36.Faris

4K 247 6
                                    

"Kenapa kau pesan macamtu"tanya Ril. Sejujurnya aku pun tak tahu kenapa.

"Aku tak sedap hatilah Ril. Macam ada sesuatu yang nak jadi"jawab aku sambil melihat ke dalam matanya.

"Kau jangan fikir apa apa. Yang penting sekarang ni kita kena selamatkan Ad dulu ye"dia memeluk bahu aku dan kami berdua berjalan ke arah kereta milik aku. Kereta yang berwarna kelabu asap itu dibiarkan berada di mansion.

"Queen. Tempat diorang tak ramai yang berjaga malam ni. Nampaknya diorang tak tahu yang kita akan serang malam ni"suara Heart kedengaran di telinga.

"Kau tengok bahagian dalam pula. Cari kedudukan Dato Bahran dan Sana. Jangan lupa kedudukan Ad sekali senang nak buat kerja"earphone yang dipasang di telinga menjadi penghubung antara aku dan yang lain. Macam walkietalkie la tapi versi lebih maju sikit. Haha

"Dato Bahran dan Sana di ruang tamu. Ad ada di tingkat tiga bagunan tu. Dia kena kurung dalam satu bilik yang bersuhu rendah. Queen kau kena cepat!"aku menambahkan kelajuan kereta apabila Heart berkata begitu.

"Akmal kau pasti nak buat benda ni?"soal Scarlet untuk mendapatkan kepastian lelaki itu sekali lagi. Rancangan dia sendiri yang boleh membawa mati.

"Yakin. Janji aku boleh balas dendam apa yang diorang dah buat pada mak aku"balas lelaki muda itu. Aku mengangguk perlahan kepadanya bermaksud rancangan kami bermula.

Akmal perlahan lahan masuk ke dalam villa milik Dato Bahran itu atau lebih tepat markas Spider Levis.

"Qai, dia dah masuk!"kata Heart.

"Ok korang gerak now"aku perlu memastikan tiada orang Spider Levis yang nampak pergerakan kami. Namun..

BANG!!

"Oh shit"bahagian bahu yang mengalirkan darah aku sentuh. Aku melihat gerangan yang menembak aku tadi. What? Fa..faris dia hidup lagi!

"Kau hi..hidup lagi?"kata aku dengan nada terkejut. Dia berjalan mendekati aku. Dengan segala kudrat yang aku ada aku berlari masuk ke dalam hutan di belakang bangunan gah milik Dato Bahran.

Aqiff sudah masuk ke dalam. Tiada seorang pun yang guide aku termasuk Taufiq. Aku menoleh kebelakang pistol sudah ditalakan ke arah aku.

BANG!!

Sekali tembakan dilepaskan. Tapi aku sempat mengelak.

"Kau okay Queen?"

"Heart...connect aku dengan siapa siapa now!"jerit aku kepada Heart.

"Sayang...kenapa nih"suara Taufiq kedengaran di telinga.

"Tau..taufiq tolong... Faris dia hidup lagi. Dia tengah kejar aku"bukannya aku tak mampu tembak. Pistol aku tercicir entah dimana.

"Haha takde siapa yang akan selamatkan kau. Kau bunuh isteri aku! Why not kau mati dengan peluru sendirikan?"aku terdiam. Pistol aku pada dia. Aku berlari selaju yang mungkin untuk menjauh darinya.

"Mama..."su..suara Ad. Aku menangis. Bukan ketakutan tapi tangisan gembira. Ad sudah selamat.

"Ad mama minta maaf sebab tak selamatkan Ad. Mama minta maaf tak jaga Ad dengan ba..."

"No mama! Ad yang pentingkan game. Mama keep going jauhkan diri dari pakcik gila itu. Papa dan Papa Ayan dah masuk cari mama dalam hutan tu. Papa Ril pun ada."mata aku meliar mencari tempat persembunyian sementara. Huh celah batu tu boleh kot.

"Kenapa kau bunuh dia. Walaupun dia suka sama jantina. Dia tetap isteri aku!"tangisan Faris mula kedengaran di telinga aku. Kemudian tangisan itu bertukar menjadi ketawa.

