SCURH | 40

1.1K 93 14
                                    

"SHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SHA..." Sapaan yang kedengaran daripada seorang wanita bergelar ibu membuatkan pandangan seorang Raisha Hanani beralih arah dari skrin telefon bimbit ke wajah tua itu. Dia yang pada ketika itu sedang santai duduk di sofa sambil melayan media sosial menggamit si ibu duduk di sisinya. Sang suami dibiarkan mengambil peluang menidurkan anak mereka. Sejak petang tadi, dia mengelat daripada bertemu muka dengan lelaki itu.

"Ya, umi." Dia menyahut lembut. Masih dengan lagak sopan santunnya dengan ibu mentua. Hati senang dan tenang setiap kali melihat dan berbual dengan wanita itu.

"Busy?" soal Puan Suhaila. Mahu tahu memandangkan dia ingin berbual dengan si menantu dan tidak mahu menganggu wanita itu pada masa sibuknya.

"Tak lah, umi. Sha layan 'socmed' je," nafi Raisha.

"Socmed?" Berkerut keliru dahi Puan Suhaila mendengar perkataan yang sungguh asing bagi dirinya yang sudah berumur lanjut.

Raisha tertawa perlahan. Tercuit hati melihat reaksi si ibu. "Media sosial, umi..." jawabnya dalam gelak yang bersisa.

Puan Suhaila tersengih dan menggaru kepala sendiri. "Lah... cakap lah social media elok-elok. Dia pergi singkatkan pula." Bahu si menantu ditepuk lembut.

Raisha ikut tersengih. Mengucap maaf kepada wanita tua itu.

"Erm... umi nak cakap sikit ni, boleh?" Tanpa berbasa-basi lagi, Puan Suhaila terus ke pangkal utama dia menegur menantunya. Wajah yang manis berlitup tudung sarung itu ditatap lembut. Penuh aura keibuan.

Raisha membetulkan letak duduknya. Menyandar tubuh di kepala sofa pada masa wajah masih menoleh penuh ke seraut wajah ibu. Dalam hati, dia seakan dapat menebak topik yang mahu dibicarakan wanita tua itu adalah berkenaan anak lelakinya. Tidak betah hendak mendengar perihal si dia. Tetapi, demi menunjukkan perasaan hormatnya kepada wanita yang terlalu baik dengannya itu, dia mengangguk perlahan. Akur.

"Cakaplah, umi." Dia mempersilakan butir bicara seterusnya daripada si ibu.

"Sha dengan Ekal... okey?"

Mendengar soalan pertama tentang topik itu, Raisha ukir senyum kelat. Melarikan pandangan. Nafas dihela perlahan. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberikan.

"Sha marahkan anak umi lagi?" Puan Suhaila menukar soalan apabila lama si menantu menyepi. Langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Dia tahu ada sesuatu yang dipendam dalam sekeping hati itu.

"Sha..." Bibir kembali terbungkam rapat. Hati sebu dan sarat dengan pelbagai rasa yang menyesakkan ruangan dada.

"Umi tahu apa yang terjadi antara Sha dengan anak umi. Ekal sendiri yang bercerita dekat umi. Umi minta maaf bagi pihak anak umi. Dia salah... dan umi pun salah."

Mendengar kesalahan yang si ibu mentua letakkan di pundak sendiri membuatkan Raisha kembali memandang wajah itu. Menggeleng perlahan. Jari-jemari laju menangkap dan mengenggam tangan yang sudah digarisi kedut halus.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now