Gempa melihat keadaan sekeliling. Sunyi. Dia menunggu lebih kurang dalam 1 minit bagi mengawasi kawasan. Dan sebaik sahaja dia sudah memastikan bahawa tiada sesiapa yang akan keluar dari bilik, dia pun dengan langkah berhati-hati mula melangkah keluar dari bilik.

Di tangan Gempa terdapat pakaian. Adakah Gempa ingin lari keluar dari rumah sekali lagi?

'Harap-harap tiada yang akan terjaga... '

Gempa melangkah dengan berhati-hati. Pakaian yang ada di tangannya terus dipegang erat dan dia pun mula turun dari tangga. Dia turun dengan cara berjengket kerana tidak mahu menghasilkan sebarang sunyi. Naya nanti kalau ada yang ternampak!

Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, Gempa melihat keadaan sekeliling pula. Tiada penampakan sesiapa atau apapun yang bergerak. Jadi dia selamat!

Gempa tidak menghala ke arah pintu rumah. Sebaliknya dia menghala ke bahagian dapur. Dia berjalan dengan berhati-hati supaya tidak terlanggar apa-apa barang yang dikhuatiri akan menghasilkan bunyi.

Sebaik sahaja tiba, Gempa membuka lampu dapur. Dia melihat keadaan dapur tersebut. Sunyi. Kosong. Gempa menghela nafas lega.

Gempa: Hhaa... Nampaknya line clear.

Gempa mula berjalan santai masuk ke kawasan dapur. Namun dia bukan ke sana untuk makan. Sebaliknya, dia terus menuju ke bahagian bilik mandi yang ada di dapur tersebut.

Ya, selama ini setiap malam Gempa akan keluar secara senyap-senyap untuk mandi. Walaupun dia masih terasa ketakutan, tetapi dengan cara memaksakan diri, dia yakin dia boleh!

Gempa terus menuju ke arah bilik mandi dan masuk ke dalamnya dengan kadar tergesa-gesa. Jujur sahaja dia agak ketakutan kerana dia merasakan bahawa dirinya selama ini sedang diperhatikan. Dia dapat merasakan ada mata-mata yang sedang melihat ke arahnya. Terutama dari arah belakangnya. Mata tersebut seperti memandang tajam ke arahnya.

Dan di dalam bilik air itu juga. Walaupun keadaan dalam bilik mandi itu tidak terlalu luas, tapi dia masih dapat merasakan bahawa dia sedang diperhatikan. Sebab itu dia tidak kerap keluar. Kerana dia dapat merasakan ada mata yang menakutkan sedang memperhatikannya.

'Uughh! Baik aku mandi cepat!! '

Gempa pun mula membuka bajunya dan bersiap untuk mandi.

ו°•°__💖ლ(⌒▽⌒ლ)💖__°•°•×

Paip air ditutup. Setelah lebih kurang 10 minit Gempa mandi, akhirnya dia selesai. Segala pakaiannya disauk dan dipakai lalu dia pun mula memasukkannya ke dalam mesin. Dia berharap tiada sesiapa yang perasan bahawa setiap pagi akan ada pakaian yang ada di dalam mesin. Harap-haraplah...

Gempa menghela nafas lega. Setelah berhempas-pulas dengan fikirannya untuk tidak cuba memikirkan benda-benda pelik, akhirnya dia berjaya. Dia secara perlahan-lahan semakin terasa elok.

Gempa tersenyum. Sekarang, dia cuma tinggal untuk kembali ke biliknya sahaja. Dia membula tombol pintu bilik mandi lalu membukanya.

Hali: Seronok mandi?

Gempa: Gyaaaahh!!

Hampir tergelincir Gempa jadinya apabila dia tiba-tiba melihat muka Halilintar di hadapan pintu bilik mandi. Mahu luluh rasanya hati kerana kejutan tersebut. Ditambah pula muka Halilintar pada waktu itu boleh tahan menyeramkan!

Gempa: Ha-Halilintar... A-apa yang awak buat di s-sini..?

Halilintar menjeling Gempa secara atas bawah. Dia melihat Gempa yang mengenakan baju t-shirt biasa. Rambutnya basah tetapi ditutupi dengan tuala di atas kepala. Gempa juga memakai seluar pendek paras lutut sahaja. Tunggu.

'Kaki dia memang putih juga ke? Boleh tahan kecil kaki dia... '

Halilintar hanya mengabaikan apa yang sedang difikirkannya. Mungkin itu semua hanya imaginasi.

Hali: Tadi aku ternampak kau keluar dari bilik dan ke dapur. Tak sangka...

Halilintar kembali memandang ke arah mata Gempa. Renungan matanya kembali tajam dan membunuh.

Hali: ...kau ni memang macam yang aku fikirkan.

Gempa terkedu. Tunggu, ini bukan sepertimana yang Halilintar fikirkan! Dia tahu apa ada di dalam fikiran Halilintar sekarang dan dia perlu memperbetulkannya.

Gempa: Tunggu, Halilintar! I-ini bukan sepertimana yang awak fikirkan! Saya-

Hali: Aku mati-matian ingat kau trauma semua. Heh, pura-pura berkurung dalam bilik konon. Tak nak jumpa kitorang dan Tok Aba sekali. Kau ni apa sebenarnya, hah? Kau nak apa?

Halilintar menyoal sambil mendekati Gempa. Gempa pula terpaksa berundur kembali ke dalam bilik air. Pandangan Halilintar... Pandangan itulah yang selama ini dirasainya. Pandangan yang tajam dan menakutkan. Mata yang berwarna merah dan menyeramkan.

Hali: Kau suka menyusahkan keluarga aku, kau susahkan adik-adik aku! Kau nak cari pasal ke?!

Gempa dapat merasakan bahawa matanya mula berair. Badannya menggeletar dan suaranya tersekat. Tekaknya terasa perit sekarang.

Hali: Jawab lah!!!

Dengan kuat Halilintar menarik tangan Gempa dan membuatkan Gempa tersadung keluar dari bilik mandi. Gempa merintih kesakitan. Badannya serta-merta kaku kerana terlalu kuat menggeletar. Seluruh tubuh badannya terasa kejang dan Gempa terus diserang panic attack.

Gempa: M-m-mmm... Ma-aaf... Maa-af... Isk.. Maafkan... S-saya...

Halilintar berdecih geram. Dia paling benci tengok Gempa dalam keadaan macam ni.

Hali: Kau bangun sekarang... BANGUN!

Gempa cuba menguatkan diri untuk mengikut arahan Halilintar. Tapi serangan panic attacknya terlalu kuat. Badannya langsung tidak dapat dikawal sesuai dengan keinginannya.

Halilintar pula semakin geram. Dia semakin hilang kawalan.

Hali: PEKAK KE?!! BANGUNLAH BODOH!!

Dan tanpa menunggu Gempa, Halilintar pun terus menarik tangan Gempa dan mula mengheretnya menuju ke luar rumah.

Gempa: Hali! Halilintar tolong! Tolong jangan buat macam ni!!

Hali: Kau nak sangat kan orang tolong kau?! Mari aku tolong!!!

Gempa: Halilintar tolong! Tolong maafkan saya! Biarkan saya terangkan semua dulu!!

Hali: DIAM!!






•°•°•°•° TO BE CONTINUE °•°•°•°•

Ah, maafkan author. Author suka drama. ( ̄∀ ̄)
.
Lepasni korang nak macam mana pula? Bagi Gempa terangkan segalanya?
.
Author rasa slow-slow hubungan Halilintar dan Gempa akan semakin pulih. Tapi dengan keadaan sekarang... Boleh ke? ⊙▽⊙

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now