Chapter 27

172 11 1
                                    

"Kau Fatini ?! Fatini yang chubby itu ?,"soal Aiman terkejut dengan apa yang dia baru temui . 

Macam mana perempuan yang dulunya terlebih saiz sekarang jadi kurus dan cun seperti ini ? Aiman sedar hakikat yang Fatini ini sememangnya comel sewaktu zaman persekolahan dulu dengan pipinya yang tembam seperti pau tetapi dia tidak tahu yang Fatini akan kelihatan seperti model apabila dia kurus seperti sekarang . 

"Kenapa kau tak percaya aku Fatini ? Ya , akulah Fatini yang dulunya tembam itu . Ke sebab aku lawa sangat sampai kau tak cam aku ? ,"soal Fatini dalam nada gurauan tetapi matanya tajam menikam anak mata lelaki itu . Aiman bagai terpukau dengan keindahan mata cokat pekat milik Fatini yang seperti mengodanya untuk merenung lebih dalam namun sedar akan kekhilafannya , dia terus menundukkan pandangannya .

'Tak , aku dah ada Danisha ,'monolog Aiman sendiri . Dia kembali mengangkat wajahnya , melihat Fatini memandangnya seperti agak keliru . Wajah gadis itu yang sedikit berkerut akibat tindakan Aiman kelihatan sungguh comel .

'Tapi macam mana kalau Danisha tak terima aku ?,' Aiman berfikir sambil melihat wajah Fatini yang comel dengan kulit licin tanpa jerawat itu . 

Aiman tersenyum dan kali ini senyuman mempunyai maksud tersirat disebaliknya . 

***

Puan Fatimah menepuk lengan anak terunanya selepas mereka menghantar tetamu mereka pulang . 

"Jadi , macam mana ? Along suka tak anak Mak Cik Gayah tu ? Ibu sukalah Si Fatini tu , dah cerdik , cantik , sopan pulak tu ,"puji Puan Fatimah bertalu - talu . Aiman hanya mengangguk mengiyakan kata - kata ibunya . 

"Tapi , along rasa Sha lagi cantik ,"balas Aiman , diikuti anggukan daripada adik perempuannya , Afaaf . 

"Haah , adik suka Si Danisha itu . Baik , cantik , sopan , cerdik , kuat tapi tulah kan dah ada yang cukup lengkap dan memang suka kat dia , dia pergi curang . Mmmh ,"kata - kata Afaaf kedengaran amat pedas di telinga Aiman . Ibu mereka hanya mengangguk setuju , anak lelakinya memang buta . 

"Tulah , kesian Sha tu . Baik budaknya , rajin . Walaupun anak yatim piatu , tak pernah minta tolong kita , dia je yang selalu tolong masak bila datang sini dulu . Memang ibu suka dia tu ,"balas Puan Fatimah , sambil menjeling anak terunanya .

Aiman memandang ke arah Afaaf , meminta bantuan yang dia tahu dia tidak akan dapat . Afaaf muda dua tahun daripada Aiman , tua tiga tahun daripada Danisha . Mereka berdua ke sekolah yang sama dan Afaaf amat rapat dengannya tetapi situasi itu berubah sejak abangnya putus dengan gadis itu . Mereka masih rapat cuma ada sedikit rasa kejanggalan di antara mereka . Malah Afaaf juga turut hadir semasa majlis hari jadi Danisha dulu . 

Kekecewaan Afaaf terhadap abangnya mengenai Danisha bukan perkara mainan oleh itu Aiman tidak mampu membuat apa - apa dan hanya mendengar bebelan ibunya mengenai sebab lelaki perlu setia dan bagaimana ayahnya berjaya menawan hati ibunya untuk kali yang tiada siapa tahu . 

Aiman hanya mengangguk sambil menjeling Afaaf yang dengan selamba berlalu pergi . 

***

"So, Sha cakap yang along minta get back dengan Sha?" Afaaf terkejut dengan berita terbaharu yang disampaikan oleh Danisha .

"Ya , Kak Af , dan Sha tak tahu apa nak buat sekarang ,"adu Danisha , jelas meminta pertolongan Afaaf tetapi wanita itu lemas dalam lamunan . Fikirannya jauh terbang memikirkan kemungkinan impiannya untuk menjadikan Danisha kakak iparnya akan menjadi kenyataan walaupun mungkin agak sukar selepas apa yang abangnya lakukan kepada gadis itu .

"Kak Af ?,"suara Danisha menyentakkan Afaaf . 

"Oh , sorry sorry ! Sha cakap apa tadi ?,"soal Afaaf , berasa agak bersalah kerana tidak menumpukan perhatian pada perbualan mereka berdua . 

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now