20

1.7K 130 1
                                    

"Pengsan!" Ucap mereka serentak. Mula la adegan berlari turun tangga.

Mereka berlari sampai ke ruang tamu. Kelihatan Anis yang terbaring tidak sedarkan diri di atas sofa yang panjang.

"Kenapa ni?" Tanya Nadia risau.

Semua mata tertumpu kearah Airis. Airis mula rasa tak selesa.

"Bu-bukan aku." Jawab dia seperti tahu maksud disebalik pandangan mereka.

"Kalau bukan kau siapa?" Marah Nazhan. Matanya tajam menikam anak mata Airis.

"Ei kau ni!" Nazhan mendekati Airis.

"Stop Nazhan!" Jerit Haikal. Nazhan menghentikan langkahnya namun pandangannya masih menikam anak mata Airis. Airis menunduk takut.

"Ok macam ni. Angkat Anis bawa masuk bilik tetamu. Abang tunjukkan yang mana satu. Nurin and Airis ikut aku. Yang lain tunggu Anis sedar. Kalau rasa badan dia panas ambil air dengan kain letak dekat dahi dia. Faham?" Arah Nadia. Yang lain mengangguk.

"Jom." Nadia keluar diikuti Nurin dan Airis.

•••

"Macam mana Anis boleh pengsan?" Tanya Nadia lembut.

"Bukan aku yang buat. Tadi kitaorang berdiri dekat sini. Aku nak minta maaf je dekat dia. Tak lama lepas tu dia pengsan. Aku berani sumpah yang aku tak sentuh dia langsung. Dia yang tiba-tiba pengsan." Rayu Airis.

"Nurin kau fikir apa aku fikir?" Nadia memandang Nurin yang duduk di kerusi buaian milik keluarga Nadia.

Nurin mengangguk. Pandangan Nadia beralih kembali kearah Airis.

"Airis kau masuk dulu. Tapi jauhkan diri dari Nazhan. Dia mood tak okay tu." Airis berlalu masuk kembali.

"Hah penat la macam ni. Dia dah tahu yang dia tak boleh berdiri bawah panas lagi dia berdiri bawah panas lama-lama." Nadia mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelah Nurin.

"Actually I'm proud of you." Ucap Nurin. Nadia memandang Nurin pelik.

"Tak faham." Ucap dia.

"Aku proud dengan kau sebab segala ujian yang timpa kau dengan family kau hadapi dengan relax je. Kalau aku dah pening tak tahu nak nangis ke nak stress." Terang Nurin.

"Hah?" Nadia masih tak faham.

"Think about it, yesterday mama terpaksa pergi but kau still okay walaupun kau bangun dari pengsan terus mengamuk. And today, tiba-tiba Anis pula yang pengsan and kau yang arahkan semua orang untuk buat sesuatu. Boleh kira setiap masalah yang datang tu kau boleh settle kan la."

"Dah tak payah nak puji lebih. Kembang aku nanti. Jom la masuk tengok Anis." Ucap Nadia lalu pergi meninggalkan Nurin.

'Dah kembang tu cakap je la.'

Nurin bangun mengikuti langkah Nadia.

•••

"Naz? Follow aku kejap." Ajak Nurin. Nadia yang berada dihadapan Nurin tercengang.

Melihat pandangan Nurin sahaja sudah cukup untuk buat dia faham apa yang Nurin akan lakukan.

"Bawa Airis sekali." Bisik Nadia ke telinga Nurin. Nurin mengangguk.

Nurin pergi meninggalkan bilik tersebut. Nazhan pasrah. Sempat dia memandang Anis yang terbaring lemah.

"Tak payah nak acah heartbreak sangat la. Dia pengsan je bukan mati. Aku jaga dia. No worries." Ucap Nadia menghentikan langkah Nazhan.

Sempat juga mereka terdengar Haikal dan Haziq yang hampir tergelak melihat muka Nazhan yang tak habis-habis risau tentang Anis.

Nazhan berlalu pergi.

That Nerd Is Mine ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum