Chapter 5

529 35 0
                                    

"Maaf lambat . Ibu minta tolong buat kerja amal sikit tadi ,"kata Adila lalu mengambil tempat di hadapan Aiman . Aima tidak membuka mulut dan hanya kaku di tempatnya namun dalam diam dia bersyukur kerana masih dapat melihat wajah gadis kesayangannya itu .

"So U nak cakap pasal apa ?," soal Adila . Shawl hitam dikepalanya di sentuh perlahan . 

"U orderlah dulu , lepas itu baru kita bincang ,"balas Aiman dan Adila akur . 

Tangan di angkat memanggil pelayan . 

Danish datang mengambil pesanan . 

"Nish , aku nak macam biasa , ya ,"pesan Adila yang merupakan salah seorang pelanggan tetap kafe ini . Senyuman manis dihulurkan . Adila antara rakan sekelas yang rapat dengan Danish selain Aiman dan Shahrul . 

"Jadi U nak bincang apa dengan I ?,"soal Adila sekali lagi . Riak wajahnya tenang tanpa sebarang resah atau takut . 

Aiman yang sedari tadi yang mendiamkan diri menghulurkan telefon bimbitnya kepada teman wanitanya . 

Adila menyambutnya dengan wajah kehairanan . Dia melihat gambar yang terpapar di skrin telefon Aiman dengan tenang . Riak wajahnya masih sama . Tiada langsung reaksi terkejut , mara atau bersalah . Hanya tenang . 

"Jadi apa yang U nak ?,"soal Adila selamba . Aiman agak terkejut berbaur marah namun dicuba sabarkan hatinya . 

"I nak tahu siapa lekaki itu dan apa hubungan U dengan dia ,"balas Aiman dengan dengan suara yang tertahan - tahan daripada marah . 

"Nama dia Muhammad Iman Faiz Firdausy Al - Amin bin Muhammad Syafaruddin Syafwan , dia ialah bakal tunang I ,"kata Adila masih dengan riak wajah yang sama . Tenang . Aiman sudah ternganga . 

"Bakal tunang ?! Dah I ni apa ? ,"Aiman terkejut besar . Matanya terbuntang . 

"Ya , dia bakal tunang I dan U pula bekas teman lelaki I . Sebenarnya dia anak kawan baik ayah I . Keluarga dia telah datang meminang I minggu lepas dan meminta I memberi jawapan malam ini . Mulanya I rasa berat untuk membuat keputusan sama ada U atau Iman tapi i dah buat keputusan ,"kata - kata Adila terhenti di situ sebelum dia menyambung . 

"I pilih Iman "

Hati Aiman hancur . Dia terkaku , tidak bersuara . Adila meminta diri , meninggalkan Aiman seorang diri dalam lamunannya yang panjang .

Aiman termenung sendiri . Makanan yang dipesan Adila tadi dipandang sepi . Dia mula teringat kata - kata terakhir Adila sebelum meminta diri .

"I mungkin akan kahwin dengan dia sebaik sahaja SPM tamat "

Ya Allah , SPM tak sampai dua minggu lagi dan kini dia sedar dirinya sekarang telah ditinggalkan oleh gadis yang dia paling cinta lebih daripada empat tahun .Gadis itu juga bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi dan lelaki yang bakal mengahwininya bukan dirinya , Aiman Harith , lelaki yang telah setia dengan gadis itu selama empat tahun tapi sebaliknya seorang lelaki dengan nama yang sangat panjang dan tak pernah dia temui , juga lelaki yang gadis itu baru sahaja kenali tapi perbezaannya Iman kaya , anak kawan ayah gadis itu dan dia , Aiman , hanya anak daripada pasangan suami isteri di dalam kalangan golongan kebanyakkan dan tidak berharta . 

Fikiran Aiman melayang ke peristiwa lima tahun lalu , peristiwa di mana dia dapat kenali Adila dengan lebih rapat ... 

Lima tahun lalu...

"Ok , semua . Hari ini cikgu nak perkenalkan kamu semua murid baru . Silakan masuk ,"kata Cikgu Iffan dan seorang pelajar perempuan berkaca mata masuk ke dalam kelas 1 Arabic Elite . 

"Hai semua , nama saya Nur Nadira Adila . Awak semua boleh panggil saya Adila ,"kata gadis itu dengan semua . Saat dia memandang ke hadapan , matanya terus bertaut dengan Aiman yang merupakan pelajar yang paling tinggi di kelas itu . Senyuman dihadiahkan . 

