"Sebulan lagi akak dengan abang Luqman nak menikah. Hanis datang ke majlis kami ya.", Ujar Dahlia penuh harapan.

"Insha Allah kak. Akak jaga diri baik baik ya.", Dia tidak mampu berjanji sebab uminya sendiri melarangnya untuk datang ke majlis mereka.

"Hanis pun", dahlia sudah melangkah keluar daripada Mall itu.

Hanis kemudian perlahan lahan melangkah ke Starbucks semula.

"Hanis? Kau okay tak? Kau pergi mana tadi?", Soal Lisa.

"Aku terjumpa dengan abang aku tadi.", Kata Hanis, lemah.

Lisa sedikit terkejut.

"Abang kau cakap apa?", Soal Lisa. Dia melihat wajah sugul Hanis seperti mengagak Luqman telah bercakap buruk pada Hanis.

Hanis tersenyum.

"Lisa, aku nak pergi tandas sekejap.", Hanis kembali bangun dan menuju ke tandas.

Lisa hanya mengangguk. Dia perlu memberikan Hanis masa sedikit untuk menenangkan diri.

Hanis laju melangkah menuju ke tandas. Dia menahan sesak dalam dada, tak tahan dia menanggung sedih.

Sampai sahaja dia dalam tandas, Hanis terus mengunci pintu lalu duduk di atas penutup jamban. Dia menghamburkan tangisannya di situ. Sungguh sakit hatinya sekarang ini memikirkan kata kata abangnya.

"Sampai hati abang.."

Dia tidak tahu lagi cara untuk membetulkan keadaan. Keluarganya harus tahu yang dia tidak bersalah. Saat dia dilanda masalah, sepatutnya keluarga perlu bagi sokongan dan semangat. Tetapi apa yang keluarganya lakukan? Mencemuhnya? Menghalaunya? Allahuakhbar..

Hanis mengesat air matanya dengan menggunakan tisu. Dia mengeluarkan bedaknya dan memakainya. Dia perlu menghilangkan matanya yang sembap dan hidung yang merah.

Hanis bangun sambil membetulkan bajunya. Dia membuka pintu tandas dan sewaktu dia melangkah keluar, dia tidak sengaja langgar seseorang membuatkan orang itu terlanggar dinding.

"Ouch!"

"Ya Allah, maaf awak. Saya tak sengaja.", Ujar Hanis sambil mengambil handbagnya yang terjatuh.

"You buta ke? Jalan tu pakai mata la!", Marah gadis itu. Dia memicit bahu dia yang sakit akibat terlanggar dinding.

"Saya betul betul minta maaf. Saya tak tengok depan tadi. Tu yang tak sengaja langgar awak. Maaf ya?", Sungguh sungguh Hanis meminta maaf. Telefonnya berdering, Hanis melihat Lisa membuat panggilan.

"Lagi sekali saya minta maaf ya. Saya kena pergi ni." Ujar Hanis sebelum berlalu pergi.

Tiara hanya memandang dengan tajam Hanis yang melangkah pergi. Geram betul dengan perempuan tu. Habis sakit bahu dia.

***

"Huzair, terima kasih sebab tolong aku.", Amar menepuk bahu Huzair. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kalau Huzair tidak datang menyelamatkanya.

Huzair tersenyum. "Tak ada hal la bro. Kau tu, lepasni jangan nak main benda tu dah. Bahaya tahu tak? Dah la benda tu dosa.", Kata Huzair.

Dia tidak gemar mendengar sepupunya itu bermain judi. Sebab itulah bila tak ada duit, mulalah kena serang.

Amar mengeluh. Dia mula rasa menyesal dengan apa yang dia sudah buat.

"Tu la Huzair. Aku rasa menyesal sebab main benda tu. Kesan buruknya kena kat aku balik.", Kata Amar.

Huzair hanya mengangguk. Baguslah kalau dia rasa menyesal. Tak ada lah dia ulang balik kesilapan dia.

"Kau apa cerita sekarang? Aku ada dengar pasal perkahwinan kau.", Soal Amar. Dia tahu pun daripada ayahnya. Waktu tu terkejut juga dia, yelah, dia kenal sangat dengan Huzair yang kurang bersosial ni.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now