Who Am I Actually

Start from the beginning
                                    

Blaze: Heheh! Jangan risau, Gem! Kami tahu macam mana nak uruskan abang kami tu. Kau balik lah ke bilik dan berehat, ya?

Solar: Ah, dan.. Kalau kau tak kembali ke bilik Abang Hali pun takpe. Sebab kami yang akan 'jaga' dia.

Gempa terkebil-kebil sekejap mendengar kata-kata Solar. Kenapa bunyinya macam pelik, ya?

Gempa: Uuhh... Baiklah kalau macam tu. Saya pergi dulu, ya?

Thorn: Byeeee!!

Kelima kembar itu melihat sahaja Gempa berjalan dengan berhati-hati menuju ke arah biliknya. Tiada seorang pun yang bergerak dan mereka terus sahaja memandang ke arah Gempa sambil tersenyum. Senyuman bermakna.

Klik!

Sebaik sahaja bunyi pintu bilik Gempa kedengaran ditutup rapat, dengan pantas, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar merempuh masuk ke dalam bilik Halilintar tanpa memikirkan sedikitpun keadaan abang mereka yang tengah sakit tu.

Trio: ABANG/HALIIIII!!!!!

Hali: WOAAAAHH!!

Terkejut Halilintar jadinya apabila mendengar suara jeritan adik-adik durjananya. Dia yang tengah demam itu terasa seperti terus hilang demam kerana terlalu terkejut.

Solar: Ish, korang ni! Menjerit macam bunyi guruh tau tak?

Blaze: Hahahah! Kita saja je! Kan nak kejutkan Hali?

Halilintar menjeling sahaja ke arah adik-adiknya. Dia terus duduk dari tidurnya dan menyandar di kepala katil. Tiba-tiba dia ternampak sehelai lipatan kain basah jatuh dari kepalanya. Dan dia mengambilnya lalu melihat ke arahnya.

Hali: Aku demam ke?

Taufan: Ha'a. Tapi kitorang tahu kau tu bukannya jenis demam lama pun. Rekod kau yang dulu paling cepat kau kebah demam pun 5 minit je. Jadi kitorang tak kisah kalau kejutkan kau waktu kau demam ni. Kau pun tak kisah, kan?

Hali: Kepala angin kau aku tak kisah! Kalau aku ada sakit jantung nanti macam mana?

Blaze: Hahahah! Sorry weyh! By the way kau rehatlah. Kitorang masuk ni sebab nak berbual dengan kau sebenarnya.

Hali: Nak berbual pasal apa-

Tiba-tiba Halilintar teringat sesuatu. Tentang kejadian tadi sebelum dia pengsan. Dia yakin bahawa apa yang dilihatnya tadi bukanlah mimpinya. Dia betul-betul nampak dengan mata kepalanya sendiri yang Gempa menerima hadiah dari maknya iaitu sepasang baju perempuan.

Hali: Tunggu... Aku mimpi ke? Yang... Aku ternampak mak berikan baju perempuan dekat Gempa?

Solar: Well... Unfortunately, brother. Tak.

Halilintar sudah mula pucat. Wajahnya juga sudah mula berkerut.

Hali: K-kenapa... M-mak berikan baju tu dekat... G-Gempa?

Taufan dan adik-adiknya mula tersenyum-senyum. Mereka sudah agak bahawa mereka akan dengar soalan ini daripada Halilintar.

Ais: Apa kata Abang Hali cuba teka kenapa?

Halilintar semakin berkerut. Adakah adik-adiknya sedang ingin mempermainkannya? Tapi mendengar soalan itu datang dari mulut Solar dan Ais, adiknya yang paling waras, walaupun tak waras sangat, dia rasa sekarang bukan waktu untuk fikirkan apa-apa prank.

Hali: Gempa... P-perempuan ke?

Blaze: Heh, akhirnya.

Thorn: Abang Hali terfikir juga.

Melihat senyuman adik-adiknya yang semakin kembang luas. Halilintar yakin bahawa tekaannya betul. Tapi, dia pula yang keliru.

Hali: Tunggu. G-Gempa tu perempuan? Perempuan?!

Taufan: Yes, bro. Gempa yang selama ni hidup di bawah satu bumbung yang sama dengan kita adalah pe-rem-pu-an.

Halilintar ternganga.

Halilintar cuba mengingat kembali akan memorinya. Memori selama dia hidup di bawah satu bumbung yang sama dengan Gempa selama lebih dari 2 minggu.

Hali: Kau siapa?

Gempa: Errr... H-Hai Hali! S-saya Gempa. Saya... Sepupu awak.

Hali: Sepupu?

.
.
.

Hali: Hoi, kau ingat aku tak tahu yang kau ni cucu kandung Tok Aba? Kau ingat aku tak tahu yang ayah aku anak angkat Tok Aba?! Kau tak tahu dah berapa banyak mak ayah aku habiskan tenaga dan duit untuk Tok Aba! Tapi Tok Aba masih lagi sayangkan anak kandung dia!

Gempa: E-Eh?!

Hali: TAK PAYAH NAK BERPURA-PURA LAH!!

.
.
.

Taufan: Woaahh! Sabar brother! Jangan marah-marah. Hormatlah sikit. Gempa ni kan dah jadi keluarga kita?

Hali: Keluarga? Heh, ini keluarga? Nak angkat barang pun nak minta tolong orang? Kau ni lelaki jenis apa hah?!

Halilintar berkelip-kelip tak percaya. Satu persoalan mula terlintas di dalam kepalanya. Hanya satu sahaja.

Hali: Adakah... Aku seorang je ke yang anggap Gempa tu lelaki selama ni?

Solar dan Blaze tertawa.

Solar: Mula-mula aku dan Blaze tak percaya juga. Tapi lepas Ais turut ceritakannya dan Gempa ada beritahu... Aku akhirnya percaya.

Hali: Apa?!








•°•°•° TO BE CONTINUE °•°•°•

Hari ni cuaca agak cerah juga, kan? Kat tempat korang cerah tak cuaca? (=´∀`) //kena lempang
.
Hahaha! Ok, ok. Kita faham slow-slow, ya? Dan jangan risau, author takde ubah apa-apa pun dalam chapter lepas-lepas tu. Dan author akan lead korang dengan baik supaya korang lebih faham dengan kebenaran yang baru sahaja terbongkar ini. Uwu

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now