57.

1.4K 113 1
                                    

"Tak mungkin."geleng Hazel semasa undur ke belakang nak jauhkan diri.

Jax maju ke depan sambil angkat tamgan nak menggapai Hazel. "Dengar dulu Hazel."minta dia dengan kening mencerlung.

"Tak!"tegas Hazel sambil pandang kecewa ke Jax. "Kau berdiri dekat situ. Jangan kau berani dekat dengan aku!"

Jax tetap mendekat. Dia pegang kedua-dua belah lengan Hazel. "Jangan marah dulu...tolong dengar penjelasan aku Hazel. Please." rayu dia dengan terdesak.

Dengan kasar Hazel tepis tangan Jax dari lengan dia lalu peluk badan dia sendiri. "Jelaskan apa lagi?Kau dah tahu dari awal... Tapi kau rahsiakannya dari aku!"marah Hazel dengan air mata bertakung dekat kelopak mata. "Seronok tengok aku macam orang bodah dan terseksa depan mata kau?"

Jax geleng kepala, dia berkerut muka merayu pada Hazel. "No...please. Dengarkan aku dulu. Please Hazel..."

Hazel ketap gigi sambil mencebik bibir nak menangis semasa pandang kesal ke Jax. "Fine. Aku bagi kau peluang untuk jelaskan dekat aku."ajunya.

"Bukan dengan situasi macam ni..aku nak beritahu kau bila kita berdua dah bertenang. Bukan dalam keadaan aku marah macam ni..bukan dengan kau yang tengah tertekan.."Jax perlahan-lahan dekati Hazel.

Nafas Hazel naik turun hendak bertenang. Dia perhatikan langkah Jax yang semakin lama semakin hampir padanya.

Jax angkat kedua-dua tangan terdepan sedikit seakan mahu memeluk."Izinkan aku peluk kau Hazel.."minta dia dengan perlahan dan terdesak.

Mata Hazel pandang tangan Jax dengan kening mencerun. Lalu naik memandang wajah handsome yang pernah buat hati dia terdetik suka dan gembira buat seketika.

"Please.."Jax berhenti betul-betul dekat depan Hazel.

Bersama hela nafas mengalah, Hazel angguk kepala dia dengan letih lalu memejam mata dengan kepala tunduk sedikit ke bawah.

Bersama senyuman lega, Jax tarik Hazel ke dalam pelukan dia. Kedua-dua tangan dia erat melingkar sekeliling bahu Hazel dan belakang badan itu. Dia kucup mahkota Hazel buat seketika sebelum rehatkan dagunya ke atas kepala itu.

"Terima kasih...terima kasih sebab kau masih selamat."ucap Jax sambil memejam mata sedih. Betapa rindunya dia terhadap Hazel.

Hazel yang di peluk terus menjadi hiba taktala merasai kehangatan badan yang sudah lama dia tidak rasai. Namun dia tak balas pelukan tu walaupun hati dia membuak-buak hendak balas pelukan ni.

Kruuk~~~

Tak semena bunyi perut berkeroncong memecah keheningan suasana di situ.

Buatkan Hazel dan Jax jarakkan diri dan saling beri renungan menuduh antara satu sama lain.

Lama mereka saling balas renungan.

"Perut kau ke?"soal Hazel dengan kening berkerut.

Tangan Jax naik memegang perut. "Heheh..rasanya."

Hazel melepaskan dengusan letih. Kenapa la dia peduli sangat. Menjengkelkan betul. "Mari la. Aku masakkan maggi untuk kau."aju dia sebelum berpaling ke arah pintu masuk semula.

Bergerak telinga Jax lepas dengar. Macam kucing dipanggil suruh makan. Macan tu la rupanya.

"Tak apa ke?"tanya dia semasa jalan sama di sisi Hazel masuk ke dalam bangunan rumah pangsa itu.

"Sebagai bayarannya, kau kena ceritakan dekat aku semuanya dari awal sampai akhir." aju Hazel.

"Lepas tu kau tak marahkan aku lagi?"tanya Jax lagi.

Hazel mengerang geram."Urghh!Menjengkelkan la kau ni tau tak!"

"Hahaha...menjengkelkan ni la yang kau sukakan jugak.."seloroh Jax dengan suka.

"Ihh..perasan betul. Bila masanya aku cakap aku sukakan kau?"nafi Hazel dengan nada tak percaya.

"Yalah-yalah...aku je yang syok sendiri.." rajuk Jax.

Borak mereka sepanjang perjalanan menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now