Pernah sekali dia terleka membuat kerja di kebun sampai tak sedar jam menunjukkan 1 petang. Habis ditengkingnya Mak Munah oleh Datin Yasmin. Mana taknya perut dah lapar,pulak tu senang naik angin.

Ligat tangan Mak Munah mengupas kulit bawang. Kelihatan Datin Yasmin masuk ke dapur membuatkan Mak Munah pelik.

"Iya Datin. Apa yang Mak Munah boleh bantu?", Soal Mak Munah sambil tangannya mengutip serpihan kulit bawang yang bersepah.

"Mak Munah baru mula masak ya?", Soal Datin Yasmin. Mak Munah mengangguk.

"Mak Munah masak lebih sikit ya. Ada tetamu nak datang.", Ujar Datin Yasmin dengan nada gembira. Tetamu istimewa lah katakan.

"Er, ramai ke Datin?"

"Eh tak la. Sorang je. Tapi Mak Munah masak je lebih. Kalau makanan tak habis simpanlah untuk malam karang.", Kata Datin Yasmin. Dia mahu tetamunya makan dengan puas dan berselera.

"Baik Datin. Mak Munah masak lebih la hari ni.", Datin Yasmin mengangguk. "Masa sedap sedap tau.", Arah Datin Yasmin sambil memeluk tubuh. Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan Mak Munah di dapur.

Mak Munah tertanya tanya siapakah gerangan tetamu tersebut. Istimewa ke? Ah, biarlah. Janji aku kena siap masak cepat sekarang ni, kalau tak meletuplah telinganya mendengar bebelan Datin Yasmin.

***

"97, 98, 99...100.", Huzair baring keletihan selepas melakukan tekan tubi. Sejak dua menjak ni, Huzair perasan yang perutnya membuncit sedikit. Mana taknya, hari hari isterinya masak sedap sedap. Huzair pula terlampau berselera sampai nasi pun bertambah tambah.

Telefon berdering minta diaangkat, Huzair menoleh sebentar sebelum dia bangun untuk mengambil telefonnya yang berada di atas sofa.

"Amar..", perasaan tertanya tanya mula bermain di minda. Tak pernah pernah pun mamat ni call aku. Huzair menekan punat menjawab.

"Hel.."

"Huzair! Huzair tolong aku weh.", Ucapan Huzair dipintas oleh Amar dengan cemas membuatkan Huzair hairan.

"Kenapa ni? Amar? Kau okay ke?.", Panik Huzair apabila sepupunya kedengaran cemas.

"Ada orang nak bunuh aku, Huzair! Tolong aku Huzair!.", Terbuntang biji mata Huzair mendengar. Bunuh?

"Okay okay. Amar. Kau bawak bertenang. Relaks. Kau kat mana sekarang?", Huzair cuba menenangkan Amar yang cemas itu. Dia Cuba untuk menolong. Huzair mencapai kunci kereta dan dompetnya pantas dan keluar daripada rumah.

"A..Aku send location. Cepat Huzair..Aku takut.", Jelas nada suara Amar yang sedang ketakutan. Huzair cuba menenangkan dia lagi.

"Bawak bertenang bro. Sekarang ni kau kena pastikan kau kat tempat selamat sekarang.", Laju langkah Huzair ke tempat parkir keretanya.

"Aku ada dalam rumah ni. Diaorang kat luar. Aku nampak parang ya Allah..", semakin cemas Amar.

"Kunci semua pintu, tingkap semua Amar. Lepastu kau duduk diam diam sampai aku sampai sana. Faham?.", Huzair terus meletakkan telefon dan mula memandu dengan laju. Apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa ada orang nak bunuh Amar pulak ni.

Huzair pantas mendail 999 untuk membuat laporan.

***
Suasana bising di Mall kedengaran di telinga sesampai sahaja di pintu automatik itu. Hanis bersama Lisa melangkah kaki mengelilingi Mall sambil mata memerhati kedai kedai yang menarik. Tujuan Hanis mengajak Lisa datang ke Mall ni sebab dia mahu membeli novel novel baharu. Sudah lama dia tidak membaca novel. Novel yang diminatnya bukanlah novel cinta tetapi novel seram. Tak tahulah, dia lebih gemar benda benda yang seram agaknya.

Dia sudah meminta izin Huzair yang dia ingin keluar dengan Lisa. Awalnya Huzair nak ikut, Hanis melarangnya dengan mengatakan girls only. Huzair akhirnya mengalah.

