Chapter 22

186 14 1
                                    

Danisha hanya memerhati tingkah laku Raisya yang sedang sibuk memasak . Bawang yang patutnya dipotong olehnya tidak menarik perhatian seperti mana wanita yang bakal mengahwini abang sulongnya itu . 

Danisha pernah bertemu dengan gadis ini lima tahun yang lepas namun dia tidak pernah menyangka bahawa wanita ini akan menjadi kakak iparnya dan abangnya menyimpan perasaan kepada Raisya sepanjang waktu persekolahan mereka dahulu . 

Danisha berasakan bahawa abangnya seorang yang sangat manis dan romantis namun dia masih berasa kesian terhadap abangnya . Dia tahu abangnya amat berminat untuk menjadi doktor tetapi demi keluarga mereka , abangnya sanggup mengambil alih syarikat datuk mereka yang dulunya diuruskan oleh ayah mereka .

Danisha tak menafikan semua pilihan yang dibuat oleh Danish sentiasa yang terbaik . Kerana Danish lah , adik - beradik mereka masih bersama walaupun Daiyan telah diambil anak angkat oleh seorang Tan Sri dan adiknya , Daisy , lebih banyak meluangkan masa di rumah mak sunya , tetapi keseluruhannya , mereka masih bersama . 

Citarasa abangnya terhadap perempuan pun tinggi , lihat sahajalah Raisya . Seorang doktor , cantik , tinggi , berbadan kurus , tidak ubah seperti seorang model . 

"Haish ,"Danisha mengeluh perlahan . 

Kalaulah aku cantik mana tu ...(Ini tak reti bersyukur namanya ...)

"Sha ? Sha ?? Shaaaa ?!!" Danisha tersedar daripada lamunannya . Wajah bakal kakak iparnya dipandang kosong . 

"Hah ?! Maaf ! Maaf ! Kak Long panggil Sha ke ?,"soalnya , sudah membiasakan dirinya memanggil wanita itu dengan gelaran ' kak long' .

"Tak , Kak Long tanya , bawang tu dah siap ke belum ? Nak tumis sambal ni," soal Raisya lembut . Danisha hanya menggarukan kepalanya yang tak gatal . Bawang yang berada di tangannya di tenung . 

'Alamak !!! Bawang tak potong lagi !!!,' Danisha dengan gelabah mengambil pisau dan mula memotong bawang namun kekalutannya menyebabkan dia secara tidak sedar , mencederakan dirinya sendiri .

"Auchh !,"jari telunjuknya yang terluka dimasukkan ke dalam mulutnya secara refleks . 

Daisy yang memerhatikan kakak kembarnya dari tadi menggelengkan kepala . 

'Tu lah , tak pernah masuk dapur ,' bisik hati Daisy , tidak berpuas hati dengan kembarnya . Mungkin semua orang menyayangi Daisy , menganggap dirinya ayu dan lemah - lembut , suci murni tanpa sebarang rasa benci dan iri hati namun Daisy juga manusia . Hawa nafsu dan syaitan juga ada pada dirinya .

Bagi dirinya , kakaknya sememangnya penyelamat dirinya namun dia tidak boleh menghentikan dirinya daripada berasa hasad terhadap gadis itu dalam diam . 

Kenapa Danisha ? Kenapa dia yang bijak ? Yang kuat ? Yang bebas ? Yang cantik ? Yang semua orang suka ? Dia pula yang lemah , yang sentiasa kalah , yang dikesiani , bahkan jodohnya juga telah ditetapkan sejak kecil . Dia tiada kebebasan untuk bercinta , tiada kehebatan dalam bidang luar daripada ilmu kerumahtanggaan . 

"Nah , Kak Long ! Bawang !,"kata Daisy dengan wajah yang ceria . Senyuman manisnya membuatkan Danisha tersenyum . Dia suka melihat senyuman kembarnya . Sentiasa kelihatan ikhlas dan bahagia . Alangkah bagus jika dia juga seperti Daisy , tiada masalah tentang lelaki , calon isteri dan seorang gadis yang sempurna , tak lupa juga dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan comel dan ayu . 

