"Tak , sekarang ni Sha tak tahu nak buat apa . Sha memang nak maafkan dan terima abang Aiman tapi Sha tak rasa Sha mampu ,"suara Danisha kedengaran seperti dalam kekeliruan menyebabkan Afaaf lebih bersalah atas fikirannya tadi . 

Afaaf menarik nafas panjang dan memerah otak untuk mencari nasihat terbaik yang boleh dia berikan kepada gadis kegemarannya itu .

"Macam ni , korang dah berbaik , like boleh bercakap dengan each other , belum ?,"soal Afaaf , cuba memahami semula situasi antara kawan dan abangnya .

"Dah ,"balas Danisha sepatah . Afaaf mengangguk mendengar jawapan Danisha . 

"Ok , sekarang kalau Sha tak ready lagi , stay jelah dalam friendzone sebab bukan Sha nak buang along daripada hidup Sha teruskan ? Jadi , katalah kat dia yang Sha cuma akan jadi kawan dia sekarang ,"nasihat Afaaf membuatkan Danisha terfikir . 

'Kawan ? Mantanku , kawanku ? Tapi kenapa tak , ramai je yang masih berkawan dengan ex diorang ,'monolog Danisha . Dia akhirnya menerima nasihat Afaaf dengan hati yang terbuka .

"Ok , terima kasih Kak Af . Lain kali joinlah Sha dengan Lia lepak ,"kata - kata Danisha menyebabkan Afaaf tersenyum . Selepas bertukar ucapan salam dan selamat , Afaaf memutuskan talian . 

'Kawan ? Apa yang aku fikir tadi ?'

***

Hujung minggu tiba dan memandangkan Danisha tidak mempunyai apa - apa kelas dan tidak akan memulakan kerjanya di cafe sehinggalah jam 5 petang , Danisha mengajak Aiman Izzat , Dahlia dan Danisha keluar bersiar - siar di pusat membeli - belah yang biasa menjadi tempat lepak mereka .

"Nak buat apa sekarang ?,"soal Dahlia , memandang Danisha dan Daisy . Kembar itu menjongketkan bahu mereka bermaksud tidak tahu . Mereka bertiga memandang Aiman yang dari tadi sibuk dengan telefonnya , menyusun jadual band Daiyan mungkin . 

Aiman sentiasa sibuk tetapi menjadi pengurus kumpulan lelaki kegemaran ramai itu adalah minatnya sejak menceburi bidang itu dua tahun lalu melalui Daiyan .

"Aiman , aku tahu kau gila kerja tapi hari ni kita lepak , rilek rilek , boleh ?,"soal Dahlia , mengalihkan pandangannya ke arah Aiman dan hanya mendapat balasan senyuman daripada kawannya itu . 

"Jom , pergi makan dulu . Zi rasa lapar ,"kata Daisy separuh mengeluh . Dahlia hanya mengangguk setuju dan menanyakan soalan yang paling sukar untuk mereka jawab .

"Nak makan mana ?"

Aiman memandang Daisy yang memandang Danisha . 

"Sushi ?," cadang Aiman tetapi dengan keras ditentang oleh semua kawan - kawannya yang lain .

"Tak kenyanglah"

"Mahal"

"Nak nasi"

Aiman mengaru kepalanya yang tidak gatal , terlupa bahawa kawan - kawannya bukan seperti Daiyan dan ahli kumpulan The Boys Princess yang terlalu taksub dengan sushi . 

"Food court jelah ,"setelah mendapat persetujuan semua , mereka ke medan selera yang selalu menjadi destinasi apabila mereka tiada hala tuju .

Selesai makan , mereka mengambil keputusan menonton wayang di mana mereka terserempak dengan Ryan dan Adam , kedua -duanya ialah bekas teman lelaki Danisha . 

Ryan menunjukkan muka jijik , seperti melihat sesuatu yang amat kotor manakala Adam hanya tersenyum sopan seperti kebiasaan .

Dahlia memutarkan bebola matanya apabila Ryan mula mendekati mereka . Mengetahui pertemuan ini tidak akan menjadi indah , Danisha mematah balik , tidak jadi untuk menonton wayang . 

"Kenapa ? Malu ke nak tunjuk muka gatal kau tu kan aku ?," kata - kata yang keluar daripada mulut Ryan amatlah kesat namun jelas dan kuat menyebabkan semua orang berpaling ke arahnya . 

Adam yang berada di sebelah Ryan mula menarik lengan kawan baiknya itu , cuba untuk menggelakkan kawannya daripada melakukan perkara yang memalukan di tempat awam sebegini . 

Dahlia kepanasan mendengar kata - kata Ryan , pantang nenek moyangnya kawannya dihina di hadapan mukanya ! 

"Baiklah muka dia cantik , cun daripada muka kau yang macam sampah berkulat !!! ,"suara Dahlia jelas dan lantang , menarik lebih ramai penonton . Kawan - kawannya dengan segera menarik lengannya , ingin membawa dia pergi . 

"Lia , orang tengok tu ! Malulah ,"kata Danisha separa berbisik . Kalau bukan kerana mereka di tempat awam , Danisha memang tidak teragak - agak untuk menendang Ryan sehingga kakinya bengkak seminggu .

"Apa ? Kau panggil aku apa ?!" nada suara Ryan semakin meninggi . 

"Sampah berkulat ! Aku panggil kau sampah berkulat ,"balas Dahlia dengan nada yang sama dan Ryan hilang sabar . 

Tangannya diangkat tinggi , bersedia untuk memukul gadis itu tanpa sempat dihalang oleh Adam . 

1...

2...

Dahlia menutup matanya menunggu rasa sakit hinggap di wajahnya tetapi tiada apa - apa ... 

Perlahan - lahan dia membuka mata dan melihat kaki kawan baiknya mendarat di atas dada lelaki tak guna itu . 

"Kau berani sentuh kawan aku , kau tahulah akibat dia apa ,"kata Danisha , memberi amaran keras kepada Ryan sebelum mengajak kawan - kawannya pergi daripada tempat itu . Orang ramai ada yang merakam tanpa izin dan menepuk tangan , kagum dengan aksi Danisha sebentar tadi . 

'Lelaki ? Bukan satu keperluan setakat ni,' fikir Danisha sebelum meninggalkan pusat membeli - belah itu .

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now