SCURH | 02

2.1K 142 10
                                    

Beberapa bulan sebelum itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa bulan sebelum itu...

SERAUT wajah manis yang menyapa di ruang pandangan menghadirkan satu rasa asing yang singgah di palung hati. Entah perasaan apakah itu, tetapi ianya sangat luar biasa. Menghanyutkan hati yang selama ini beku dengan sebarang cinta. Juga membuai jiwa yang selama ini tidak bertunas dengan rasa yang dikatakan indah itu.

Mengapa dia berperasaan begini setiap kali melihat raut wajah itu?

Bukan sekali. Bukan dua kali. Bukan tiga kali. Malah, berkali-kali. Hati seorang lelaki bernama Iman Raykal akan mencair setiap kali menatap wajah manis itu. Merenung ke dalam sepasang mata itu.

Untuk apakah rasa itu hadir? Dia tidak punya apa-apa jawapan. Sungguh, dia sudah mencuba keras untuk melupakan dan tidak menghiraukan. Tetapi, tetap juga rasa itu kekal. Menghimpit ruangan dada. Menghangati ruangan hati. Juga membelai ruangan jiwa.

Lemahkah dia sebagai seorang lelaki andai hatinya bertunas rasa itu?

Selama ini, tidak pernah dia mencuba untuk mendekati mana-mana wanita. Tidak pernah juga dicuba untuk membuka ruangan hati bagi menghidupkan rasa cinta demi seorang mahkluk yang bernama wanita.

Tetapi, kali ini, pada masa ini, di sini, mengapa... mengapa rasa itu kembali hadir?

Setelah bertahun-tahun lamanya dia cuba melupakan dan sesudah hati benar-benar melepaskan. Untuk apakah pertemuan kedua yang tercipta kembali di antara mereka?

Tujuh tahun yang lalu, mereka bertemu dan berkenalan di sekolah, tempat bagi menuntut ilmu. Sungguh, dia hanya menganggap perasaan itu sebagai 'cinta monyet'. Oleh kerana itulah, dia hanya membiarkan perasaan itu berlalu.

Tetapi, pada ketika ini, tidak disangka-sangka, mereka bertemu kembali di sini. Ya, di sini. Rumah kedua orang tuanya. Walau hati tidak pernah terdetik untuk kembali bertemu. Lagi-lagi, di tempat ini, tetapi, tetap juga... hati terasa sesuatu.

Tenang? Bahagia? Resah?

Dia tidak tahu. Semua rasa itu memburu di dada sehinggakan dia berasa sesak dan tidak tentu arah. Orang lain bersusah-payah untuk tetapkan hari dan masa bagi membawa kekasih hati bertemu dengan orang tua mereka. Tetapi, tidak pula bagi dia.

Tidak perlu dijemput! Si dia sudah bertamu di rumah kampung milik orang tuanya!

Adakah ini yang dinamakan jodoh?

Tetapi, dalam pada itu juga, hati terasa damai. Ya, sangat damai. Entah dari manakah kedamaian itu datang. Adakah kerana penampilan si dia yang jelas menunjukkan perubahan?

Sungguh, dia sangat senang melihat betapa ayu dan manisnya penampilan gadis itu apabila rambut si dia yang sebelum ini terdedah pada pandangan umum, kini tertutup sepenuhnya. Pakaian yang tersarung di tubuh itu juga tampak longgar dan menutup semua perhiasan yang ada pada tubuh. Tingkah gadis itu pula kelihatan sangat sopan semasa mencium tangan ibunya dan ia secara tidak langsung menghadirkan debar di hati lelaki seorang Iman Raykal.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now