13

2K 149 8
                                    

Terasa seperti benda hangat yang terlekat pada belakang badan ku.

"Shush... Menangis la kalau itu buat kau lega. Aku dah cakap kalau nak menangis dekat bahu aku kan." Haikal memeluk tubuh kecilku erat. Aku tak berdaya dan hanya membiarkan sahaja diriku dipelukkannya. Kepalaku ku disandarkan ke bahunya.

"Be patience. I'm with you. Everything will be alright. Lepaskan apa yang kau rasa sekarang." Serentak itu juga aku menjerit. Air mataku tak henti menangis. Haikal sabar masih setia memujuk ku.

Lama-kelamaan tangisan ku reda. Perlahan Haikal melepaskan pelukannya. Dia beralih duduk dihadapan ku. Isakkan kecil masih terdengar dari bibirku.

"Now I know. Don't worry okay. I'm always with you to protect you." Dia melemparkan senyuman.

"T-thanks." Ucapku perlahan.

"You're almost welcome." Haikal setia dengan senyuman di bibirnya.

"Now tarik nafas dalam-dalam..." Aku mengikut katanya.

"Hembus... Tarik nafas... Hembus... Feel better?" Tanya dia kemudian.

Aku mengangguk.

"Jom masuk kelas." Haikal ingin bangun berdiri tetapi ditahan olehku.

"Ta-tak nak." Ucapku menggeleng perlahan. Haikal sepertinya faham apa yang kurasa kembali duduk menghadapku.

"Nad? Pandang aku." Perlahan aku menaikkan kepalaku memandangnya.

"Aku tau mesti kau malu sebab budak kelas dah tau kan." Aku kembali menunduk.

"Nad? You trust me?" Aku terdiam.

"Nad? You trust me?" Tanya dia lagi.

Aku menghembus nafas berat. Entah kenapa suaranya membuatku rasa tenang.

"Okay. Let's go." Perlahan aku bangun dibantu Haikal.

"But sebelum masuk kelas, aku nak suruh kau panggil Nurin dengan Anis. Cakap dekat diorang jumpa dekat tandas. Aku nak salin baju." Haikal mengangguk faham. Beg galas ku sejak tadi berada di tandas.

End Nadia p.o.v

"Nad!" Jerit satu suara yang datang dari arah pintu masuk tandas perempuan. Nadia yang baru sahaja keluar dari pintu bilik persalinan memandang kearah pintu masuk tandas. Kelihatan wajah Nurin dan Anis yang sedang berlari kearahnya.

"Kau okay?" Sama-sama mereka memeluk Nadia.

"Ye ye aku okay. Sekarang ni lepas. Aku tak boleh bernafas ni." Dengan pantas mereka melepas pelukan.

"Jangan buat macam tu. Kitaorang takut la." Ujar Anis. Sememangnya mereka takut melihat Nadia tadi ditambah pula penerangan yang Haikal beritahu tentang apa yang Nadia lakukan kepada Eliana.

Nadia menunduk. Dia juga tidak tahu kenapa dia tak dapat kawal emosi nya tadi. Perlahan air matanya jatuh kembali. Rasa menyesal wujud apabila mengenangkan kejadian beberapa jam yang lalu.

Nurin dan Anis mendengar isakan tangisan Nadia terus memeluknya agar dia tenang.

"Aku tak dapat kawal diri aku." Ucap Nadia diselang tangisannya.

"Takpe. Sekarang jom masuk kelas." Kata Anis cuba menenangkan Nadia.

Nadia menarik nafas dalam. Terpaksa juga dia pergi walaupun takut jika orang sekeliling menjauhinya.

Dia mengesat sisa air matanya dan bergerak masuk ke kelas bersama Nurin dan Anis.

•••

Nadia masuk kedalam kelas dengan muka yang agak cuak tapi masih dapat dikawalnya. Satu kelas terdiam.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now