Ju memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang khuatir. Gempa pula cuba untuk tersenyum.

Gempa: S-saya ok saja, aunty. Kaki saya terkena kaca tadi. I-itu yang luka tu...

Ju: Kena kaca?! Eh, cepat kita ke klinik, ya?

Gempa: Eh, takpe-takpe aunty! S-saya boleh rawatnya!

Amato: Solar, bawakan kit kecemasan ke sini cepat.

Solar: Baik ayah.

Sebaik sahaja Solar beredar, Taufan dan Blaze pun terus menghampiri Gempa dan ibu mereka. Mereka berdua merangkul bahu Gempa bersama lalu memapah Gempa ke ruang tamu dengan berhati-hati.

👪💜👪

Ju: Macam mana kaki kamu boleh terkena kaca ni, Gempa?

Gempa menggigit bibir bawahnya sambil cuba menahan rasa perit sewaktu Amato sedang merawat lukanya. Sementara itu, dia juga sedang ditemani oleh Ju dan kembar yang lain. Mereka memerhatikan sahaja apa yang sedang Amato lakukan pada kaki Gempa.

Thorn: Gemgem keluar tak pakai kasut, kan?

Taufan terus menyiku lengan Thorn. Dan belum sempat dia menutup balik apa yang baru sahaja diperkatakan oleh Thorn, ibunya sudahpun menoleh ke arah mereka.
Ju: Apa maksud kamu, Thorn?

Taufan: Aaa.. T-takde apa pun, mak! Tadi waktu keluar Gempa-

Ju: Taufan. Apa yang mak selalu pesan dalam menipu?

Taufan terpaksa menutup mulutnya.

'Aduuhh..! Aku tak nak mak dan ayah tahu pasal ni! Tapi aku dah tak boleh nak cover line dah! Haih, Thorn ni! Malam ni aku nak sumbat kaktus dalam mulut dia, biar tak celupar sikit mulut tu! '

Amato: Kamu semua ni ada rahsiakan apa-apa daripada kami ke?

Amato menjeling wajah anak-anaknya satu per satu sebaik sahaja dia selesai merawat luka Gempa. Sementara itu, yang dipandang pula mula menggelabah.

Taufan: Mak.. A-ayah... Sebenarnya tadi...

Gempa: Uuhh.. Sebenarnya tadi sewaktu dalam bilik, saya buka jendela untuk kemas bilik. Tapi tiba-tiba masuk seekor tupai ni ke dalam bilik saya lepastu ia ambil barang saya. Jadi sebab takut barang tu hilang, saya pun terus melompat keluar dari jendela dan kejar tupai tadi. Mungkin salah saya sebab tak berfikir dahulu dalam bertindak. Saya minta maaf aunty.. Uncle..

Gempa menundukkan badannya sedikit sebagai tanda memohon maaf daripada Amato dan Ju. Pasangan suami isteri itu pun saling berpandangan antara satu sama lain. Seolah-olah membahagi pendapat masing-masing sama ada haruskah mereka percaya akan kata-kata Gempa?

Sementara itu Gempa dan yang lain pula semakin menggelabah. Walaupun alasan yang diciptakan oleh Gempa itu kedengaran seperti cukup logik, tapi bahagian lompat keluar dari jendela itu nampaknya macam 'kurang' walaupun memang kenyataannya macam tu sebenarnya.

Amato: Baiklah, kami percaya. Lagipun kami tak nak Gempa rasa tak selesa di sini.

Yang lain pun menghela nafas lega. Tidak ketinggalan juga dengan Halilintar. Dia rasa dia dapat menarik nafas buat seketika sekarang. Dibandingkan dengan sebelum ini dia rasa sangat sukar untuk bernafas. Terutama sekali sewaktu dia melihat kemunculan ibubapanya tadi.

Gempa tersenyum. Walaupun jauh di dalam hatinya rasa serba salah kerana telah menipu orang tua, tapi dia berharap sangat bahawa ibubapa 6 kembar itu tidak tahu tentang hubungannya dengan anak-anak mereka berdua. Walaupun Gempa pasti bahawa dia tiada sebarang masalah dengan mereka berenam, tetapi dia tahu, pasangan itu pasti akan bertanya macam-macam benda yang tak akan dijangkakan nanti.

