Banduan itu kelihatan sedang menggelengkan kepalanya sendirian sambil tersenyuman sinis. Entah apa yang difikirkan di dalam benak fikirannya, Kwon Yoo sendiri tidak pasti.

"Ya, Taehyung. Ada apa-apa yang tidak jelas?" soal Kwon Yoo, tenang. Dia sedar, bahawa banduan di hadapannya ini sedang cuba melawan setiap kata-katanya.

Namun, Kwon Yoo tidak mudah melatah. Dia sudah biasa berhadapan dengan banduan seperti Taehyung ini yang sikapnya hanya tahu memberontak dan membuat masalah.

Walau bagaimanapun, dia tidak boleh menyalahkan mereka kerana bersikap sedemikian. Kwon Yoo tahu, kehidupan mereka di sini jugalah yang menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Ini adalah punca mengapa mereka bertindak melulu tanpa berfikir kesan baik dan buruknya.

"Katakanlah kami melanggar perjanjian. Apa yang akan terjadi?" Taehyung cuba memprovok. Alisnya yang terbentuk sempurna itu diangkat separa ke atas.

"Kalau begitu, hukuman akan dikenakan. Kamu semua akan dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang yang telah ditetapkan."

Mendengarkan penerangan itu, Taehyung mengangguk perlahan dengan bibir yang dinipiskan ke hadapan.

Sejujurnya Taehyung sendiri tidak pasti, sama ada dia boleh mengikut segala isi perjanjian itu nanti ataupun tidak.

Peristiwa yang terjadi dalam hidupnya dahulu bukanlah senang untuk dia lupakan. Kadang-kadang, Taehyung juga tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan jenayah.

"B-boleh saya tahu.." Jungkook yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, kini mula bersuara. Mata kuyunya kelihatan teragak-agak untuk berbalas pandangan dengan Kwon Yoo.

Dirinya menjadi lebih gugup apabila menyedari bahawa kedua-dua banduan di sebelahnya turut memandang ke arahnya. Namun, ditepis segala perasaan gementarnya lalu bersuara.

"Berapa- um.. kadar peratusan untuk eksperimen ini berjaya dilakukan?" dia menyoal dengan nada suara yang perlahan.

Firasatnya jelas mengatakan yang eksperimen ini sukar untuk dijayakan namun ditepis segala prasangka buruknya.

Dia tidak boleh membuat spekulasi sendiri. Kesudahannya, Jungkook memilih untuk bertanya kepada Kwon Yoo.

"Mungkin kadar peratusan untuk berjaya adalah tinggi. Saya diberitahu oleh pihak makmal bahawa segala keselamatan di sana adalah terjamin." ujar Kwon Yoo dengan jelas.

Penerangan Ketua Warden Penjara itu sedikit sebanyak melegakan hati Jungkook.

Kini, dia boleh membuang jauh-jauh perasaan gementar yang menguasai dirinya. Dalam diam, dia menghembuskan nafas kelegaan.

Sebenarnya, Jungkook sudah merancang hala tujunya sebaik sahaja dia keluar daripada tempat neraka ini.

Dia ingin bertemu dengan keluarga abangnya dan membetulkan semula keadaan yang sudah porak-peranda ini.

Dia tidak mahu lagi hidup dibelenggu perasaan serba salah yang saban hari semakin menyeksa jiwanya.

❐❐❐

Sepanjang perjalanan ke Urotect Lab di Gwangju, Jax Kyler menghabiskan masa dengan menyemak data eksperimen pada jam tangan hologramnya.

Skrin hologram yang sebesar saiz buku itu memaparkan salinan profile para subjek.

Dengan menggunakan alat yang canggih itu, dia membelek satu persatu profile mereka.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now