SCURH | 21

687 71 33
                                    

PANDANGANNYA mencelik perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PANDANGANNYA mencelik perlahan. Meliar anak mata memerhati ke sekeliling bilik. Dia sedang terbaring di atas katil. Kepala terasa agak berat. Dia tertidur kerana rasa sakit yang mencucuk di bahagian itu. Tubuhnya terasa agak membahang. Demam rasanya.

Senyum halus terukir di hujung bibir tatkala melihat susuk tubuh yang bert-shirt putih di hadapan almari baju. Segera dia bangkit daripada baringan sebelum langkah dibawa ke arah si dia di situ.

Tanpa sebarang bunyi, dia langsung memeluk erat tubuh tegap itu dari belakang. Melekapkan pipi kanannya di permukaan belakang tubuh itu. Nafas ditarik dalam. Menghidu haruman kegemarannya. Sudah sebati dengan deria bau semenjak malam pernikahan mereka.

Namun, tidak sampai lima saat dia melakukan itu, sang suami sudah meleraikan pelukan. Menoleh pandang ke arahnya dengan wajah yang berkerut marah. Terdengar decitan kasar daripada ulas bibir itu. Dia mendongakkan wajah ke arah lelaki itu. Terkebil-kebil dengan tingkah suami.

"Aku dah ambil wudhuk. Kau apahal tiba-tiba datang nak menggesel dekat aku ni? Dah batal pula wudhuk aku. Ish, leceh lah kau ni..." Suara suami jelas sedang merungut pada ayat terakhirnya.

Raisha ketap bibir rapat. Terasa hati. Pandangan tertunduk. Jari-jemari bermain sesama sendiri. "Sorry. Sha... Sha tak tahu..." Perlahan suaranya memohon kemaafan lelaki itu.

"Memang lah tak tahu... kalau dah membuta aje. Dekat rumah mentua pun, nak membuta waktu macam ni. Tak faham aku kenapa dulu umi aku suka sangat dekat kau!" Tanpa memikirkan perasaan si isteri yang kian terluka, Raykal menghambur api amarahnya lagi. Merenung wajah yang memerah itu dengan pandangan tajamnya.

"Sha minta maaf, abang. Sha tak sengaja nak tertidur tadi. Sha sakit kepala. Sha tak sedap badan. Sha..."

Tidak sempat Raisha mahu menghabiskan bicara apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja mencantas ayatnya.

"Tak nak kena marah, mula lah kau bagi alasan, kan? Ingat aku nak percaya? Dahlah. Buang masa aku layan kau. Kau buatlah apa yang kau suka dekat rumah ni. Kau permaisuri, kan? Aku malas nak ambil tahu pasal kau. Aku nak solat." Raykal mahu mengatur langkah pergi, tetapi tangan si isteri laju menahan langkah yang hendak diatur dengan mengenggam lengannya.

"Abang..." Suara Raisha bergetar sebak. Tersebik-sebik bibir bawahnya kerana sedang menahan tangis. Wajah suami dipandang dengan mata yang berkaca. Terkilan rasa hati dengan tuduhan lelaki itu. Permaisuri? Aku isterinya... memanglah aku permaisuri dia. Tetapi, mengapa dia menyebut perkataan indah itu dengan sinis sekali? Langsung tiada kemesraan.

"Kenapa layan Sha macam ni? Sha rindukan abang. Sha nak abang mesra dengan Sha macam sebelum ni. Sha..."

"In your dreams, Raisha Hanani. Hari ni, kembar kau datang nak datang, kan? Kalau ikutkan hati, aku nak aje pulangkan kau pada dia. Buat apa aku nak ikat seorang perempuan yang langsung tak bertempat dalam hati aku?" Raykal tersengih sinis. Panas hati melihat wajah manis si isteri di hadapan mata. Buat dia terkenangkan kembar kepada wanita itu.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now