Dua gadis itu hanya tersenyum manis. Dalam dia mereka bersyukur mempunyai rakan yang 'semahal' Nureen Akamar.

"Tapi kau kadang-kadang kena behave tau. Kita ni sekolah agama. Walaupun pada pandangan kau dia yang selalu kacau kau, tapi pandangan orang lain kita tak tahu dan ia boleh jadi fitnah tau. Kau bukan tak tahu mulut natizen sekolah ni, asal sekolah agama macam malaikat. Hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu," ucap Yani.

"Amboi kau. Natizen ehh," ujar Wani sedikit terhibur.

Akamar hanya tergelak perlahan.

"Yelah, kalau bukan natizen apa lagi. Semua benda nak komen," ujar gadis yang mesra dipanggil Yani itu. Tangannya dinaikkan sedikit konon tanpa menyampah.

"Insyaa Allah. Doakan aku lah." Ujar Akamar. Kedua rakannya tadi hanya menganggukkan kepala perlahan.

"Jom la. Aku rasa tak lama lagi loceng bunyi ni. Lepas ni dah la kelas sejarah. Nanti kena denda macam haritu. Aku malu." Wani laju mengemas bukunya yang berterabur di atas beja batu itu.

"Haah la. Jom la." Mereka berdua juga lantas memasukkan alat tulis sebelum bangun dari meja kayu itu.

Mereka bertiga melangkah pergi dari situ.

Itulah Nureen Akamar, Qaseh Aryani dan Annisa Syazwani.

Mereka bertiga antara pelajar yang menjadi kegemaran guru-guru kerana mereka antara pelajar yang beradab, sering membantu guru dan bijak.

***

" Lia, lepas kau ada orang tak?" Wani bertanya perlahan kepada Alia yang sedang bergayut di public phone. Soalan Wani dibalas dengan gelengan.

"Cun. Lepas kau weh. Dah siap panggil," ujar Wani seraya melangkah masuk ke dalam bilik study.

Kakinya melangkah mendekati Akamar yang sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran di mejanya. Fokus Akamar sedikit terganggu apabila Wani menyapanya.

"Wuishh idola. Khusyuk betul study. Lek lah, esok kan cuti," kata Wani.

"Memang la cuti. Dah tu salah ke kalau aku nak study?" soal Akamar kembali. Wani yang mendengar soalan Akamar sekadar mencebikkan bibirnya.

"Insecure la macam ni."

"Nak buat apa insecure dengan aku? Tak ada faedah pun. Aku ni cokia-cokia je weh," balas Akamar sambil menggelengkan kepalanya. Wani tertawa sedikit mendengar jawapan rakannya itu.

"Kau ni dah kenapa kat sini? Tak pergi mandi ke?" soal Akamar. Matanya melihat pada baju sekolah yang masih setia tersarung di tubuh Wani.

"Nanti lah lepas makan. Tak ada mood aku nak mandi. Bilik air full. Kolah pun crowded. Aku nak call mak aku kejap." Akamar hanya mengiyakan saja jawapan Wani. Dia terus menyambung kembali penulisannya yang tergendala.

"Weh-"

"Weh, kau tahu tak? Aku dengan cerita kan, tiga serangkai tu kena panggil dengan pengetua lagi."

Suara seseorang dari arah slash sebelah membuatkan tangan Akamar terhenti daripada terus menulis.

"Dia orang buat apa pula kali ni?" balas mak cik bawang aka rakan lagi seorang tadi.

"Aku dengar cerita yang diorang lepak kat bilik kosong tu lagi time PdP. Kali ini ada vape sekali dengan diorang. Tapi diorang tak mengaku yang tu barang diorang." Boleh tahan juga mamarazi sekolah ni. Laju betul berita tersebar.

Pandangan Akamar berlaga dengan pandangan Wani. Jelas pada pendengarannya sudah tentu jelas juga pada pendengaran Wani.

Mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja bila mendengar mengenai itu. Wani mendengar helaan nafas berat yang terluah dari mulut Akamar. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh mereka.

Tipulah andai tidak terusik hatinya setelah apa yang dilakukan Muhaimin selama ni. Muhaimin tu cukup pakej untuk jadi presiden buaya kelas atasan.

Tapi sayang, Muhaimin bukan jenis lelaki yang baik. Akamar tahu setiap masalah disiplin yang dilakukan lelaki itu. Cerita tentang Tiga Serangkai sangat popular dalam kalangan warga SMAKC.

Jauh di sudut hatinya, dia mahu Muhaimin menjadi lebih baik. Walaupun bukan 100%, setidaknya tunjukkan disiplin yang baik. Lagi-lagi bila dah senior year ni. Sijil berhenti sekolah tu penting.

Setiap manusia pasti akan berubah. Sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Hanya takdir dan waktu yang menentukan.

___________________

Alhamdulillah. Doakan ctyyy terus sihat, aamiin ❤



By the way new readers or yg pernah baca this book before, watak ZARA dan WANI adalah orang yang sama. Ctyyy dalam proses menukar nama watak tersebut sambil ada edit some part. Okie 🤗

HERO SEORANG REPORTER Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon