SCURH | 27

748 77 10
                                    

LANGSIR dibuka sambil anak mata melilau ke luar mencari sesuatu bersama telefon bimbit yang juga tidak terlepas daripada perhatian

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

LANGSIR dibuka sambil anak mata melilau ke luar mencari sesuatu bersama telefon bimbit yang juga tidak terlepas daripada perhatian. Silih berganti tumpuan anak matanya terpaku. Sekejap mencari kereta milik sang suami, sekejap lagi melihat angka yang tertera pada bahagian jam di skrin telefon bimbit.

 Jam sudah lewat ke angka sebelas, tetapi kelibat yang dicari belum lagi memunculkan diri. Walaupun hubungan mereka semakin regang hari demi hari, namun dia tidak dapat menafikan rasa hati bahawa dia amat peduli dengan kehadiran lelaki itu di sisinya. Isteri mana yang tidak risau jikalau suami tidak pulang pada waktu yang menjadi kebiasaan?

Termundar-mandir dia sendirian dengan jiwa yang tidak tentu arah. Mengharapkan Encik Suami pulang dengan segera. Tidak kisah lah lelaki itu mahu bermasam muka, melayannya dingin atau tidak mahu bercakap dengannya langsung. Asalkan si dia pulang ke rumah dan dia mampu tidur dengan tenang tanpa memikirkan keberadaan lelaki itu pada waktu begini.

Hampir setengah jam dalam keadaan yang sama, akhirnya dia bergerak ke arah sofa di ruang tamu. Tubuh direbahkan di situ bersama telefon bimbit yang masih tidak lepas di tangan. Hati mengharapkan ada pesanan yang masuk dan memberitahu keberadaan lelaki itu, tetapi hampa menyapa jiwa. Kosong.

Tidak sedar berapa lama dia menunggu, akhirnya mata terpejam dan dia terlena sendiri di atas sofa.

Tidak sedar berapa lama dia menunggu, akhirnya mata terpejam dan dia terlena sendiri di atas sofa

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

RAISHA Hanani terjaga semula tatkala dia dapat merasakan satu sentuhan di wajahnya. Hangat di bahagian pipi. Laju pandangan mencelik dan figura si dia yang berada di hadapan mata ditatap dalam debar. Samar-samar kerana cahaya di ruang tamu itu agak malap.

"A... abang..." Dia memanggil dengan suara yang ketakutan. Risau jika dia tersalah orang dan lelaki yang berada di atas tubuhnya itu bukanlah si suami. Sudah berhari-hari lelaki itu buat tidak peduli tentang dirinya. Aneh juga dia rasakan apabila dikejutkan dengan cara itu.

Dada sang jejaka ditahan apabila wajah itu seakan ingin menyentuh wajahnya. Menggigil tubuhnya kerana cemas. Tetapi, dia kenal gaya tubuh suami. Minyak wangi lelaki itu juga dia sangat cam. Eh, kejap! kenapa minyak wangi ini berbau feminin ya? Seakan bau seorang wanita...

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