Chapter 16

429 22 1
                                    

Fatini duduk di hadapan laptop . Gambar - gambar lama mengimbau kembali kenangan silam bersama - sama kawan di sekolah . Fatini melihat seorang gadis chubby yang sedang tersenyum . Rindunya pada zaman persekolahan namun masa berlalu dan semua orang berubah . Begitu juga dirinya .

"Fatini"

"Apa?"

"Aiman cakap dia suka aku"

Dia dulunya hanya seorang gadis yang chubby , yang hanya mampu memandang lelaki yang diminatinya bersama kawan baiknya . Namun sebaik SPM tamat , dia nekad untuk kejar cinta Aiman malah segalanya berjalan lancar apabila kawan baiknya , Adila yang juga bekas teman wanita Aiman putus dengannya kerana mahu mengahwini pilihan keluarganya . Tak sia - sia dia memberi nasihat pada gadis itu .

Dia telah merancang segala - galanya . Dia turunkan berat badannya sehingga 48 kg daripada 65 kg . Menyiasat setiap inci tentang Aiman namun jalannya terhalang apabila Aiman tiba - tiba sahaja menjalinkan hubungan dengan Danisha . Walaupun dia diberi peluang menyambung pelajaran di luar negara dan ditempatkan di universiti yang sama dengan Aiman namun lelaki itu tidak pernah melayannya atau mengendahkan dirinya .

Aiman tetap setia dengan teman wanitanya membuatkan Fatini cemburu . Dia mula merancang untuk memutuskan hubungan Danisha dengan Aiman dan selepas dua tahun , akhirnya dia berjaya .

Dengan usahanya , dia berjaya mengupah Mia untuk menggoda Aiman . Mia yang terkenal dengan sikap playernya mampu menawan hati Aiman yang kesepian di kota London ini dalam masa kurang daripada 2 minggu . Lalu Mia juga berjaya memutuskan hubungan Aiman dengan Danisha namun segalanya berubah arah pula apabila Aiman menjauhkan diri setelah berpisah dengan Danisha . 

Fatini buntu . 

Apa patut dia buat ?

Adakah dia patut lupakan Aiman yang mustahil untuk didapatkan ?

Atau teruskan misinya untuk mengejar lelaki idamannya sejak 7 tahun lalu ?

"Tak kira macam mana pun Aiman tetap akan jadi milik aku ...,"bisiknya sendiri .

***

Aiman hanya duduk sendiri di satu sudut di dalam perpustakaan . Matanya fokus terhadap nota yang disalinnya tadi namun hatinya tidak tenteram . Dia dapat merasakan banyak mata - mata yang memandangnya sedari tadi . 

"Yo , Aiman "

"Oh , hai Faris ,"balas Aiman ringkas . Faris yang sebilik juga sekursus dengannya mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah Aiman . 

"Kau study pasal apa yang Prof. Davis ajar tadi ke ?,"soal Faris dan Aiman mengangguk . 

"Haah tapi aku tak berapa selesalah duduk kat sini ,"kata Aiman , menjeling sedikit ke arah gadis - gadis yang duduk di meja hadapannya . Masing - masing kelihatan seperti sedang mengulang kaji namun selang tiga saat mereka akan memandang ke arah Aiman dan tersengih sesama mereka , berbisik juga tertawa riang . 

Faris juga turut memandang ke arah yang sama dengan Aiman lalu tersenyum tipis . 

"Sabar , bro . Susah jadi famous ini , ialah sejak kau putus dengan ex girlfriend kau , ramai terkejut sebab kau tinggal je Si Mia dekat KL pastu kau tolak pulak perempuan yang comel itu bila dia ajak kau couple . Hampir semua student Malaysia kat sini kenal kau dan ramai juga yang simpan perasaan kat kau so.. "

"Malas aku layan . Aku cuma datang sini nak study ,"Aiman memotong kata - kata Faris tanpa memandangnya . Dia terus mengulang kaji tanpa mengendahkan wajah Faris yang telah menunjukkan ketidakpuasan hati .

Faris yang kecewa kerana tidak dilayan turut membuka buku untuk dibaca namun ada sesuatu yang persoalan di dalam mindanya yang perlu akan jawapan dengan segera . Beberapa saat berfikir , dia mengambil keputusan menyoal terus soalan itu kepada Aiman .

"Tapi Aiman , boleh aku tanya sesuatu ?,"kata Faris memandang ke arah Aiman . Bibirnya di gigit sedikit . 

"Apa ?,"soal Aiman tanpa mengalihkan mata daripada buku di hadapannya . 

"Adakah kau masih simpan Danisha di hati kau ?"

Soalan itu membuatkan Aiman mengangkat kepalanya merenung mata Faris .

"You know the answer"

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now