56.

1.4K 120 1
                                    

"Balik dulu bos!Jumpa esok."lambai mereka pada Hazel.

Hazel yang sedang buat kira-kira dekat belakang kaunter tu lambai tangan tanpa memandang mereka.

Keluar saja dua orang itu, suasana restoran itu menjadi senyap sunyi. Tak ada satu orang pun yang kelihatan lalu lalang dekat luar.

Hanya lampu jalan yang berdiri tegak di depan restoran sambil di temani dengan kelakatu di sekitar pantulan cahaya lampu.

Dekat dalam restoran pula, hanya bunyi detikan jarum jam kedengaran dan diselangi dengan selakan kertas dan ketikan butang kalkulator di tekan.

Jam di dinding menunjukkan waktu sudah pun masuk jam 10 malam.

Hazel masih lagi dengan kerja-kerja closing akaun untuk hari itu. Dia jarang bawak kerja balik, sebab dia lebih prefer buat semua kerja dekat restoran.

Disebabkan dia baru dua tahun beroperasi dia kena peka dengan operasi dan wang keluar masuk restoran ni dengan teliti. Tak nak terlebih atau terkurang.

Dekat setengah jam kemudian, Hazel pun selesai dengan kerjanya.

Sebelum keluar tu, Hazel check semua pintu, tingkap, plug dan tandas dalam keadaan baik dan terkunci. Setelah itu baru la dia keluar.

Perjalanan dia untuk ke rumah dia tak ada lah jauh mana. Ianya hanya ambil masa 10 minit saja kalau berjalan kaki.

Dia dapat rumah pangsa berdekatan dengan bangunan jual pakaian murah dan 7eleven. Boleh la walaupun tak seperti apartment lama, ianya boleh di consider kan selesa dan selamat. Itu paling penting.

Tanpa rasa takut, Hazel menyusuri laluan gelap di antara porong restoran dia. Rumah dia ada dekat hujung selekoh kanan jalan tu.

Sedang Hazel dengar lagu melalui earfon dan tunduk scroll skrin phone, usha blog foodiequeen dia, muncul satu kelibat dari selekoh tak lama lepas dia lintas.

Hazel sama sekali tidak sedar mahupun perasan akan kehadiran orang itu.

Beberapa meter sebelum tiba di selekoh kediaman Hazel berada, orang tu lekas-lekas jalan mendekati Hazel dari belakang lalu pegang bahu kanan itu.

Terus tersentak kepala Hazel sejurus itu.

Berasa awas dengan keadaan itu, tanpa berlengah, Hazel pegang tangan tu lalu di pusingkan badan dia ke belakang lantas tubuh orang tersebut di lempar jatuh ke atas jalan bertar sekelip mata.

"Auw!"aduh suara itu. "Seriously?"soal orang tu dengan nada tak percaya.

Dan bila Hazel berdiri tegak semula dan pandang ke jalan itu, terlopong luas mulut dia setelah sedar siapakah orang tu."Ya Tuhan...Jax!" sebutnya dengan kalut tanggalkan earfon dari telinga.

Sambil bangunkan diri dari jalan tu dengan susah payah Jax membebel. "Memangnya kau suka campak aku ke apa ni? Dari dulu sampai sekarang..sama je perangai tak ada
lembutnya." bahunya yang sakit di urut perlahan.

Kening Hazel mencerun. Rasa tak puas hati dengan komen tu. "Salah kau jugak muncul tiba-tiba macam tu."

Jax buat muka. "Hei..aku dah terpekik-pekik dekat belakang tadi panggil kau..kau buat tak tahu."marah Jax dengan kesal. Sakit betul!

Hazel buat mulut 'o'. Mana la dia nak dengar kalau dengar lagu kuat seperti mahu pecahkan gegendang telinga.

"Sakit lagi ke?"tanya Hazel dengan nada prihatin.

Dengan marah Jax turunkan tangan ke bawah. "Ha'ah...hati aku masih sakit kena tinggal tanpa khabar berita dan hilangkan diri tak berjejak kau tu!"sentap dia.

Hazel lepaskan hela nafas panjang mendengarkannya.

"Balik. Tak ada apa-apa lagi yang kita perlu bincangkan."Hazel bergerak ke depan lalu masuk ke selekoh depan mereka itu.

Jax lepaskan keluhan jengkel dekat situ sebelum kejar langkah Hazel.

"Yes we are!Jangan kau pergi macam tu je!" marah Jax lagi.

Hazel buat tak dengar. Dia jalan laju rentasi lorong tu sebelum masuk ke pintu depan sebuah bangunan lekas-lekas.

"Hazel June Bradford!"panggil Jax dengan penuh. Lelaki tu berdiri memandang belakang badan Hazel dengan dada naik turun hilang sabar.

Terhenti terus kaki Hazel lepas dengar. Mata dia terbutang luas sebaik nama penuh dia disebut buat pertama kali dalam hidup dia.

"Apa kau kata?"Hazel berpaling semula menghadap Jax.

Jax mengetap gigi sehingga rahangnya berketik. "Hazel June Bradford...itu nama penuh kau kan?"tanya dia sejurus tu.

Hazel terkedu dekat situ. Mata dia mulai berkaca. Macam mana Jax boleh tahu nama penuh ayah dia?

"Mana kau tahu siapa ayah ?"soal Hazel dengan kening mencerun takut dan risau.

Jax jalan dekati Hazel dengan wajah serius dia. Dua langkah dari Hazel, dia berhenti.

Hazel hanya perhatikan Jax sehingga lelaki tu berdiri di depan dia.

"Sebab dia ayah tiri aku."lafaz Jax dengan renungan dalam ke Hazel.

Hazel terus menahan nafas terkejut dia sewaktu pandang Jax seperti lelaki itu pembunuh bersiri yang baru terlepas dari penjara.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now