25. Moving Out

4.2K 276 4
                                    

"Aku setuju kalau aku pergi" kata Iz sambil memandang tajam Qai. Sekarang ni Qai takut sikit dengan Iz.

"Aku ikut jugak" Diana pula kini menjadi tatapan semua.

"Tapi aku boleh pergi tengok kau kan nanti?" soal aku kepada Qai. Minta simpati.

"Yaa kau boleh tapi esok aku nak pergi sekolah" semua memandang tajam ke arah Qai.

"Kau gila nak pergi sekolah dengan baby bump tu! "keras suara aku marahnya.

"Tapi aku nak ucapkan selamat tinggal. Takkan tu pun tak boleh hiks" air mata Qai mengalir keluar. Alaa adik aku ni semenjak bawak budak ni kerap nangis.

"Yelaa aku benarkan tapi Diana dan Iz akan ikut kau" Ril pula bersuara.

"Qai jaga anak fruit aku elok elok. Jaga diri kau kat sana nanti jangan lupa aku yang selalu hiburkan kau ni" Nish mengelap air mata palsunya.

"Aku takkan lupa!"

END QIFF POV

Skip

TAUFIQ POV

"kau ada dengar cerita tak yang diana, iz dan qai nak pindah dari sekolah ni?" what dia nak pindah. Kenapa pulak aku nak kesah.

"aku dengar cerita jugak yang Taufiq dan Qai tu gaduh besar" melebih ni. Aku terus menjeling tajam ke arah makcik makcik bawang tersebut. Tak menyibuk tak sah.

Malas nak dengar gosip terkini aku terus masuk ke kelas. Cikgu? Cikgu sibuk dengan sukan tahunan sekolah. Aku mengambil keputusan untuk letak kepala atas meja tapi

kawasan koridor kelas aku menjadi bising. Seolah olah ada artis yang datang. Aku mengangkat kepala dan lihat keluar. Qai! Setelah seminggu dia tak datang sekolah tiba tiba muncul.

Dia melangkah masuk ke kelas bersama Iz dan Diana. Wajahnya kelihatan bersih seperti tiada apa yang berlaku. Aku ingatkan dia datang dengan pakaian sekolah tapi tidak. Jadi betul la dia nak pindah...

"Hai korang semua,aku sini nak wakilkan qai dan iz untuk bercakap. Kitorang bertiga akan pindah dari sekolah ni. Jangan risau yang lain masih ada di sekolah ni. Kemana kitorang akan pindah dirahsiakan. Terima kasih atas segala kerjasama semua" mereka bertiga tersenyum manis. Senyuman yang aku rindukan tapi apakan daya ego menguasai diri.

END TAUFIQ POV

"Qai,kau ok ke nak buat benda ni? Tak menyesal?" soal Iz risau.

"Tak aku takkan menyesal. Percaya aku Iz aku kuat!" aku menyakinkan Iz untuk percayakan aku.

Selepas Diana bercakap ada satu soalan yang mengejutkan aku dan seluruh kelas.

"Qai kau pregnant dah berapa bulan?Comel doh baby bump kau!" aku tersenyum kecil dan menjawab soalan tadi.

"3 bulan dah nak masuk 4 bulan" Taufiq terus melihat tepat kemataku. Maafkan aku Taufiq aku terpaksa pergi. Aku akan besarkan budak ni dengan penuh kasih sayang.

"Kau dengan Taufiq ada masalah ke?" soalan itu menyentakkan aku dan Taufiq.

"Mana ada masalah. Aku tak datang sebab alahan and aku pindah sebab aku dapat tawaran dekat sana. Aku akan kembali ke Malaysia nanti jangan risau la" jawab aku dengan tenang. Aku taknak besarkan hal kecil macam ni.

"Yow sister,flight kau pukul berapa?" soal Aqiff yang baru masuk ke kelas. Konfem baru habis latihan dekat padang.

"Pukul 10.00. Qiff bye aku dah kena pergi dan Taufiq aku nak jumpa kau kejap" aku memeluk Qiff erat dan berlalu keluar dari kelas.

GIRL MAFIA ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum