20. Problem

4.4K 275 3
                                    

"Dah kahwin rupanya kau!Huh habislah aku habiskan kau! Kau takkan bahagia sebab kau dah rampas Qai dari aku Taufiq! Kau takkan bahagia!" gelak tawa seseorang yang tidak diketahui identitinya.

©️©️©️

"Alaaa sayang jangan tinggalkan Taufiq. Tak sayang suami ke?!" soal Taufiq. Ish apa masalah mamat ni nak bersayang-sayang dengan aku.

"Apa sayang sayang!" aku menjeling tajam.

"Auchh sakit!" dah kenapa mamat ni. Aku buat apa pun tak. Aku mengerutkan dahi kehairanan.

"Kau kenapa?!"

"Terkena panahan mata cik permaisuri la" dia tersenyum manis melihat ke arah aku.

Aku terus memukul bahagian bahunya dengan kuat. Dia mengaduh kesakitan. Aik takkan mafia kena pukul macam tu pun sakit. Matanya tajam mengerling ke arah aku.

Mata aku terpaku pada darah yang membasahi bahu Taufiq. Wei aku pukul ja kot. Bukannya guna pisau ke apa.

"Ke..kenapa darah" soal aku dengan sedikit ketakutan.

"Not your business!" suara dinginnya menerpa telinga aku. Dia berjalan terus ke arah kereta audi r8 miliknya. Enjin dihidupkan lalu kereta tersebut laju membelah jalan.

Aku yang tadinya ingin keluar terus membatalkan niat. Sebaik sahaja aku melangkah menaiki tangga untuk ke bilik tiba tiba

"Laki kau mana?" pertanyaan Iz aku biarkan tergantung tanpa jawapan. Aku memperlajukan langkah ke bilik dan terus mengunci pintu bilik tanda tidak mahu diganggu.

Aku terus menghempaskan badan atas katil dan terlelap.

TAUFIQ POV

Ehh bini aku ni memang cari pasal. Ada ka patut dia pukul bahagian luka yang ditikam. Aku terus pandang dia tajam.

"Ke..kenapa darah" jelas muka dia ketakutan dan risau.

"not your business!" aku terus berjalan ke arah kereta audi r8 milikku dan terus keluar dari villa tersebut tanpa memandang ke arah Qai.

Markas Shadows Dragon menjadi destinasi aku. Bahu yang luka aku abaikan. Memang laa sakit. Tapi aku tak kesah aku perlukan ketenangan.

"Hai bro! Kerap kerap datang sini. Bini kau tak tanya ke kau pergi mana" sebaik saja aku masuk ada ja jebon nak menanyakan sesuatu.

Aku diam. Malas nak cakap. Lagi aku cakap la banyak dia soal so better aku blah. Tingkat paling atas markas Shadows Dragon merupakan tempat untuk tenangkan diri. Aku selalu duduk atas ni.

©️©️©️

Pintu villa aku buka perlahan. Sunyi. Sekarang baru pukul 5 petang tapi sunyi gila. Mana diorang pergi?

Aku menaiki tangga untuk ke bilik. Sebaik saja aku memulas tombol pintu...

"Aik kunci?" ngomel aku sendiri.

Aku mengetuk pintu berharap Qai membuka pintu namun hampa langsung tiada sahutan mahupun orang yang datang buka pintu.

"Ehh Taufiq. Bila kau balik?" soal Iz. Tuala? Rambut basah? Ok aku tahu sah diorang mandi kat swimming pool tadi.

"Baru sampai. Qai ada kat bawah dengan korang eh?" soal aku kembali.

"Qai? Tak. Dia tak keluar langsung bilik sejak kau keluar. Waktu makan tengahari pun dia tak makan. Katanya kenyang. So aku biarkan jelaa. K aku masuk bilik dulu" kata Iz lalu berlalu ke biliknya. Halah macam mana aku nak masuk ni. Baju yang penuh darah pun aku tak tukar lagi

"Kunci ada dalam almari tepi tangga" jerit Iz dari dalam bilik. Betullah cakap Qai Iz memang penyelamat. Tapi kadang² perangai dia ada hanat.

