23.

1.4K 112 1
                                    

Dalam masa lima saat saja Hazel boleh baca situasi yang sedang menimpa diri dia sekarang ni.

Rasa marah dia buatkan dia berfikir secara rasional.

Pelik kan.

Tapi itu la yang berlaku.

Sewaktu dia kemas sepah di lantai tadi. Dia sedari satu perkara.

Pertama Janis sengaja sandung kaki Hazel sebab Hunter terlalu gembira melihat dirinya.

Kedua Angelina sengaja marah dan tampar Hazel untuk tarik perhatian Hunter supaya simpati pada Hazel memandangkan Angelina tahu Hunter berminat dengan Hazel.

Ketiga Jax adalah adik Janis, perempuan yamg cemburukan Hazel hanya kerana Hunter lebih favour dengan masakan dia?

Serious cemburu pada makanan?

Keempat salah Ace sebab dia terlibat dengan semua situasi ni.

Tapi kenapa dia?

Apa dia dah buat?

Masa dia tak pedulikan sesiapa tak pernah pulak semua ni terjadi.

Dan sekarang bila dia dah mula terlibat dengan lelaki dan perempuan...sejak itu la masalah banyak menimpa diri dia.

Patutnya dia jauhkan diri dan tak pedulikan sesiapa lagi.

Pintu dapur tu di tolak ke dalam sebelum dia masuk ke dalam dengan dulang berisi pinggan dan makanan yang telah kotor.

Tanpa berkata apa-apa Hazel lintasi mereka semua yang perhatikan dia ibarat baru tumbuh tanduk dekat kepala.

Untuk itu, dia kena buatkan semua orang bencikan dia. Supaya tak ada siapa berani dekati dia dan tiada masalah akan timbul.

Kan?

Austin dekat sebelah kaunter tu berdiri menilik Hazel dari atas ke bawah.

"Hazel...kau okay tak?"tanya Austin.

Hazel letakkan dulang di atas meja kaunter tu sebelum pandang mereka semua di situ.

"You bleed."tunjuk seorang dari mereka pada tepi bibir Hazel.

Perlahan-lahan perasaan amarahnya mengunung dalam dada. Semakin lama semakin menyesak dada dia.

Mulai detik ni, dia takkan bercakap dengan sesiapa lagi. Kecuali Austin. Disebabkan dia cuma ada abang dia saja. Maka Austin terkecuali.

"Apa yang dah berlaku?"

"Customer reject dia punya makanan paling.."

Kening Austin berkerut tajam lepas temgoknkesan darah dekat tepi bibir Hazel.

"Awak tak apa-apa Hazel?"tanya Ace sewaktu mendekat.

Tanpa berfikir dua kali Hazel tampar dulang tadi jatuh ke atas lantai semasa Ace dekati dia.

Melompat terkejut Ace bila pinggan dan dulang itu jatuh betul-betul di depan kakinya.

"Kenapa ni Hazel?"soal Ace dengan nada risau.

Mata Hazel tajam memandang Ace. Semua ni hanya lakonan. Lakonan untuk sakiti dia! Lelaki bermulut manis dan berperangai lemah lembut semuanya fake!

Semua orang sama! Suka sakitkan dia tanpa sebab!

Tanpa teragak-agak dia capai pisau tajam yang ada berdekatan.

"Hazel apa kau cuba lakukan!"panggilan Austin dari kejauhan.

Bersama renungan nekad Hazel pandang ke arah Austin. Kalau ini dia lakukan apa yang akan berlaku.

Pisau berkilat itu di letakkan ke leher dia lalu di kelar dalam pergelangan lehernya.

"Hazel!!!"


12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now