Who Am I Actually (Part 4)

Start from the beginning
                                    

Hali: Aduh... Ckh! Suka hati lah!

Gempa: Korang tak lenguh ke duduk macam tu?

Solar: Mestilah lenguh... Haih.. Tapi ni lah denda kami sebab kami dah serbu masuk ke dalam bilik kau semalam...

Gempa mengangguk faham. Walaupun dia sebenarnya setuju dengan tindak Tok Aba yang mendenda mereka sampai macam ni, tapi dia juga pada masa yang sama ada rasa kesian juga. Yelah, sakit kot badan bila kena duduk dengan menindih kaki sendiri dan kena pula duduk dalam keadaan tegak. Ni dah macam kena buat practice ala orang Jepun tu!

Barang-barang yang dibawa Gempa tadi dibawa masuk ke dalam ruang dapur. Gempa meletakkan barang-barang tersebut ke atas meja kaunter dapur lalu dia pun keluar semula dari sana. Gempa berjalan melepasi 6 kembar tersebut sebelum dia pun menghala ke arah pintu.

Gempa: Saya keluar sekejap, ya? Nanti saya datang balik.

Taufan: Baik.

Thorn: Hati-hati ya, Gemgem!

Gempa tersenyum dan lantas mengangguk. Selepas itu, dia pun keluar dari rumah buat kali kedua dan hilang dari pandangan 6 kembar tadi.

%_•°✨🐞◑▂◐ 🐞✨°•_%

S

etelah lebih kurang 10 minit Gempa keluar, akhirnya dia kembali semula dengan keadaan nafas yang tercungap-cungap.

Taufan dan adik-adiknya memandang pelik ke arah Gempa. Kenapa macam baru lepas kena kejar dengan anjing je tu?

Taufan: Gem? Kau ok?

Gempa: Haa.. Haa.. Ok je. Kejap.

Gempa membuka kasutnya lalu berjalan mendekati 6 kembar tersebut. Dia berhenti di hadapan mereka lalu dia pun ikut duduk sama seperti keadaan mereka.

Gempa tersenyum.

Gempa: Tadi saya pergi jumpa Tok Aba. Saya pergi minta izin dia untuk berikan kelonggaran denda kamu semua. Dan Tok Aba izinkan. Dia lepaskan kamu semua untuk bergerak semula.

Blaze: Yeke?!

Gempa mengangguk laju.

Kembar 6: Baguslaaahh!!

Serta-merta keadaan yang tegang dan serius serta menyakitkan tadi kini menjadi seperti suasana biasa. Keenam-enam kembar tersebut kini sudahpun terbaring lemah di atas lantai sambil menghela nafas lega. Ah, betapa leganya mereka apabila sudah tidak perlu duduk macam tadi lagi. Kalau tak, tak tahulah kaki mereka akan bertahan lama mana lagi untuk kekal duduk macam tadi!

Taufan: Haa... Terima kasih, Gem.

Gempa: Sama-sama! Ah, tapi... Tok Aba kata dia berikan kelonggaran saja. Korang masih akan didenda!

Blaze: Hah?! Denda tak lepas lagi?! Aduh... Tok Aba nak kitorang buat apa pula ni..?

Gempa: Tok Aba yang berikan saya hak untuk denda korang. Tapi itu nantilah saya fikirkan. Sekarang, korang semua duduk lah dulu atas sofa. Saya nak tanya sesuatu ni.

Mereka berenam mengangguk faham. Masing-masing naik ke atas sofa dan duduk di atasnya sambil menghela nafas lega. Sekarang baru dapat rasa betapa nikmatnya dapat bergerak bebas. Sementara menunggu yang lain kembali lega, Gempa bangun dari duduknya lalu dia pun pergi ke dapur untuk mengambil air untuk keenam-enam kembar tadi.

