Chapter 21

180 16 2
                                    

Danisha hanya mendiamkan diri apabila mendengar ketukan halus di pintu biliknya . Matanya yang lebam gara – gara menangis semalam amat jelas kelihatan . Hidungnya merah , wajahnya juga pucat . Sudah hampir seminggu dia tidak keluar daripada biliknya menyebabkan semua adik – beradiknya kerisauan . Tiada siapa boleh memujuknya keluar , malah Daiyan yang dia paling rapat pun tidak mampu membuat apa – apa .

Danish runsing . Adiknya seorang yang amat tabah dan kuat . Dia tidak pernah berasa takut atau menangis selepas kematian ibu bapa mereka . Malah , ketika ada khabar angin buruk yang menjatuhkan maruahnya , dia masih berdiri tabah . Dia tak pulang mengadu seperti Daisy ketika menghadapi masalah , dia cuma bertahan dan berdiam diri , menelan segala keperitan itu seorang diri .

Kali terakhir adiknya berkurung seperti ini adalah selepas dia berpisah dengan Aiman Harith , teman baiknya yang kini melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat . Selepas mereka putus , Danisha berada di dalam biliknya selama lima hari . Menangis tapi pada pagi hari keenam , dia kembali normal cuma dia menjadi seperti Danisha yang sekarang , playgirl , mempermainkan perasaan lelaki namun selepas dia keluar dengan Hilmi , dia kelihatan seperti dirinya yang dulu . Yang riang dan ceria . Danisha yang setia dalam percintaan . Adiknya yang dia rindui .

'Hilmi,'fikir Danish . Hilmi seorang budak lelaki yang baik . Tidak dinafikan , Danish amat menyayangi Hilmi seperti adiknya sendiri dengan hakikat bahawa Hilmi itu bukan sahaja anak sahabat ibunya malah dua pupunya . Dia juga amat rapat dengan Uncle Is yang dianggap seperti ayahnya sendiri . Pemergian Hilmi amat mengejutkan kerana tiada siapa mengetahui mengenai penyakitnya kerana Hilmi amat perahsia dan sentiasa berada jauh daripada kelurganya . Danish dan adik – adiknya yang lain turut bersedih namun dia tahu bertapa sukarnya bagi Danisha memandangkan adik perempuannya itu meluangkan lebih banyak masa bersama Hilmi berbanding orang lain .

Danish akhirnya mengalah dan berlalu daripada bilik Danisha , menjegukkan kepalanya ke arah bilik Dani yang gelap .

Terlalu banyak masalah untuk dia uruskan . Dia berharap adik – adiknya dapat melupakan insan yang sudah pergi dan melangkah terus ke hadapan .

Lagipun , majlis perkahwinannya sudah semakin hampir ...

***

Danisha menyentuh bingkai gambar yang mengandungi gambarnya dan arwah Hilmi semasa mereka di sekolah rendah . Dalam gambar itu , mereka berdua saling menarik rambut masing – masing , berebut gula – gula di tangan kecil miliknya .

Dia mengukirkan senyuman sayu . Kenangan – kenangan indah mereka bersama tertayang di fikiran . Gelak tawanya , senyuman manisnya , kata – kata usikannya kini tidak lagi dapat dia lihat dan dengari .

Namun , kini baru Danisha sedar bahawa Hilmi kepadanya hanya seorang sahabat . Seseorang yang tidak boleh digantikan namun perasaannya pada Hilmi bukanlah cinta , hanya sayang seorang sahabat kepada sahabatnya .

Danisha teringat perjanjiannya dengan Hilmi ..

'Hilmi dah tak lama... Mi ... Mi tahu ... hanya Aiman di hati Sha ... janji pada Mi ... Sha akan kembali ... pada dia ?'

'Sha ... janji denga Mi ...' dan dia balas dengan anggukan ...

Janji terakhirnya pada Hilmi ! Adakah sebenarnya selama ini Hilmi memang mengetahui isi hatinya ? Bahawa dia hanya menyayangi Hilmi sebagai seorang sahabat , bukan kekasih ?

'Hilmi , maafkan Sha tapi Sha janji Sha akan hanya bercinta dengan orang yang Sha cintai selepas ini . Tetapi bukan Aiman ,' kata Danisha dalam hati sambil menyentuh gambar Hilmi sebelum merapatkan ke dadanya .

'Aiman , perlukah kau terus menghantui hidupku selepas apa yang kau lakukan pada ? Bahkan kata – kata terakhir Hilmi juga melibatkan kau ! Cukuplah ,'monolog Danisha sendiri . Dirinya keliru dengan perasaannya sendiri terhadap bekas teman lelakinya .

Perlahan – lahan , dia bangun daripada katilnya dan keluar daripada bilik tidurnya .

Adik – beradiknya pasti risaukannya ....

***

Aiman menghempaskan badannya ke atas katil . Rambutnya yang masih basah menandakan dia baru usai mandi , dikesat kasar menggunakan tuala .

Telefon pintar miliknya yang sedang dicas , dicapai .

Instagram...

dxxisha_ah

kaulah sahabat , teman yang aku bakal rindui , moga tenang di alam sana ...

.

.

.

Aiman melihat gambar terbaru Danisha di The Wiliam Twin's Café . Dalam gambar tersebut , gadis itu melihat di luar ke luar tingkat dengan kerusi di sebelahnya kosong .

'Tenang di alam sana ? Ada orang mati ke ?,' soal Aiman sendiri .

'Tapi siapa ? Kawan Sha ke ?,'namun tiada sebarang jawapan yang dapat dia perolehi .

Akhirnya , Aiman yang mengedahkan persoalannya yang tidak mendapat jawapan . Dia pun membuka whatapps , melihat semula mesej kiriman sahabat lamanya itu .

Kad kahwin...

Aiman baru sahaja tiba di Malaysia kemarin . Setelah dia mendapat jemputan ke majlis perkahwinan Danish , dia segera menempah tiket pulang ke Malaysia . Tambahan pula universitinya sedang cuti dan sudah hampir dua tahun dia tidak pulang ke tanah airnya , rasa rindu terhadap keluarganya dan masakan tempatan kegemarannya menebal . Namun ada satu wajah yang sering bermain di fikirannya ...

Danisha , maafkan abang ...

Aiman nekad , kepulangannya kali ini tidak akan hanya berakhir dengan tangan kosong . Walau bagaimana cara sekali pun , dia perlu membaiki semula hubungannya dengan Danisha . Tidak hanya berbaik , namun menyambung semula hubungan mereka yang terputus .

Dia nekad ingin menjadikan Danisha miliknya kembali !!!

Itu janjinya dan kali ini dia tidak hanya bermain – main . Dia akan tunjukkan keikhlasan dan kesetiaan . Masih ada ruang untuk mengapai peluang kedua ...

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now