SCURH | 15

809 69 30
                                    

"SEDAPNYA bau

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"SEDAPNYA bau... Sampai ke ruang tamu harum dia. Dah siap masak, cinta?" Rayyan menegur isterinya yang sedang ralit menuang sesuatu ke dalam mangkuk kaca sambil langkah dibawa mendekati wanita itu.

Humaira tersenyum tanpa mengalihkan pandangan daripada kerja yang sedang dilakukan. "Dah. Semua menu yang kita nak masak dah siap. Anak-anak mana?" jawabnya sebelum dia pula menyoal keberadaan dua anak mereka.

"Anak-anak dekat ruang tamu. Saya dah siap mandikan dia orang, pakai baju cantik-cantik. Erm... boleh tak buat tu? Macam susah sangat je. Sini lah, saya tolong. Karang kena perut, kesian anak-anak saya." Rayyan menghentikan tingkah si isteri sebelum dia pula yang mengambil alih mencedokkan masakan yang disediakan isteri.

"Oh... kesian anak-anak aje. Kalau saya kena, tak apa?" Sengaja Humaira menjawab seakan-akan mahu merajuk. Mahu mendengar dan dimanjakan oleh suami.

Rayyan mengerling wajah isteri berganti dengan tugas yang sedang dilakukan. "Mana boleh isteri saya kena kalau saya yang tolong buatkan. Erm... tapi saya sayang perut awak lebih tau. Perut awak tu berharga. Banyak dah pengorbanan untuk saya. Bawa anak-anak saya selama sembilan bulan dan perut tu juga lah yang saya duk peluk setiap malam." Dia tersengih nakal. Menyudahkan kerjanya sebelum periuk yang kotor diangkat dan dibawa ke singki. Sempat dia tunduk mencium perut si isteri yang membonjol ke hadapan.

Humaira tersenyum. Mengalihkan pandangan mengikut pergerakan suami. "Ya lah... Eh, Sha dengan Ekal sampai mana dah ni?" Tetamu yang dijemput mereka malam ini pula yang dipersoalkan.

"Kejap lagi sampai lah tu... Awak pergilah salin baju dulu. Biar saya siapkan yang selebihnya," suruh Rayyan sambil tangan ligat membersihkan perkakas yang berada di singki.

"Air saya tak buat lagi. Nak buat air kejap." Humaira berusaha mencapai jug yang terletak di almari atasnya. Perutnya yang besar menyukarkan langkah.

Laju Rayyan yang sudah menghabiskan basuhannya meletakkan barang yang dipegang dan mendapatkan wanita itu. "Eshh... Cinta... boleh kan minta tolong saya? Tak mahulah lasak macam ni. Karang terjatuh macam mana?" Tubuh si isteri ditolak sedikit bagi berganjak ke tepi sebelum dia pula yang mengambil jug yang dimahukan isteri.

"Hubby... saya tak nak terlalu manjakan diri sangat. Saya dah biasa lah buat semua ni. Jangan lah risau." Humaira menegur perbuatan suami yang dirasakan sangat mengambil berat. Dia bukan tidak suka tetapi dia tidak mahu terlalu dimanjakan. Lagi masa melahirkan hampir tiba. Dia hanya mahu menyenangkan masa bersalinnya.

"Jangan samakan dulu dengan sekarang. Dulu saya tak ada dan tak mampu buat semua ni untuk awak. Sekarang, saya ada... saya nak lah jaga isteri saya. Lagipun, kandungan awak tu dua orang tau. Bukannya seorang. Mana saya tak risau kalau apa-apa jadi," balas Rayyan sambil tangan memegang jug dan dibawa ke atas meja dapur.

Anak mata Humaira mengekori langkah suaminya sebelum langkah sendiri juga dibawa mendekat ke arah suami.

"Nak buat air apa?" soal Rayyan. Menatap si isteri yang berada di sisi.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora