26.

1.4K 104 0
                                    

"Hazel!Lari!"teriak Austin lepas nampak adik dia berjalan keluar dari pintu kaca hotel tu.

Tersentak kepala Hazel lepas dengar. Dia tengah pandang telefon masa ni. Dalam perjalanan nak balik ke rumah bersama Austin lepas selesai closing dapur.

Dia tak sempat nak buat apa-apa lagi, tubuhnya diterpa dari depan dengan lekas-lekas sebelum kedua-dua lengan dia di apit dengan dua orang lelaki bersut.

Dalam keadaan bingung dia pandang kiri dan kanannya dengan kening berkerut.

"Hazel!"panggil Austin lagi sewaktu lelaki itu di bawa masuk ke dalam kereta hitam satu lagi di belakang.

Apa yang tengah berlaku ni?Hazel tarik lengan dia dari di cengkam tapi tak mahu di lepaskan.

"Apahal ni?"marah dia sewaktu dirinya di dorong masuk ke dalam kereta secara paksa dengan lelaki bersut.

Masuk saja dalam kereta, dua orang bersut tadi rangkul lengan Hazel dan duduk tegak memandang ke depan.

Sementara Hazel yang berada di tengah-tengah mereka sudah bergelut nak lepaskan diri.

"Puan Angelina hantar kami untuk jemput cik Hazel dan encik Austin untuk ke rumah Tuan Damien."jawab lelaki bersut sebelah kanan Hazel.

"Apa?!"kening Hazel berkerut tak suka sewaktu palingkan kepalanya ke sisi kanan. Pandang tepi wajah pengawal keselamatan yang sama culik dia sewaktu wedding mama dia tempoh hari. "For what!!"

"Sambut hari kelahiran tuan Damien."jawab lelaki bersut di sebelah kiri pula.

"No!"gelut dia sambil tarik tangan dia dari mereka. "Lepaskan aku!Aku takkan kemana-mana apa lagi dekati rumah tu!"ronta Hazel. Memang tak la! Dia tak nak ada kaitan sama sekali dengan kehidupan mewah mama dia apa lagi ikuti majlis seperti ini!

"Cik kena ikut arahan dia kalau cik tak nak dalam masalah."sampuk lelaki yang duduk di sebelah pemandu tiba-tiba.

"And who the hell are you?"soal Hazel sewaktu cuba jengah kepala ke depan, hendak lihat siapa pulak yang berani nak ugut dia bagai. Ingat dia peduli ke!

Seorang lelaki bercermin mata dan berambut seperti mangkuk cendawan jengahkan kepala ke belakang memandang Hazel. "Setiausaha Puan Angelina Cody Simpson. "

Hazel merenggus kasar keberangan. Suka la mama dia buat macam ni. Culik dia setiap kali ada event. Perlu ke join kan dia sekali dalam hal ni. Kalau dia tak ikut pun tak mati la!

"Aku nak kau orang berhenti sekarang! Aku kata BERHENTI!!!!!"teriak Hazel sambil bergelut.

Tapi dua orang lelaki bersut tu hanya diam dekat situ tak bergerak sedangkan tangan mereka erat merangkul lengan Hazel. Mereka sikit pun tak peduli sebab bukan kali pertama mereka hadap situasi ni. Pernah sekali tu mereka jemput Hazel secara paksa, satu kejadian berlaku. Hazel tumbuk seorang dari pengawal keselamatan sehingga satu daripada gigi lelaki tu patah. Tak cukup dengan tu, Hazel pernah pecahkan cermin kereta sewaktu cuba larikan diri setelah ditangkap.

Serius beritahu, Hazel June ini bukan seorang anak yang mudah di urus!

Tak semena Cody tiba-tiba bersuara. "Kekang dia.."arah dia pada dua orang pengawal itu sewaktu tanggalkan seatbelt dari badan dia bila kaki Hazel dah tak boleh nak duduk diam. Habis kerusi depan itu ditendang oleh wanita itu hingga buatkan pemandu terpaksa brek sebab tak boleh nak fokus.

Dua orang pengawal tu turut dengan patuh. Disebabkan kedua-dua tangan mereka sibuk, mereka terpaksa guna kaki mereka untuk cengkam kaki Hazel dari terus-menerus bergelut.

Cody gerak ke seat belakang sambil seluk tangan ke dalam poket kot dia.

Mata Hazel terbutang luas lepas nampak apa yang dikeluarkan dari poket tu. "Apa kau cuba buat ha! Jangan sentuh aku!Argh!!!!!"teriak Hazel sambil menggeleng kepala.

"Maafkan saya cik...saya terpaksa buat semua ni. Demi keselamatan cik dan kami dalam kereta ni."satu sapu tangan yang sudah disapu dengan cecair klorofom di pegang Cody.

"No!"geleng Hazel yang cuba jauhkan kepala dia dari benda alah tu."NO!!!!"

Tanpa ragu-ragu Cody tekup hidup Hazel dengan sapu tangan itu buat seketika sehinggala Hazel tidak sedarkan diri.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now