Pintu bilik tersebut aku buka. Qai yang masih tidur dengan nyenyak aku hampiri. Kepalanya aku elus perlahan. Kemudian aku mencium ubun-ubun kepalanya.

"Maafkan aku" aku terus bangun dari penjuru katil dan ingin berlalu ke tandas untuk membersihkan diri tapi

"Jangan tinggalkan Qai. Hiks jangan tinggalkan Qai" dia memegang tangan aku dengan kuat.

"Okok aku tak tinggalkan kau"

"Hmm" rengekan tadi kembali diam. Aku kembali bangun dari katil lalu cepat cepat menuju ke tandas. Kesan darah pada bahagian bahu tadi aku dah cuci cuma bau hanyir darah tersebut masih melekat.

END TAUFIQ POV

"Laparnya..." aku terus mengapai telefon yang berada atas meja lampu tidur.

02.30 pagi

"Lamanya aku tidur" aku terus bangun dan menuju ke bawah. Tidak lupa juga flash dari telefon dibuka untuk memudahkan perjalanan ke bawah. Suis ditekan supaya ruang bawah cerah.

Dapur menjadi sasaran. Tudung saji dibuka. Tak dak apa! Peti ais dibuka. What seriously diorang tinggal nasi putih ja. Takkan aku nak makan nasi putih dengan kimchi ja. Nak kena masak la ni.

Ok nasi putih,kimchi,daging cincang. Nasi goreng kimchi on the way. Lapar punya pasal aku masak secepat mungkin. Setelah selesai masak aku buka peti ais dan ambil jus oren dan menuangkan dalam gelas. Ok lets eat.

"Dengar cerita ada orang tu tak bangun makan tengahari dengan makan malam" amboi sinis bukan main. Aku abaikan makhluk yang sedang duduk didepan pintu untuk masuk ke dapur. Aku lapar malas nak layan makhluk kat depan ni. Buang masa.

"Alolo merajuk ke sayang kita ni?" sekali lagi aku biarkan.

BAMM!

"Apa tu?" aku dengan mulut yang penuh terus memandang Taufiq. Haish waktu waktu ni la jugak ada benda nak mengganggu.

Sejujurnya badan aku dah mula menggigil ketakutan. Walaupun aku mafia tapi aku takut hantu. Aku still manusia yang ada perasaan k.

Segera aku mendapatkan tubuh Taufiq dan memeluknya.

"Ta..takut" dia membalas pelukan itu. Ehh jap dia tak pakai baju. Maigosh mamat ni silap hari bulan aku boleh mati sakit jantung.

"Shhh jom aku teman kau makan. Aku tahu kau lapar kan." dia menarik tangan aku perlahan ke meja.

Mata aku masih tidak lari dari bahagian bahu yang berbalut. Perlahan lahan aku sentuh.

"Sakit ke.Macam mana boleh luka?" soalku. Tanpa aku sedari air mata aku mengalir keluar. Asal aku manja sangat ni. dengan Qiff pun aku tak manja macamni.

"Hey asal nangis ni. Tak sakit sangat pun. Dah dah jom makan. Luka? Nanti kau akan tahu" Taufiq mengukirkan senyuman manis.

©️©️©️

"Qai!Taufiq! Turun makan!" Qiff menjerit dari bawah. Awal mamat ni bangun. Aku terus turun ke bawah dan pergi ke arah bunyi semalam.

Qiff yang pelik dengan kelakuan aku terus mengikut aku keluar.

"Wei semua datang sini jap!" semua keluar termasuklah Taufiq dan Ril. Sepatutnya mereka tak perlu tahu tentang ni tapi nak buat camna.

Aku tak tahu apa masalah orang macam ni. Dinding dibahagian belakang rumah dipenuhi dengan cat merah yang bertulis.

Hai sayang! Dah kahwin rupanya. Kenapa tak jemput aku. Nak tengok jugak suami kau macam mana! Mesti aku lagi hensem kan dari dia. Haih Tengku Ainina Qaisara kenapa la kau buta sangat pergi pilih ketua mafia tak bertamadun tu. Baik pilih aku kan Queen sayang!Haha bye sayang saya.

M.M

TBC.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now