Prolog

1.3K 49 1
                                    

"Sha !"

Aku kenal suara itu . Suara yang sudah dua tahun aku tak dengari suaranya . Jantung aku berdegup kencang . Sekali lagi aku terdengar namaku dipanggil .  Aku yang sedang menyusun hadiah berpaling . 

Aku tak sangka aku akan bertemu dengannya hari ini . Hari yang menyambut perkahwinan abangku . Tapi tiada apa yang ingin dihairankan memandangkan dia merupakan kawan abangku . 

"Abang Aiman ?,"kataku separuh berbisik . Aku amat terkejut dengan apa yang dilihatku sekarang .

"Abang buat apa kat sini ?! ,"soalku lagi tapi kali ini dengan nada yang agak kasar .

"Ini majlis kahwin kawan baik abang , jadi kenapa abang tak boleh ada kat sini ?,"soal Aiman Harith menimbulkan rasa geram di hatiku . 

"Memang tak boleh ! Berani abang munculkan muka abang lepas apa yang abang buat dulu ?," soalku , hampir teresak . Tubir mataku terasa panas . Aku cuba menahan air mata daripada jatuh . Cukuplah sebulan aku menangis kerananya . Aku tak mahu menangis kerana lelaki yang sama lagi . 

Aiman Harith seakan terkejut dengan kata - kataku . Wajahnya jelas terlihat riak wajah bersalah . 

"Sha , abang minta maaf . Abang mengaku ini memang salah abang tapi percayalah Sha , abang tak pernah lupakan Sha . Abang sentiasa cintai Sha walaupun selepas dua tahun berlalu , Sha ," kata Aiman Harith separuh merayu . Aku boleh melihat daripada matanya bahawa dia benar - benar menyesal . 

"Tengoklah dulu ,"kataku sebelum mengangkat kaki , meninggalkan Aiman di belakang . Aku rasa bersalah dengan perbuatanku tetapi mustahil aku akan memaafkan perbuatannya dahulu begitu sahaja . Tak selepas dia tinggalkan luka yang masih berdarah di hatiku . 

Aiman mengejarku . 

"Sha , abang takkan berputus asa dengan Sha ! Biarlah Sha bukan cinta pertama abang tapi Sha tetap akan jadi cinta terakhir abang ,"kata Aiman separuh menjerit . Aku terkejut dengan kata - katanya tetapi apabila aku berpaling , dia tiada lagi di dalam kornea mataku . 

Memori lama bermain di mataku . 

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now