46.

1.3K 113 3
                                    

Setiba Hazel di depan luar bangunan apartment, dia di sapa dengan Angelina yang berdiri di luar kereta. Wanita berdress biru gelap dan berkaca mata hitam berdiri tegak di samping Cody si rambut mangkuk cendawan.

Berdiri tegak Hazel dekat situ tak berkedip sehingga mama dia tiba di depannya.

PANG!

"You ungrateful daughter!"sebut Angelina dengan benci sebaik menampar pipi Hazel buat kesekian kalinya.

Terpaling kepala Hazel dek tamparan tu. Kesan tamparan Janis pun belum hilang sakitnya, di tambahkan lagi. Memang semakin sakit la jawabnya.

"Anak jenis apa kamu ni!Sudah la tak jawab call!Mesej tak reply!Phone off!Kamu tahu tak apa yang kamu dah buat!Mama penat-penat set up segalanya untuk kamu dan kamu rosakkannya!" jerkah Angelina dengan berang hingga timbul urat belirat di leher dia.

Perlahan-lahan Hazel palingkan kepala semula ke Angelina dengan mata kemerahan.

"Kenapa?Kenapa kamu buat semua tu?Sebab kamu dah ada lelaki lain?Berani kamu kan!" marah Angelina lagi. "Sekiranya kamu berterusan begini...jangan harap mama akan beritahu kamu dimana ayah yang kamu teringin nak jumpa sangat tu!"

Terus jatuh mengalir air mata ke pipi Hazel sebaik mendengarnya.

"Kenapa mama buat semua ni?"tanya Hazel dengan kening berkerut. "Tolong la..berhenti. Hazel penat dengan semua ni. Tak boleh ke mama bagi Hazel bahagia...jangan libatkan Hazel dengan mama lagi..." semuanya tak kena sekiranya dia masih bersama dengan mama dia ni. Takkan ada sesiapa yang boleh percayakan dia. Tak ada siapa yang akan hormat dia sekiranya mama dia tak berhenti bersikap tamak dan materialistik macam ni.

"Mama cuba bagi kamu bahagia..kamu yang tak nak terima apa mama buat untuk kamu."bidas Angelina.

"Ini bukan bahagia.... Mama jadikan Hazel sebagai objek untuk kaut keuntungan. Memang mama pasangkan Hazel dengan seseorang kemudian apa?Kahwin cerai minta pampasan macam mama buat?Macam tu kan mama cari duit!"marah Hazel selantangnya.

Angelina angkat tangan hendak menampar Hazel semula.

Namun satu tangan muncul dari belakang lalu memegang pergelangan tangan Angelina. Menghentikan tindakan wanita itu.

Terbutang luas mata Angelina sejurus itu. Dia gerakkan mata dia dari Hazel ke tuan punya tangan yang sedang berdiri di belakang Hazel.

"Ka-kamu!"seru Angelina dengan mata terbutang luas.

Hazel palingkan kepala ke belakang sewaktu Jax jalan ke sebelah kanannya lalu mencampak tangan Angelina ke tepi.

Keningnya mencerun marah."Pergi."arah Jax dengan ketapan gigi menahan sabar.

Angelina pandang Hazel dan Jax silih ganti. "Sebab dia kamu tolak jodoh yang mama tetapkan?"tunjuk Angelina pada Jax.

Hazel hanya pandang tepi wajah Jax dengan linangan air mata.

Sekali lagi!

Sekali lagi Jax yang ada di sisi Hazel.

"PERGI!"bentak Jax sekuatnya sambil tunjuk ke arah kereta Angelina.

Melompat terkejut Angelina sejurus itu. Dia pandang takut ke Jax seketika sebelum pandang Hazel berkira-kira apa lagi yang dia nak cakap.

Tanpa berkata apa-apa Mama Hazel berpaling dari situ dan gerak masuk ke dalam kereta.

Jax pandang kereta Angelina sehingga kenderaan itu menjauh sebelum pandang ke sisi.

"Kau o-"kata-kata dia tersekat di kerongkong apabila melihat wajah Hazel dengan bahu jatuh hilang semangat. Sayu hati dia melihat keadaan devastated Hazel.

Pipi berbirat, air mata membasahi pipi, wajah penat baru sembuh demam dan renungan kosong di mata. Buatkan Jax berasa serba salah.

Hazel pandang ke Jax dengan dada sebu dan sebak mahu menangis. Kenapa hidup dia tak pernah ada mudahnya?

"Can I hug you?"Jax minta izin.

Terus menangis Hazel dekat situ sambil mengangguk kepala.

Jax tarik Hazel dalam pelukannya lalu dipegang belakang kepala tu saat dia tunduk mengucup bahu bersweater turtle neck Hazel.

Hazel sembamkan wajah dia ke dada Jax dan lampiaskan segala tekanan yang terkumpul di dadanya.

Austin dalam kereta menyaksikan segalanya. Dari awal hingga akhir.

Seperti biasa di hari-hari yang lain dia akan jemput Hazel untuk ke tempat kerja.

Namun rancangannya back fire bila mama dia parkir ditempat biasa dia parkir.

Buatkan dia terpaksa parkir jauh dari tempat asal.

Dan dari situ segalanya bermula.

Mama dia dah melampau. Terlalu melampau.

Dia tak dapat tahan lagi.

Dia tak nak tunggu lama-lama lagi.

Cukup tu cukup.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now