08.

1.7K 123 0
                                    

Akhirnya...

Habis jugak kerja dia hari ni.

Nak pecah rasanya urat betis dia sekarang ni.

Tak rehat tak duduk. Memasak je sepanjang masa.

Best tu memang best memasak ni...tapi itu la.

Malam ni balik mesti tampal koyok satu badan.

Pintu kaca hotel itu di tolak keluar olehnya dengan sebelah tangan sementara tangan sebelah lagi pegang tali beg sandangnya. Namun baru sahaja dia melangkah keluar, sebuah kereta hitam dengan dua orang lelaki bersut hitam berdiri di tepi kereta menyapa pandangan Hazel.

Kenal siapa dua orang itu, Hazel jeling menyampah lalu bergerak pergi dari situ tanpa berlengah. Baru lapan langkah dia berjalan, suara tu pulak memanggil dia dari belakang.

"Balik sekali dengan ayah Hazel."suara lelaki kedengaran dari belakang.

Terus mengepal penumbuk Hazel bila dengar. Dia berhenti berjalan lantas palingkan badan menghadap tuan punya suara. Bolehnya dia bertembung dengan lelaki ni dekat sini.

Damien senyum kepada Hazel sewaktu berdiri tidak jauh dari pintu kaca hotel itu. "Makan malam sekali dengan kami...mama kamu pasti suka lihat kamu.."

Kasihan. Lelaki sebaik Damien ni tertipu dengan sikap baik dan lemah lembut mamanya itu. Dia tak tahu macam mana lelaki sehebat Damien yang memiliki lebih daripada enam cawangan hotel boleh jatuh ke tangan mama dia begitu saja. Tak nampak ke mama dia macam mana?Ke cuma nampak cantik je dekat mata tu sampai isi dalam semua tak boleh nak nilai.

"Tak mengapa. Terima kasih."dia palingkan badan membelakangkan Demian dengan ketapan gigi menahan sabar. Serius beritahu, seramai mana suami pernah Angelina bersama, tak ada seorang pun yang Hazel pernah rapat. Tak pernah. Sebab mereka semua terlalu gilakan mama dia sampai dah tak nampak apa-apa lagi.

PON!

Tak semena sebuah kereta berhenti dekat tepi jalan dia sedang lalui tak lama lepas tu. Terkedip mata Hazel masa dengar bunyi hon tu. Dia pandang terkejut ke kereta depannya. Siapa pulak ni?

Damien dekat belakang terus gerak masuk ke dalam kereta setelah Hazel tak nak ikut dia. Dah tak dapat nak buat macam mana. Dia dah cuba untuk bonding dengan anak tirinya itu. Kalau anak tiri dia sendiri tak beri kerjasama tiada apa-apa lagi yang dia boleh lakukan lagi.

Perlahan-lahan cermin kereta tempat sebelah pemandu itu bergerak turun sebelum dedahkan pemandunya di dalam.

"Aku hantar..."pelawa Austin dekat dalam kereta.

Hazel pandang Austin dengan kening mencerun tak suka. Urgh! Lelaki ni lagi lelaki ni lagi. Tak faham bahasa ke dia tak nak di jaga!

"Masuk Hazel...nak hujan pun ni..."gesa Austin lagi sambil sondong sedikit ke tempat sebelah pemandu itu lalu buka pintu tersebut untuk Hazel. "Lekas..."

Dia tak suka di bantu dan dia tak suka berurusan dengan lelaki. Lelaki hanya akan datangkan masalah dan tekanan semata. Sebab itu dia tak suka layan orang baik-baik. Tapi itu la...lelaki yang satu ni jenisnya sama-sama degil seperti dia memang susah sikit nak berurusan.

"Kau masuk atau aku humban kau masuk?"aju Austin lagi bila Hazel berdiri dekat situ pandang dia macam tiang tak bergerak.

Dan selagi tak ditunaikan kata selagi tu lelaki ni takkan berhenti. Sebab itu dia bencikan lelaki. Mereka ni terlalu clingy dan needy. Rimas!

"1...2...."

Fine!Grrr!Menjengkelkan. Pintu kereta tu di tarik Hazel dengan kasar sebelum loloskan diri ke dalam kereta lantas duduk menghenyak punggung pada kerusi itu. "Merimaskan la kau ni!"renggusnya.

Austin tunggu sehingga Hazel tutup pintu dan kenakan seatbelt."Merimaskan pun abang kau jugak kan?"

"What ever."getus Hazel dengan julingan mata menyampah. Yes. Austin ni adalah abang dia. Mereka berdua merupakan adik beradik kandung. Percaya la, antara mereka berdua, Austin la yang paling baik menerima semua apa yang berlaku ni. Sampaikan mama mereka berdua sekali pun tak pernah sentuh hal peribadi Austin. Tapi tak ada siapa pun tahu yang mereka berdua adik beradik sejak hari pertama mereka berdua kerja di sini. Dan Hazel dapat kerja dekat sini pun atas bantuan Austin sendiri. Senang cerita, tak ada siapa tahu siapakah mereka berdua yang sebenar-benarnya.

Bagi mereka itu lebih baik dari orang mengenali mereka berdua. Kerana semua realiti tentang mereka adalah satu penghinaan saja buat mereka berdua. Sakit...tapi ini la kehidupan mereka.

Austin tersenyum senang sebelum memandu pergi dari situ.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now