SCURH | 45

1K 93 59
                                    

"KITA orang balik dulu lah, Iyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KITA orang balik dulu lah, Iyan... Kak Aira..." Raykal meminta diri sambil mengenggam erat tangan isterinya. Menarik wanita itu dekat dengan abang ipar dan si kakak.

"Izz, come... salam pak long dengan mak long dulu." Anak lelakinya digamit menghampiri.

Mereka bersalaman mesra dengan pasangan itu.

"Umi nak ikut balik?" soal Raykal kepada si ibu.

"Aira okey tak? Nak umi teman? Ke suami ada... dah okey ni?" Puan Suhaila memandang wajah anak perempuannya.

Humaira berpandangan seketika dengan Rayyan. "Nak umi teman... boleh?" Dia meminta izin suami.

Rayyan mengangguk tanpa bantahan. "Okey... memang umi kena teman awak berpantang pun, kan. Saya tolong jaga anak dua orang lagi ni." Muhamad Aisy Aidan dan Ammara Hannah dikerling. Ralit dua beradik itu mengusik adik-adik mereka. 

"Tapi saya balik nanti lah. Nak duduk sini lama sikit tengok awak dengan anak-anak," sambungnya lagi.

"Thank you." Humaira memandang Puan Suhaila semula. "Umi temankan Aira ya malam ni."

"Okey." Puan Suhaila menyatakan persetujuan.

"Okey lah macam tu... kita orang balik dulu lah ya."

Keluarga kecil Iman Raykal melangkah keluar dari ruangan wad yang menempatkan si kakak.

Keluarga kecil Iman Raykal melangkah keluar dari ruangan wad yang menempatkan si kakak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EH, Encik Raykal!"

Terpana seketika Raykal tatkala ditegur oleh seorang doktor semasa mereka hendak masuk ke dalam lif. Jantung berdegup kencang. Gusarkan kehadiran doktor itu pada masa dia sedang berada bersama isteri dan anak. Lif... tolong lah bergerak cepat.

Dahi Raisha berkerut seribu mendengar panggilan encik doktor kepada suaminya. Macam mana doktor tu tahu nama suami aku? Dia penasaran.

"Saya baru nak buat panggilan untuk Encik Raykal. Saya nak maklumkan yang isteri encik dah sedar. Baru je sedar. Tahu-tahu encik dah sampai sini dulu. Kuat ya telepati encik dengan isteri." Doktor yang langsung tidak mengetahui apa-apa atau gerangan siapa di sisi lelaki itu bersuara memberi makluman.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now