembari mengeluarkan beberapa pakaian yang khususnya untuk perempuan. Sementara itu Ais juga tolong-tolong mencarikan baju yang sesuai untuk Gempa sehingga dia terjumpa topi yang ada gambar kartun barbie di depannya. Muka Ais berkerut.

'Menatang apa ni? '

Gempa: Uumm... K-kalau saya tak pakai tak boleh ke?

Solar memandang ke arah Gempa dan mengabaikan Ais yang kini sedang cuba pula untuk pakai blouse kembang yang sepatutnya dipakai oleh Gempa.

'Abaikan abang aku yang gila tu... '

Solar menghampiri Gempa lalu menepuk kepalanya dengan lembut.

Solar: Kau trauma, kan?

Gempa mengangguk menjawab.

Solar: Kau takut kalau orang akan ketawakan kau?

Gempa mengangguk lagi.

Solar: Kalau... Kitorang? Kau rasa kitorang akan ketawakan kau tak?

Gempa menggeleng perlahan.

Solar: Jadi? Kenapa kau tak anggap saja yang orang-orang tu semua macam kitorang?

Gempa mendongak dan memandang Solar yang kini sedang mengukirkan senyumannya untuk Gempa. Wajah Gempa kemerahan melihat senyuman Solar yang nampak sangat sesuai dengannya ditambah pula lelaki itu memakai cermin mata orennya yang unik itu. Fuh, cukup pakej!

Gempa: Uuhh...

Solar: Heh, mesti kau tergoda dengan aku, kan?

Gempa: ....hah?

Solar: Kau mesti terfikir yang aku ni nampak cool dan bergaya kan dengan apa yang aku cakap tadi. Takpe, aku tahu aku hensem. No need to look at me lama-lama macam tu.

Gempa berkelip-kelip hairan. Dia akui yang Gempa ni boleh tahan hensem tapi...

'Kenapa perangai dia... '

Gempa tidak mahu meneruskan kata-katanya.

Ais mengetuk kepala Solar setelah puas cuba memakai skirt yang sepatutnya menjadi milik Gempa. Dia mendengus kesal.

Ais: Kalau nak jadi syok sendiri pun tak payah nak melampau macam tu sekali. Kau ni rosakkan mood jelah.

Solar: Apa? Aku memang hensem pun, kan?
Ais: Yelah tu.

Ais menoleh semula ke arah Gempa.

Ais: Apa pendapat kau dengan skirt yang aku pakai ni? Cantik tak?

Ais bertanya kepada Gempa. Dia sempat berpusing-pusing macam seorang puteri yang turut menjadi persoalan juga kenapa Solar ikut join menjadi putera raja yang memusingkan puterinya seperti dalam tarian ball.

Gempa yang melihat telatah 2 kembar itu pun terus melepaskan tawanya yang selama ini cuba ditahannya. Ais dan Solar berhenti dari apa yang mereka sedang lakukan. Mereka berdua menatap ke arah Gempa. Wajah mereka terpegun melihat senyuman Gempa yang sedang ketawa itu. Mereka tak pernah sangkakan bahawa Gempa akan mempunyai senyuman yang begitu ikhlas sekali. Senyuman yang jelas menunjukkan dia sedang gembira.

'Gummy smile. How cute. '

Solar berdesis di dalam hatinya sambil tersenyum melihat ke arah Gempa.

Gempa: Tak sangka. Korang berdua ni hebat juga dalam menjadi pelakon komedi!
Ais: Hahaha biasa-biasa saja. Kami saja nak asah balik kelebihan kami berdua ni. Kan pernah menang dan menjuarai piala pelakon komedi paling terbaik.

Gempa: Eh?! Ais dan Solar pernah menang pelakon komedi?!

Ais: Tak pun. Itu saja nak tokok tambah cerita nak kasi kau lagi kagum.

Gempa tertawa kecil mendengar lawak hambar Ais. Boleh pula dia berjenaka macam tu!

Gempa: Hebat juga Ais sebab boleh yakin macam tu sekali untuk pakai skirt, ya?

Ais: Alah, buat apa nak malu? Aku pakai untuk diri aku dan aku hanya anggap orang yang tengok aku ni jenis yang tak kisah. Di situlah aku dapat keyakinan aku.

Gempa mengangguk faham. Rupanya Ais ingin memberikannya sebuah maksud tersirat di atas apa yang dia baru lakukan tadi. Sekarang baru Gempa faham.

Solar: Jadi, Gempa?

Gempa: Hm?

Solar: Kau rasa kau boleh cuba untuk pakai skirt kembali?

Gempa tersenyum lalu mengangguk.

Gempa: Yup! Dan saya rasa... Selagi saya bersama korang semua, saya takkan berada di dalam ketakutan dah selepas ni.

Solar dan Ais tersenyum mendengar jawapan daripada Gempa. Mereka pun keluar dari bilik bersama Gempa yang sudah selesai memilih pakaian untuknya pakai di pantai nanti. Kebetulan, yang lain juga sudah siap dan mereka pun mula bertolak selepas memasukkan barang-barang ke dalam kereta.










TO BE CONTINUE

Cerita agak hambar tapi author bangga. Hoho. <(‾︶‾)>

Ok tak lama lagi cerita ni dah nak habis. Banyak lagi sebenarnya yang author nak ulas dalam membikin cerita ni tapi kalau panjang sangat cepat bosan pula.

Harap semua faham. //lambat lagi nak habis jadi chill dulu semua~ Uwu

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now