Hali: Ha'chum!

Ju menoleh ke arah anak sulungnya. Dia pun bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Halilintar. Tangannya mengusap badan Halilintar dengan lembut.
Ju: Ni kenapa baju kamu basah, Hali?

Hali: Ah? Aaa... Ha-Hali keluar tadi waktu hujan!

Ju: Kamu keluar kenapa?

Hali: S-sebab... Ha.. Ha'chum!

Amato: Ju, biarkan dahulu soalan tu. Dan Hali, naik ke bilik kamu dan mandi cepat. Ayah tak nak kamu demam pula lepasni.

Hali: B-baik ayah...

Sebagai seorang anak yang akur, Halilintar pun mula naik ke tingkat atas melalui tangga tanpa berkata banyak. Dia pun terus sahaja menaiki tangga tanpa berpaling.

Ju: Baiklah, semua! Sebagai tanda kepulangan mak dan ayah, kami ada belikan kamu semua hadiah!

Trio: Yaaayy!! Terima kasih, mak!!

Amato dan isterinya pun mula mengeluarkan hadiah mereka masing-masing dan memberikannya kepada anak-anak mereka. Tidak dilupakan juga dengan Tok Aba.

Amato: Ha, Ais. Yang ni kamu tolong berikan pada abang kamu nanti, ya?

Ais: Baik, ayah.

Sementara sedang melihat hadiah di tangannya, Solar perasan akan satu beg kertas besar yang ada di belakang ibunya.

Solar: Eh, yang tu untuk siapa pula, mak?

Ju: Hm? Yang ni? Ah, yang ni untuk Gempa!

Gempa: Eh? U-untuk saya?

Ju: Yup! Kejap, ya?

Halilintar terus sahaja menoleh ke belakang sebaik sahaja dia terdengar ibunya berkata demikian. Dia dalam diam pun mula mengintip.

'Mak pun belikan hadiah untuk dia? Mak belikan apa? '

Sementara itu, Ju terus mendapatkan hadiah yang dimaksudkannya lalu dia pun duduk di sebelah Gempa. Wanita tersebut mengeluarkan sepasang baju kuning yang cantik dari beg tersebut.

Taufan: Waaahh!!

Thorn: Gaun lah!

Blaze: Fuyooo!!

Solar: Hm, boleh tahan.

Ais: Pandai mak pilih!

Ju: Hehe! Mak tahu! Nah, untuk kamu.

Ju memberikan baju gaun berwarna kuning tadi kepada Gempa sambil tersenyum. Manakala Gempa pula menerimanya dengan wajah yang seakan-akan tidak percaya bahawa dia sedang menerima sepasang baju yang begitu cantik sekali.

Gempa: T-terima kasih, aunty! Ia cantik sangat!

Ju: Kamu suka?

Gempa pantas mengangguk.

Gempa: Hm! Mestilah saya suka!

Hali: MAK!!!

Semua yang berada di ruang tamu tadi terkejut dengan jeritan tiba-tiba Halilintar. Pantas kesemuanya menoleh dan mendapati Halilintar sedang berdiri dengan mulut yang terlopong dan mata yang membulat. Seolah-olah terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang.

Amato: Eh, Hali? Tak tukar baju lagi?

Hali: M-mak... G-Gempa... P-p-pe-

Belum sempat Halilintar menghabiskan ayatnya, dia pun tiba-tiba jatuh pengsan dan terus jatuh tergolek turun dari tangga. Yang mana yang berada di situ, termasuk Tok Aba dan ibubapa Halilintar terus terjerit panik. Mereka segera meninggalkan hadiah tadi dan berlari mendekati Halilintar.

Sementara itu, Solar hanya memandang sahaja. Dia tersenyum senget.

'Hmm... Aku dah agak dah. Mesti Abang Hali tak tahu yang Gempa tu sebenarnya adalah perempuan tulen. '









TO BE CONTINUE

Jaaanngg!! Siapa dapat teka tepat? ≧▽≦y

Korang confused lagi? Ok next chapter akan menceritakan segala kebenarannya. And yes, Gempa adalah perempuan. Uwu

Btw ayy, author tahu ada yang nak Gempa sebagai lelaki. ;) Don't worry. Rambut Gempa akan kekal pendek macam lelaki. Uwu

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now