"Aku tahu kau tengah sembunyi. Come here darling. Takde siapa yang akan selamatkan kau. Diorang sibuk selamatkan anak angkat kau itu. Apa nama dia? Haa Tengku Adnan Alfian!"katanya lalu tembakan dilepaskan!

"Ehh perempuan kau keluar sekarang! Aku tak main main la! Kalau aku bunuh kau mesti Taufiq pun jadi gila macam aku! Tak pun abang kembar kau! Ke kau nak aku bunuh abang kau? Sekurang kurangnya kau rasa derita yang aku alami"mata aku terbeliak mendengar ayat dia. No dia maksudkan Ril dan Aqiff? Ril dalam perjalanan cari aku!

"Faris aku minta sangat sangat kau letakkan pistol tu kebawah. Aku taknak siapa pun cedera"suara Taufiq mula kedengaran.

"Kau siapa nak arahkan aku! Dah ada cedera dah pun. Bini kau yang tengah menyorok dibelakang batu tu. Bahu dia cedera sebab pistol dia ni makan tuan"selama ni dia tahu aku ada kat belakang batu besar ni. Kenapa dia tak serang saja aku?

"Kau masih taknak keluar ke perempuan. Abang kau dan laki kau pun ada dekat sini? Ke kau nak tengok salah seorang mati baru nak keluar?"aku terus bangun dari mencangkung. Perlahan lahan aku pusing melihat ke arah mereka berempat.

"Ril! Pergi dari sini! Dia taknak bunuh aku! Dia nak bunuh.."

BANG!

Satu tembakan dilepaskan dihadapan aku.

"Ril!"aku memperdulikan Faris yang menggila lalu berlari kepada Ril yang sudah jatuh. Air mata aku mengalir.

"Woi setan jangan main mainlah bangun!"aku menggoncangkan tubuhnya. Peluru tersebut kena tepat dibahagian dada. Aku tak pasti kena jantung ke tak

"Well. Time for kau Taufiq. Aku nak kau rasa derita yang aku rasa"aku tahu dia nak bunuh aku pula. Aku menarik nafas panjang bersedia untuk ditembak. Maaf aku lemah sekarang.

"Qai! Yah apa dah jadi kat sana"jeritan dari Heart ditelinga aku abaikan.

BANG!

Ehh kenapa aku tak rasa sakit. Aku memusingkan tubuh aku kebelakang.

"Yah kenapa selamatkan aku. Biarlah aku yang mati!"yep Taufiq yang selamatkan aku.

"Sa..sayang jagakan anak kita ye. Ab..abang pergi dulu"aku tersentak mendengar ayat dari Taufiq sebelum dia menutup mata.

BANG!

Faris yang terbaring menjadi tatapan aku. Ayan Aku terlupa tentangnya. Dia yang tembak Faris.

"Yah korang masuk ke dalam hutan now! Taufiq,Ril dan Qai cedera parah ni"aku masih berdiam. Aku lemah. Betul la orang kata seorang perempuan tak boleh buat semua yang lelaki boleh buat.

Abang kembar aku, Tengku Qairil Adrian dan Tengku Daniel Taufiq,suami aku berkorban untuk cari aku. Tangisan aku makin menjadi-jadi. Mata aku semakin layu dan akhirnya pengsan disitu. Di atas tubuh Taufiq yang semakin menyejuk.

IZ POV

Sebaik sahaja mendengar apa yang berlaku. Aku bergegas berlari ke dalam hutan bersama yang lain.

"Qai..Ril"aku terarah kepada Aqiff yang melihat tubuh adik beradik kembarnya yang terbaring. Air mata jantannya mengalir keluar.

"Kau kena kuat Qiff. Pergi angkat Qai. Aku dan yang lain akan papah Taufiq dan Ril"arah aku kepadanya. Tubuh adik perempuannya diangkat ala bridal style.

Hospital Kim's menjadi tempat yang dituju. Well hospital milik family Qai semestinya

"VVIP ROOM NOW!"kata Aqiff kepada jururawat yang bertugas. Mereka sudah tahu bahawa yang masuk itu merupakan pewaris hospital mereka.

Tbc.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now