6

2.3K 168 2
                                    

"ARGH!" Jerit seseorang dari dalam kelas 5 Crystal. Nadia dengan cepat masuk kedalam kelas. Dia diam terkaku. Anis!

"Lain kali jangan pernah nak dekat dengan boyfriend orang. Faham!" Airis mengepak tangan Anis. Anis masih menjerit.

"D-DIA NAK PIN-PINJAM KAL-KALKULATOR JE-JE LA ARGH!" Hampir patah tangan Anis.

"AIRIS!" Semua memandang kearah pintu kelas begitu juga Nadia dan Haikal.

Nazhan tanpa berlengah berlari ke arah Airis.

"Kau lepaskan dia." Suruh Nazhan apabila terlihat tangan Anis yang hampir terkepak.

"Why should I?" Airis masih ingin melawan.

"Lepas. Aku taknak jadi lelaki dayus tahu. So better kau lepas." Nazhan menggenggam penumbuknya Cuba menahan geram.

"Eh bukan selalu kau suka buli diorang ke. Kenapa? Dah insaf ke?" Tiba-tiba Aisha mencelah.

Tanpa sedar Nadia juga sudah mendekati mereka begitu juga Haikal. Nazhan tersenyum miring. Ini saatnya dia bongkarkan rahsianya.

"Aku cakap sekali dan semua yang tengah dengar sekarang ni jadi saksi." Keadaan diam seketika.

"She's officially my girlfriend." Semua yang berada dalam kelas terdiam begitu juga dengan Triple N dan Malaun. Airis dengan cepat melepaskan genggamannya.

Nazhan memang diam diantara Malaun tapi sekali kau tengok dia marah memang kau takkan menang. Lagi-lagi bila dia marah sebab benda tu hak dia. So better kau jangan buat hal dengan barang dia.

Nazhan mencapai tangan Anis dan membawanya pergi dari kelas itu. Satu kelas masih terdiam. Nadia memandang Nurin.

"Ikut aku." Nadia menarik tangan Nurin dan pergi mengikut langkah Nazhan dan Anis. Haikal memandang haziq yang turut memandangnya. Dia mengangguk dan terus pergi mengikut langkah Nadia diikuti Haziq.

Nazhan membawa Anis ke bilik kesihatan. Anis dirawat oleh jururawat disana.

"Siku dia terseliuh sikit. Kena hari-hari urut baru hilang sakit dia. Ada diantara kamu pandai mengurut tak?" Mendengar itu terus Nadia mengangkat tangannya.

Jururawat itu memberikan sebotol minyak urut kepada Nadia.

"Awak tolong la urutkan dia ye." Jururawat itu terus bangun selepas menyapu ubat di lengan Anis.

Nadia dan Nurin mengambil tempat disebelah Anis. Nadia mencapai tangan kanan Anis yang terseliuh dan mula mengurut siku kanannya perlahan dengan minyak urut yang diberikan jururawat tadi.

"Cuba cerita apa jadi tadi Nurin?" Haikal bertanya kepada Nurin memandangkan Nurin juga berada disana sewaktu kejadian ini terjadi.

"Macam ni. Tadi aku tumpang meja Nazhan sekejap sebab nak borak dengan Anis. Tiba-tiba si Muzai tu datang and cakap nak pinjam kalkulator Anis. Anis bagi je la pinjam. Masa Anis tengah hulur kalkulator tu Airis sampai. Apa lagi naik baran la dia." Panjang lebar penerangan Nurin.

Nazhan memandang Anis yang menundukkan kepalanya sedari tadi.

"Dah okay sikit?" Tanya Nadia selesai mengurut tangan Anis. Anis hanya mengangguk dan kembali menunduk. Perlahan Nadia memandang Nazhan.

"I need an explanation. Now!" Terdengar sedikit marah nadanya.

"Kitaorang dah couple 4 hari lepas." Terbeliak mata mereka yang berada di dalam bilik itu kecuali Nazhan, Anis dan jururawat yang sedang sibuk di dalam bilik rawatan.

"Sampai hati tak bagi tahu." Nurin menepuk perlahan paha Anis dan bercakap dengan nada merajuk.

"Takut korang marah je." Anis masih menundukkan kepalanya.

That Nerd Is Mine ✓Where stories live. Discover now