Dua kali dia memetik loceng, kelihatan pintu dibuka dari dalam dan terjengul kepala Huzair.

Amy tersenyum lebar. "Hai you!", Sapa Amy mesra.

Huzair mengerutkan dahi.

"Awak buat apa kat sini? Malam malam macam ni datang rumah saya. Nak apa?", Soal Huzair. Stress betul layan perempuan ni.

"Kalau ye pun, jemput la I masuk. Takkan nak biar I berdiri kat luar macam ni?", Ujar Amy.

Huzair risau. "Err.."

Belum sempat Huzair berkata, Amy menolak pintu dan menapak masuk ke dalam rumah.

Alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita yang sedang duduk di atas sofa. Matanya terbuntang.

"Huzair, siapa perempuan ni?", Soal Amy.

Hanis sudah berdiri. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni.

Huzair menggaru kepala. Buntu kepala otak dia.

Amy menolak bahu Huzair. "Siapa perempuan ni? Apa yang dia bu...omg. You all buat apa ni ha?", Amy mula menaruh curiga terhadap Huzair dan wanita itu.

"Jangan jangan, dia mistress you Huzair?", Tuduhan yang Amy buat membuatkan Huzair terkejut.

"Apa yang awak merepek ni Amy?", Soal Huzair.

"Habistu dia buat apa dekat sini? Ha Huzair?", Desak Amy membuatkan Huzair serabut.

"Dia isteri saya!", Akhirnya terpaksa dia melupakan arahan Datin Yasmin untuk tidak memberitahu hal sebenar.

"She what?", Amy menggeleng. No, no..

"Dia isteri saya yang sah.", Pening Huzair melayan Amy ini.

Amy menggeleng tidak percaya. Tak mungkin. Tetapi matanya tertancap pada satu frame gambar besar di dinding. Gambar nikah Huzair bersama perempuan itu. Lututnya lemah.

"No, no..", Amy cuba lagi menafikan.

"Kenapa you tak bagitau I. I mean, kenapa mama tak bagitahu I.", Soal Amy sambil memandang Huzair.

Huzair mengangkat bahu. "Itu awak kena tanya mama sendiri. Bukan tanya saya sebab mama yang suruh saya rahsiakan daripada awak. Kalau ikutkan hati ni, memang saya nak bagitahu je awak supaya awak tak kacau saya dah", ujar Huzair. Dia berasa puas.

Amy memandang tajam Huzair dan Hanis dengan silih berganti sebelum dia keluar daripada rumah lelaki itu. Dia harus berjumpa dengan Datin Yasmin esok! Wanita tua itu hutang penjelasan dengannya.

Hanis memandang Huzair yang sedang menutup pintu rumah. Dia tertanya tanya siapakah perempuan itu? Tiba tiba je masuk.

"Abang?", Panggil Hanis. Huzair seakan akan faham yang Hanis perlu penjelasan.

"Tadi tu Amy. Anak kawan mama. Dia tu suka dengan abang tapi abang tak suka. Mama pulak beria nak jodohkan abang dengan dia. Tak naklah abang dengan perempuan gedik macam tu.", Jelas Huzair. Dia tidak mahu isterinya salah anggap.

Hanis mengangguk faham. "Habistu, Hanis tak gedik ke?", Soal Hanis. Sengaja dia mahu tahu apa reaksi Huzair.

Huzair tersengih. Dia menghampiri Hanis.

"Sayang gedik jugak. Tapi gedik kesayangan abang!", Huzair terus mendukung Hanis membuatkan Hanis terjerit kecil sambil tergelak. Mereka berlalu ke tingkat atas.

***

Keesokan harinya, suasana pejabat yang lengang mula menghasilkan bunyi mesin dan aircond. Pukul 8 pagi, pekerja mula hadir bekerja. Ada yang muka semangat, ada jugak yang muka tak cukup tidur. Main game la tu sampai tidur lambat.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now