"Dah habis bayar ke,Nis?" Soal Lisa.

Hanis mengangguk. Dia membelek plastik yang dipegangnya. Ada la dalam 3 buah buku dia beli. Dia menggunakan duit poket sendiri walaupun Huzair ada beri duit belanja tapi Hanis rasa ingin menggunakan duit sendiri sahaja.

Duit yang ada tu boleh simpan untuk kecemasan kan?

"Lisa, jom kita pergi minum minum nak? Aku dah dahaga ni gila ni.", Ajak Hanis. Lisa mengangguk setuju dan mengekori sahaja Hanis.

Mereka akhirnya tiba di Starbucks. Setelah masing masing membuat pesanan, mereka mencari tempat yang sesuai untuk berborak.

"Macam mana kehidupan kau sebagai seorang isteri? Best tak?", Soal Lisa ingin tahu.

Hanis tersenyum kemudian dia mengangguk.

"Alhamdulilah setakat ni aku bahagia je dengan Huzair. Lepastu hari hari aku masak untuk dia, nasib baik sedap. Bertambah tambah Huzair tau.", Ujar Hanis. Dia gelak sendiri.

"Cewah kau. Waktu kau duduk dengan aku tak ada pun nak masak masak macam tu kan. Aku ni lah yang asyik masak untuk kau.", Kata Lisa dengan mulut muncungnya.

Hanis tergelak.

"Hello, aku kan dah uruskan kerja rumah yang lain. So kira adil la.", Ujar Hanis. Kali ni Lisa pula tergelak.

Pekerja Starbucks datang membawa minuman yang mereka pesan. Nampak menyelerakan sahaja. Selepas mengucapkan terima kasih, pekerja itu berlalu pergi.

"Along layan kau baik tak? Family dia? Mak mertua kau okay tak?", Bertubi tubi soalan yang keluar daripada mulut Lisa.

Hanis menepuk perlahan tangan Lisa. "Satu satu la tanya. Ni aku nak jawab mana satu dulu ni?", Lisa tersengih sahaja.

"Huzair sejak hari pertama kitaorang nikah, dia memang layan aku baik. Dia kata dia tahu yang aku tak salah. Yelah aku manalah tahu pasal pejabat Huzair kan?", Ujar Hanis.

Lisa mengangguk.

"Dia layan aku baik la. Alhamdulilah lepas 2 bulan tu, kitaorang hidup bahagia hehe."

"Aduh jealousnya aku. Nak kahwin jugak la macam ni.", Kata Lisa membuatkan Hanis tergelak besar. Ada ada jela rakannya ni.

"Tapi macam mana kau boleh biasakan? Maksud aku, yelah sebelum ni kau dah anggap dia abang kau kan.", Ujar Lisa. Hanis faham dan sudah agak Lisa akan bertanya begitu.

"Mula mula tu aku tak biasa sangat la. Tapi lama lama rasa selesa tu mula datang.", Lisa mengangguk faham.

Masing masing menikmati minuman masing masing. Nikmat betul tekak yang haus ni.

"Family dia macam mana?"

Soalan daripada Lisa itu membuatkan Hanis berhenti minum. Hanis berdehem.

"Family dia okay je.", Tipu Hanis.

"Wah untungkan kau. Dapat suami kacak, baik, kaya pulak tu. Lepastu family mertua pun baik je. Beruntung betul kau Hanis. Kau patut bersyukur tau.", Ujar Lisa.

Hanis hanya tersenyum. "Alhamdulilah."

"Oh Hanis. Kau dah berhenti ke dari kerja kau?", Soal Lisa.

"Haah, suami suruh. Kenalah ikut kan?", Ujar Hanis sambil menyedut sekali dua minumannya.

Lisa hanya mengangguk sambil membelek buku yang dibelinya tadi.

Hanis pula hanya memerhati sekeliling Mall sambil tangannya bermain dengan straw. Tiba tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.

Hanis pantas bangun untuk pergi ke orang yang dia nampak itu.

"Eh Hanis. Kau nak pergi mana,Nis? Hanis!", Soal laju Lisa sambil memegang tangan Hanis. Pelik dia Hanis tiba tiba bangun.

"Kau tunggu sini kejap.", Kata Hanis membuatkan Lisa melepaskan pegangannya. Apa yang terjadi?

*********





Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now