SCURH | 13

1.1K 89 8
                                    

TAUTAN jari-jemari yang bersatu erat menghangatkan suasana pasangan suami isteri itu di dalam kereta yang disewa beberapa hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAUTAN jari-jemari yang bersatu erat menghangatkan suasana pasangan suami isteri itu di dalam kereta yang disewa beberapa hari. Perjalanan menuju ke tempat belajar sang suami tidak terasa sangat jauh tatkala masing-masing sibuk bertukar-tukar cerita dan saling bergurau senda.

Tatkala kenderaan yang dinaiki itu memasuki kawasan universiti, Raisha terdiam sambil anak matanya melilau ke arah pemandangan sekeliling yang tertangkap di pandangan. Manakala, Raykal masih lagi menumpukan perhatian terhadap pemanduan. Kereta diberhentikan di hadapan pondok pengawal memandangkan dia perlu mengisi data peribadi sebagai pelajar yang menginap di luar kampus.

Seusai itu, pemanduan kembali diteruskan menuju ke arah bangunan yang menempatkan pejabat ketua dekannya. Dalam pada itu, ingatan Raisha terimbas saat pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini bersama kembar dan Raihana Nurlisa yang kini tiada lagi di sisi mereka.

"Abang tahu... Lisa pun pernah belajar dekat tempat yang sama dengan abangni." Perlahan suaranya membuka cerita kepada sang suami. Senyuman kelat terukir di bibir sambil tatapan melilau ke setiap arah. Sekejap tertumpu pada pemandangan alam di sekitarnya, sekejap lagi tertumpu pada tampang maskulin yang bermisai tipis. Si dia tidak bercukur agaknya pagi tadi. Selalu bersih aje muka tu...

Terangkat kening Raykal mendengar makluman si isteri secara tiba-tiba. "Dia batch mana? Kenapa abang tak pernah tahu pun?" Jelas dia tertanya-tanya.

"Dia batch junior, tiga tahun muda daripada abang. Dia kata dia pernah jumpa abang, tapi dari jauh aje. Dia kenal abang. Dia kata abang pernah pegang jawatankuasa MPP dulu. Sebab tu dia kenal abang... dan dia kata dia tak sangka pula yang abang kenal Sha dengan Iyan waktu kami pergi rumah abang dulu." Raisha bersuara lagi.

Terangguk-angguk kepala Raykal mendengar kisah ringkas itu. Sememangnya dia pernah memegang gelaran sebagai ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar di tempat belajarnya, namun tidak pula dia kenal rapat dengan pelajar-pelajar yang berbeza sesi dengannya. Segelintir sahaja kenal lah. Siapa yang pernah berurusan dengannya. Masuk semester akhir, dia sudah meletakkan jawatan lantaran banyaknya tugasan yang mengikatnya sebagai seorang pelajar. Bagi peluang dekat adik-adik lain yang lebih berbakat.

"Mesti ramai yang kenal abang dekat U ni, kan?" Terselit rasa cemburu di hati Raisha apabila memikirkan tentang itu. Dia tahu kerana dia seorang wanita. Dia juga pernah belajar di peringkat universiti dan mengagumi beberapa orang senior lelaki yang membawa imej yang baik. Tipulah andai ada hati wanita yang tidak goyah dengan kredibiliti yang dibawa oleh seorang lelaki muda dan berpangkat.

Tidak membalas, Raykal menumpukan sepenuh perhatian terhadap kawalan stereng untuk meletakkan kereta di kawasan parkir. Namun, dia bukanlah tuli untuk mendengar soalan yang berbaur cemburu daripada si isteri. Ya, dia pernah mendapat surat cinta yang tidak terhitung jumlahnya. Ajak berkenalan lain, ajak berpasangan lain, minta nombor telefon lain. Ada juga yang tidak menggunakan surat dan terang-terangan menggodanya. Tetapi, sehingga kini... hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya. Kecuali satu orang itu sahaja. Semenjak zaman persekolahan. Dikuburkan rasa itu tatkala memikirkan bahawa diri masih terlalu mentah untuk bermain dengan perasaan itu.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now