"Dengan siapa?" Seperti tak sabar, jantung Fasha berdegup laju. Dia dapat merasakan sesuatu yang kurang enak bakal didengarnya.

Puan Zulaikha membalas pandangan Fasha diiringi air mata. "Iskandar."

Terhenti segala degupan. Darah seperti tidak berjalan lagi. "Sa... saya tak fahamlah." Sengaja Fasha buat-buat tak faham. Kalau boleh, dia tak mahu mengambil peduli.

"Kalau anak mak cik kahwin dengan Iskandar, dia akan pulang ke rumah." Raut wajahnya sayu menyapa pandangan Fasha yang sudah bertukar lain. Mungkin terkejut, mungkin juga terkilan.

Serta-merta Fasha menganggap semua itu hanya gurauan. Gila! Mana mungkin dia mahu Iskandar kahwin dengan perempuan lain.

Hei, itu suami aku tau.

"Tapi mak cik..."

"Mak cik merayu, nak." Dalam keadaan terpaksa, Puan Zulaikha mahu duduk melutut di hadapan perempuan itu. Tapi laju Fasha menghalang.

"Ja... jangan macam ni mak cik." Puan Zulaikha dipaksa untuk berdiri tegak semula. Tak sampai hati melihat wanita itu. Berat hatinya.

"Tolong mak cik. Mak cik terpaksa. Mak cik sayang sangat anak mak cik. Mak cik tak nak dia buat sesuatu di luar jangkaan kami." Air jernih yang menitis langsung tidak dihiraukan. Biarlah dia kelihatan bodoh, asalkan anaknya mahu tinggal di rumah mereka.

Fasha seperti serba salah melihat wanita itu. Menangis seolah-olah tiada hari esok. Dadanya turut berasa sebak. Betapa sayangnya wanita ini terhadap anaknya. "Mak cik..."

"Mak cik mintak tolong sangat-sangat. Anak mak cik sanggup jadi madu kamu." Bagaikan merintih, Puan Zulaikha mengalirkan air mata. "Tolong mak cik, nak..."

Permintaan Puan Zulaikha membuatkan Fasha mati akal. Sejujurnya, hati tidak rela lakukan itu. Pujuk suami sendiri kahwin dengan perempuan lain? Memang tidak masuk akal sama sekali!

"Mak cik janji tak akan ganggu kamu lagi. Mak cik akan terhutang budi dengan kamu." Suara sudah menjadi perlahan akibat emosi. Terketar-ketar tangannya naik menyentuh bahu perempuan itu. "Mak cik merayu sangat-sangat..."

"Saya akan tolong mak cik." Ibarat dirasuk, Fasha bersuara. Bibirnya dikemam menghilangkan rasa sedih yang melanda hati.

"Terima kasih, nak!" Lantas tubuh Fasha dipeluk kuat. Tidak mampu terucap betapa bahagianya hati. Tidak lekang perkataan 'terima kasih' dari mulutnya.

Mata Fasha berkelip-kelip. Masih dalam keadaan tak percaya dengan keputusannya. Jika tiada jodoh antara dia dengan Iskandar...

Dia akur!

Usai membersihkan diri, Fasha naik ke atas katil. Bersedia untuk tidur. Mata tertancap di siling berukiran cantik itu. Lama berkeadaan begitu, Fasha duduk bersila pula. Sudah berapa kali keningnya berkerut.

"Betul ke keputusan aku ni?" Fasha bertanya sendiri. Sejak balik dari pasar pagi tadi, dia hanya memilih untuk berdiam diri. Raut wajah memang tidak dapat diterangkan lagi. Masam. Sayu. Sendu.

Apabila mengingati sesuatu, Fasha menukar pandangan ke arah pintu bilik. Masih terkatup seperti sedia kala. Langsung tiada kemunculan figura yang mahu dia lihat ketika ini. 

"Kenapa dia tak masuk bilik lagi ni? Tidur luar ke?" Masih terngiang-ngiang 'pesanan' Iskandar pagi tadi. Jangan lupa habuan malam ni.

Sekarang ini habuan ke mana, apa ke mana.

Ting!

Handphone yang ada di meja lampu tidur dicapai. Entah siapa yang massagenya malam-malam buta seperti ini.

Aku Gina. Tak akan kau lupa aku, kan? Aku nak kau paksa Iskandar kahwin dengan aku. Jangan jadi perampas.

Terpana Fasha membaca massage yang mampu menghentakkan hatinya. Cukup buat dia terkaku seketika. Perempuan yang hilang berbulan-bulan dulu, kini kembali ke dalam hidupnya.

Tiba-tiba hilang, tiba-tiba kembali.

Tidak lama kemudian, Fasha turun dari katil. Handphonenya sudah dicampak ke atas katil. Malas mahu melayan perasaan lagi. Dia keluar dari bilik.

Kaki memijak anak tangga terakhir sebelum beralih ke arah seorang lelaki. "Awak..."

Suara lembut menusuk masuk ke dalam telinga Iskandar. Mampu membuatkan dia tenang. "Iya?" Fasha merapati.

"Buat apa? Kenapa tak tidur lagi?" Fasha duduk di sebelah Iskandar. Mata lelaki itu masih terpaku di kaca televisyen. Entah menarik sangat ke rancangan yang disiarkan berbanding isterinya yang menawan lagi jelita ini. Hehe...

"Tengah cuci kasut," jawab Iskandar selamba seiring tangannyan dilabuhkan di atas bahu Fasha. Manja malam-malam seronok tau.

Dengan perasaan geram, Fasha merenung wajah tampan Iskandar. Dalam masa yang sama, dia menelan air liur. "Seriuslah sikit awak!"

"Tengok bola, sayang." Kemudian, Iskandar meletakkan kepalanya pula di atas bahu perempuan itu. Langkah demi langkah. Step demi step. Agagaga.

"Oh, yaka?" Fasha bersuara janggal. Masih keadaan terbeku di situ. Nak tolak kehendak si suami, nanti jadi isteri derhaka pula. Oh Tuhan...

Dahlah duduk dekat ruang tamu sekarang ini!

Perlahan-lahan tangan Iskandar merayap di dalam bajunya. "Aa... awak apa ni?!" Fasha suduh tidak boleh bawa bertenang mahupun berbincang. Bukan apa, dia cuma terkejut. Laju dia berdiri tegak.

Orang bagi betis, dia nak paha!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now