Aiman terkejut . Senyuman itu terlalu indah dan menyentuh hati lelakinya . Aiman membalas senyuman itu dengan manis . Gadis itu telah mencuri hatinya di saat pertama mata mereka bertentang . 

Gadis itu yang diminatinya dan dia telah meluahkan perasaannya kepada gadis itu . Perasaannya diterima tapi selepas empat tahun , gadis itu memberitahunya bahawa dia akan berkahwin dengan orang lain ?! Kenapa ?! Kenapa sekarang ?! Kenapa sewaktu dia amat mencintai gadis itu , gadis itu ingin meninggalkannya ?! 

Aiman menyalahkan takdir yang sudah tersurat dalam hidupnya . Dia merenung apakah kekurangan yang ada pada dirinya sehinggakan gadis yang dicintai pun boleh berpaling tadah kepada lelaki lain . 

Lamunan Aiman terhenti apabila terdengar jeritan seorang gadis ... 

"Lepaslah !,"jerit Danisha kuat . Cuba merentap tangannya yang dipegang kejap oleh seorang remaja lelaki yang berwajah gatal . Ikutkan hati mahu sahaja dia menggunakan judo dan angkat lelaki itu ke langit dan mematahkan tangan lelaki itu menggunakan karate . 

Baru sahaja Danisha ingin bertindak , Aiman datang . Tubuh Aiman yang setinggi tiang lampu itu berserta tubuhnya yang kurus dan berotot , menimbulkan rasa gerun di jiwa pemuda yang memandangnya . 

"Bila dia kata lepas , lepaslah ! Jangan sampai aku tembuk kau sampai lebam !,"kata Aiman penuh amaran . Suaranya yang tinggi menyebabkan remaja lelaki itu ketakutan dan melepaskan tangan Danisha . 

Aiman mendekatkan wajahnya dengan lelaki itu sebelum mengatakan sesuatu . 

"Kau kacau girlfriend aku lagi , aku bunuh kau ,"kata Aiman dengan wajah membunuh . 

"Tak abang ! Sumpah , bang ! Saya tak akan kacau dia lagi ,"kata remaja lelaki itu sebelum berlari keluar daripada kafe itu . 

Aiman memandang Danisha yang sedari tadi tidak mengedipkan mata dengan wajah jelas menunjukkan dirinya terkejut . 

"Girlfriend ?,"soal Danisha , matanya memandang tepat ke mata AIman . Aiman baru tersedar dengan kata - katanya tersengih . 

'Kalau Dila boleh ada orang lain , kenapa aku tak boleh ada penggangti dia ?,' bicara hati Aiman dengan penuh sinis . Namun semua orang tahu niat jahat takkan membawa perbuatan yang baik . 

"Danisha , abang dah lama minat Sha . Abang harap Sha setuju menjadi teman wanita abang ," kata Aiman penuh romantis . 

Danisha yang mempercayai kata - kata  Aiman terbuntang . Bagai impian menjadi kenyataan , lelaki yang diminatinya turut juga meminati dirinya . Dia fikir selama ini Aiman tidak pernah memandang dirinya sebagai gadis dan hanya memandangnya sebagai adik kepada kawan baiknya - walaupun sebenar memang itu yang difikirkan Aiman . Dia rasa sangat gembira .

Tanpa melepaskan peluang di hadapan mata , Danisha mengangguk setuju . Suaranya tela hilang dek kerana tergamam dengan kata - kata Aiman . Aiman terkejut dengan persetujuan Danisha namun terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata - kata terimalah akibatnya . 

Lagipun Aiman turut merasa Danisha itu cantik mungkin kerana dia adik kepada Danish , lelaki paling hot di dalam sekolahnya . Oleh itu , dia juga mewarisi kecantikan semulajadi kedua - dua ibu bapanya yang sangat menarik dan menawan . 

Sangat sesuai untuk menunjukkan dirinya telah melupakan Adila dengan Danisha di sisi . Aiman tersenyum manis ke arah Danisha dan Danisha membalasnya . 

Mungkin tak rugi mendapat girlfriend baru yang lagi cantik dan muda ?

Saat Aku Cuba Lupakan Kau ! (D's #4)Where stories live. Discover now