Zara terdiam. Macam mana pulak dia boleh tinggal baju dalamnya di situ. Tak pasal pasal kantoi dengan Firdaus.

"Asal kau diam? Takut dah kantoi?", Soal Firdaus, sinis.

Dia geram melihat perempuan di depannya itu. Rasa mahu ditumbuk saja muka itu.

"Eh dahlah! Alang alang you dah tahu kan? Memang I curang belakang you pun. I tidur dengan dia! Puas hati you?", Ujar Zara dengan matanya dibesarkan memandang Firdaus.

Firdaus mengetap giginya menahan marah. Tangannya digenggam.

"You tahu tak sebab apa I terhegeh hegeh dekat you? Semua sebab duit la Firdaus!", Jerit Zara.

Firdaus tergamam. "Kau..."

"I tak cinta pun dekat you. Duit you je yang buatkan I melekat dekat you tahu tak? Tapi sekarang I dah muak dengan you. So I cari lelaki lain. Tapi terkantoi pulak dengan you. Oops", ujar Zara. Sengaja dia mahu membangkitkan kemarahan lelaki itu.

Firdaus melayangkan tangannya ke pipi Zara membuatkan Zara terduduk di sofa. Zara memegang pipinya yang kesakitan.

"Bodoh! Berani kau tampar aku ya!?", Jerit Zara. Dia melemparkan bantal sofa itu ke muka Firdaus tapi ditepis lelaki itu.

"Kau keluar daripada rumah aku sekarang! Aku tak nak tengok muka kotor kau lagi!", Halau Firdaus sambil menolak Zara.

Zara menolak kembali bahu Firdaus.

"Memang aku pun nak keluar la dari rumah ni! Tak hingin aku nak duduk serumah dengan lelaki macam kau! Puih!", Ludah Zara. Dia bergegas ke bilik tidur untuk mengemas barang barangnya untuk dibawa keluar.

Firdaus duduk di sofa sambil tangannya meramas rambutnya. Gila! Tak sangka perempuan tu begitu perangainya.

Setelah semua yang dia dah bagi pada dia, senang senang dia khianatinya.

Zara melangkah keluar dari bilik tidur sambil menarik bagasinya bersama. Dia melihat sinis Firdaus yang sedang duduk di sofa.

Dia keluar sambil menghempas pintu rumahnya.

Gigi diketap menahan marah.

"Arghhh!!", Jerit Firdaus. Botol arak di atas meja dilempar ke dinding sehingga pecah.

Dia dah salah memilih perempuan. Perempuan yang dia anggap seperti permata rupanya kaca!

Firdaus merenung dirinya yang terpantul di cermin. Tiba tiba fikirannya melayang mengingatkan gadis yang ditinggalkannya.

***

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam 45 minit dari Kuala Lumpur ke Bali dirasai agak penat bagi Hanis.

Hanis yang agak mengantuk memandang lesu Huzair yang sedang menarik bagasinya.

Wah, dia tengok Huzair segar betul. Mana taknya! Sepanjang berada dalam kapal terbang tadi pun tidur je dia. Hanis saja yang tidak dapat tidur kerana takut pertama kali naik kapal terbang.

Mereka berlepas dalam pukul 11.15 pagi dan tiba di Bali dalam pukul 2.00 petang. Cuaca pun agak baik pada waktu itu, nyaman dan berangin.

Selesai sahaja semua urusan, Huzair mendapatkan teksi untuk ke hotel yang ditempahnya.

Di dalam teksi, Hanis melelapkan matanya sebentar sambil kepalanya disandarkan pada bahu Huzair.

Hanis merasakan ada tangan yang bermain dengan bulu matanya. Dia membuka mata perlahan lahan.

Huzair tersengih melihat wajah mamai isterinya itu. Sengaja dia mahu mengejut Hanis dengan bermain dengan bulu matanya.

Hanis memandang sekeliling, dia dah dapat agak yang mereka telah pun tiba di hotel.

Rahsia Takdir Antara Kita Onde histórias criam vida. Descubra agora