Ju: Sebenarnya.. Ini sepatutnya bilik anak sulung aunty.

Gempa: Anak sulung aunty? Halilintar ke?

Ju menggeleng.

Ju: Bukan.

Dan tanpa meneruskan kata-katanya lebih lanjut, Ju pun terus menarik masuk Gempa ke dalam bilik dan menutup pintu dengan rapat. Seolah-olah tidak ingin sesiapa pun tahu tentang apa yang bakal diceritakannya kepada Gempa.

Ju: Gempa, please promise me something. Janji yang kamu takkan beritahu anak-anak aunty tentang ni. Terutama sekali Halilintar.

Wajah Gempa mula berkerut.

'Kenapa muka aunty macam sedih semacam? Ada sesuatu pernah berlaku ke?'

Ju: Sebenarnya... Anak aunty bukannya kembar 6. Tapi mereka adalah kembar 7 yang sudah kehilangan abang mereka.

Mata Gempa terbelalak kerana terkejut. Dia tidak sangka. Tak, tak pernah pun sangkakan bahawa kembar bersaudara itu bukannya mempunyai 6 tetapi 7!

Ju: Dan ini sepatutnya menjadi bilik abang mereka.

Ju melihat keadaan dalam bilik tersebut. Sebenarnya bilik itu telahpun di renovate. Bilik yang asalnya berwarna gelap dan putih serta barang-barang di dalamnya hanya sesuai untuk lelaki, kini ia sudahpun berubah kepada bilik khas untuk perempuan.

Gempa: Umm.. Aunty? Boleh saya tanya? K-kemana perginya abang mereka?

Ju menoleh semula ke arah Gempa. Senyuman pahit terukir di wajahnya.

Ju: Dia telah meninggal sebaik sahaja dilahirkan bersama-sama dengan adik-adiknya.

Betapa sakitnya hati Gempa sebaik sahaja mendengar kisah daripada wanita tersebut. Hatinya terasa seperti mahu luluh setelah mengetahui tentang kebenaran tentang 6 kembar tersebut.

Ju: Sewaktu aunty mengandungkan mereka bertujuh, aunty sering mengalami masalah sakit di bahagian rahim dan sering juga berulang-alik ke hospital. Dan sebaik sahaja kandungan mencecah 8 bulan 10 hari, doktor menyatakan bahawa salah seorang dari anak aunty dan uncle akan mengalami masalah jantung kerana penyakit keturunan daripada keluarga aunty. Betapa teruknya keadaan aunty setelah mengetahui tentang hal tersebut. Siang malam aunty memikirkan tentang keadaan anak-anak aunty. Adakah mereka selamat di dalam kandungan aunty? Adakah mereka akan lahir dengan selamat? Adakah mereka dapat hidup sama seperti manusia biasa yang lain?

Gempa dapat melihat di hujung mata wanita tersebut, terdapat air mata jernih mula keluar. Wanita itu menangis. Mengingatkan bahawa betapa sedihnya dia tentang keadaan anak-anaknya.

Ju: Dan sewaktu melahirkan mereka, keadaan aunty sangat teruk. Mereka adalah bayu pramatang. Belum cukup 9 bulan mereka sudahpun lahir. Dan badan mereka cukup kecil. Paling berat pun hanyalah 2.8 kg sahaja. Mereka perlukan banyak alatan sokongan bagi meneruskan hidup. Dan aunty serta uncle sanggup lakukan apa sahaja dan menghabiskan duit kami demi memastikan mereka dapat hidup dengan baik. Tapi...

Ju mula menggigit bibirnya. Melihat keadaan wanita itu, Gempa tahu. Pasti apa yang bakal didengarinya selepas ini adalah salah satu perkara yang paling menyakitkan bagi wanita di hadapannya.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now