Dia pernah bersumpah kepada ibu bapa dan abang - abangnya untuk menjaga , menyayangi dan mencintai kembarnya sepertimana dia menjaga , menyayangi dan mencintai dirinya sendiri . 

Usai mereka memasak hidangan kegemaran abang sulongnya dan hidangan makan tengah hari yang lain, Danisha melangkah ke ruang tamu , menyapa tetamu - tetamu yang bertandang ke rumah mereka . 

"Pak cik , mak cik , jemputlah minum ,"ucapnya kepada bakal mertua abangnya . Kedua - dua orang tua itu hanya menganggukkan kepala dan tersenyum . 

Danisha memandang orang yang berada di laman rumahnya dengan pelik ,'siapa?'

Seperti mengetahui apa yang dia fikirkan , Encik Abu Bakar , ayah Raisya menjawab ,"Oh , yang kat luar tu adik bongsu pak cik , Rania . Dia tu bijak tau , dulu dia belajarkan kat Amerika , sekarang dah jadi doktor pakar psikologi . Seingat pak cik , Danish jumpa Isya semula masa dia pergi temu janji Si Rania tu lah ,"terang Encik Abu Bakar panjang lebar . Danisha hanya mengukirkan senyuman dan mengangguk dengan apa yang lelaki tua itu katakan .

Dalam diam , dia cuba mencerna maklumat yang baru sahaja diterimanya . 'Pakar psikologi ?,' fikir Danisha apabila secara tiba - tiba matanya bertentangan dengan mata wanita itu . Pandangan wanita itu amat tajam bagai menghunuskan pedang katana ke dalam matanya . Dengan segera , Danisha mengalihkan pandangan . 

'Kenapa ? Kenapa aku rasa berdebar sangat tadi ? Aura dia amat menakutkan , atau sebab dia pakar psikologi ? ,' Danisha menggelengkan kepala perlahan , cuba melupakan apa yang dia lihat dan rasa . Wanita itu ialah mak su Raisya dan orang yang membantu abangnya menghilangkan trauma akibat kematian ibu bapanya 

tapi kenapa dia rasa sesuatu tak kena ?

***

"Oh , jadi hantaran semua dah settle lah ni ?,"soal Dani kepada Danish , sementara mereka adik - beradik menyusun barang - barang hantaran dan persediaan perkahwinan supaya lebih teratur . 

Danisha hanya memerhati abang sulongnya hanya mengangguk dengan pertanyaan angahnya tadi . 

Angahnya kini kelihatan lebih sihat walaupun dia masih tidak seceria dulu . Kematian Aminah , tunangnya , amat memberi impak dalam hidup Dani . 

'Sekurang - kurangnya dia boleh tersenyum dan tertawa ,' Danisha masih ingat sewaktu Dani mengurungkan dirinya di dalam bilik gelap , tak mahu bercakap dengan sesiapa , malah tidak menghadiri majlis pengebumian Aminah . Mungkin dia rasa bersalah dan menganggap Aminah mati kerana ingin menyelamatkannya . 

Tiada siapa menyalahkannya , bahkan ibu bapa Aminah pun redha dengan kematian anak mereka . Mungkin sudah ajalnya tetapi Dani tidak . Mungkin kerana Aminah mati betul - betul di hadapan matanya ?

Danisha tidak tahu perasaan itu . Ya , dia tahu rasa kehilangan tapi Hilmi pergi dengan tenang berbanding Aminah ... 

Mendengar tembakan ...

Darah berlumuran pada pada badan orang yang kita sayang ... 

Tangan kita dipenuhi darah mereka ...

Danisha tidak dapat bayangkan bertapa menakutkan dan menyedihkan perkara yang abang keduanya alami .

'Kalau Aiman ...'

"Nooo ! Sha , nooooo! ," jeritan kecil Danisha menyebabkan semua orang berpaling ke arahnya . Muka adik - beradiknya dipenuhi dengan kerutan kebingungan . Danisha yang perasan mengenai perbuatan memalukan yang dia lakukan itu hanya tersengih .

"Hehe , maaf - maaf ! Tergelamun pulak , hehehe ,"kata - kata selamba dek Danisha menyebabkan mereka semua tertawa tetapi mereka tidak tahu bahawa ketawa mereka itu tidak akan bertahan lama ...

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now