Setelah Gempa kembali, dia pun memberikan segelas air sirap setiap seorang untuk mereka melepaskan lelah. Gempa pun duduk di atas sofa juga iaitu di antara Taufan dan Thorn.

Taufan: Oh, ya. Kau kata kau nak tanya sesuatu. Apa dia yang kau nak tanya tu?

Gempa: Oh. Mmm... Saya nak tanya. K-kenapa korang semua t-tiba-tiba serang masuk ke dalam bilik saya...?

Wajah Gempa mula kemerahan. Mengingat kembali akan peristiwa malam tadi. Ah, amat memalukan!

Taufan: Uuhh...

Blaze: Aku takkan jawab! Hali! Kau yang kena jawab sebab kau yang mula dulu!

Hali: Ha?! Aku pulak!? Kau ingat aku sengaja ke?!

Blaze: Semalam kitorang suruh kau tunggu, kan? Lagipun kau yang pecah masuk dalam bilik Gempa dulu!

Hali: Aku tak sengaha lah! Aku mana tahu dia nak tukar baju waktu tu!

Blaze: Eleh, kalau kau dah nampak, kenapa tak tutup je pintu terus? Kau sengaja nak intai, kan??

Hali: Kau ni-!!

Gempa: BOLEH TAK KITA JANGAN BERCAKAP TENTANG HAL NI?!

Mendengar jeritan tiba-tiba Gempa, langsung yang lain pun terdiam termasuk Blaze dan Halilintar. Mereka semua menundukkan muka kerana entah tiba-tiba rasa mereka perlu akur dengan suara tersebut.

Gempa: Huff! Baiklah, kalau ada yang masih keliru dengan jantina saya, biar saya cakap terus-terang. Ya, saya perempuan! Puas hati?

Hali: Tak.

Gempa menjeling geram ke arah Halilintar. Dia tahu bahawa lelaki itu pasti ada saja yang tak kena dengannya tapi dia juga ada hadnya dalam kesabaran. Jadi Gempa pun memandang ke arah Halilintar dengan pandangan tajam.

Gempa: Apa yang awak masih rasa tak jelas lagi?

Hali: Part Kaizo.

Gempa mengangkat keningnya hairan.

Gempa: Kenapa dengan Abang Kaizo?

Hali: Dia sebenarnya tahu ke tak yang kau ni perempuan?

Gempa menghela nafas. Ah, yang tu rupanya. Pasti Halilintar ingin mengungkit kembali akan keadaan yang pernah berlaku antaranya dan Kaizo sebelum ni.

Taufan: Jap, kau jumpa Abang Kaizo, Gem?

Gempa mengangguk.

Gempa: Kelmarin waktu saya keluar rumah.
Thorn: Abang Kaizo takde cakap apa-apa ke?

Mendengar soalan Thorn, Gempa pun tersenyum.

Gempa: Ada. Dia cakap yang dia nak minta maaf atas apa yang dia dah lakukan. Dia dah terangkan segalanya dan dia memang cakap yang dia memang betul-betul tak sengaja dan tak tahu benda tu akan jadi.

Taufan dan yang lain menghela nafas lega.

Taufan: Baguslah kalau macam tu.

Solar: Tapi... Kau nampak macam takde kesan trauma terlalu banyak. Kau ni macam dah... Terbiasa pula dengan keadaan antara kau dan Abang Kaizo tu.

Gempa menggigit bibirnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang entah terasa seperti ada kaitan pula dengan apa yang pernah berlaku antaranya dan Kaizo.

Gempa: Macam mana nak cakap, ya..?











TO BE CONTINUE

Author tak pasti sama ada patut buat cerita ni lebih panjang lagi ataupun tidak sebenarnya.

Kalau korang nak panjang sikit, akan ada drama nanti.

Dan kalau pendek pula, takut kebanyakan rasa tak puas hati pula dengan endingnya.

Jadi, yang mana korang nak? Author boleh saja yang mana-mana sebab yang baca tu adalah korang semua. (´ー`)

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now