05. Black Cobra

5.7K 343 2
                                    

3 bulan kemudian

Apa jadi dekat Nadine? Mesti korang nak tahukan. Dia mengamuk gila waktu tu. Dia tak dapat cari siapa kitorang. Sebab kali ni pembuatnya DVT means Devil Twins. Sebab tu dia tak dapat tahu. Memang dia syak aku yang buat. Tapi dia takde bukti nak tuduh aku yang buat. Aku buat kerja clean tau.

"Kita akan serang markas Black Cobra malam ni and sekarang. Sediakan semua barang." arah Qiff. Mana aku? Ehek ada je tapi aku dekat atas. Macam mana aku dengar Qiff arah. Alah sorang dia tu kalau biar satu markas ni dengar. Nasib soundproof. So orang luar tak dengar ler.

"Baik King!" lagi laa kuat. Nasib tak pekak telinga aku.

"Jerit tu tak boleh kuat lagi ker. Biar satu dunia dengar" kataku sebaik sahaja turun ke bilik perjumpaan kitorang nih. Aku ambil masa sebulan je nak penuhkan bilik ni dengan senjata. Well siapa je tak kenal Black Alpha.

"Ehh.. Queen" mereka tunduk hormat kepadaku.

"Hai lama tak jumpa. Amacam lawa tak tempat baru korang? Penat tau kitorang berlapan hias nak bagi sama macam dulu." tanya Diana pula.

"Ehh Scarlet pun ada!" huh bila masa minah ni ikut aku turun.

"Dah- dah ready. Kita akan berpecah kepada beberapa kumpulan. Yazid dengan anak buah kau ikut aku. Joe kau ikut Scarlet. Spade kau ikut King. Jaga dari atas. Kalau ada benda pelik beritahu aku. Tengok dari jauh dan inform aku pergerakan diorang. Heart dan Clover like usually. Korang tau kan kerja korang." terang aku panjang lebar.

"Baik Queen"

"Pakai kelengkapan korang sekarang and aku taknak sorang pun lambat. Kecuali yang aku arahkan kawal kawasan markas. Pape jadi siap. Sekor² aku bunuh" arah Spade pula sebaik saja aku dengan King pergi dari situ. Sebenarnya aku pergi ambil baby kesayangan aku iaitu M4 yang bercorak mahkota emas hitam dengan pistol desert eagle yang berwarna hitam bercorak mahkota rose gold.

©️©️©️©️

"Ready...ehh- ehh jap tu bukan Ketua Shadow Dragons ker" soal Heart. Taufiq...apa kau buat disini. Apa hubungan kau dengan Black Cobra.

"Kau...! Aku dah kata jangan ganggu tempat aku. Kenapa kau masuk juga!" marah Ketua Black Cobra pada Taufiq. Dia sorang doh

Taufiq smirk.

"Kau yang ganggu kawasan aku. Kawasan tu kawasan aku!!" tengking Taufiq. Muka dia penuh dengan luka.

"Huh? Nak serang ke tak?" bisik King melalui earpod.

"Kita terpaksa serang juga. Dah rancang semua tak akan nak balik macam tu je" sebenarnya aku risau dengan Taufiq tu. Dia sorang kot.

"Baik kita serang. OK korang masuk pastikan dah masuk posisi yang aku terang tadi" aku memakai topeng untuk menutup muka. Supaya takde siapa yang tahu identiti aku. Semua ahli Black Alpha pakai topeng ni. Sebab tu tiada siapa yang dapat tahu aku ni siapa.

BANGG!!

"Korang siapa hah?!!" tengking mamat yang dikatakan 'ketua' Black Cobra.

"Haihh buat tak kenal pula kau Aizad. Markas kesayangan aku kau dah bakar. Kau tanya aku siapa?! Ke kau dah ingat aku mati. Maaf laa niat kau tak kesampaian. Aku tiada di markas aku. And one more thing Black Alpha tak mati lagi kau kena ingat tu" terang satu suara dalam kegelapan. Joker dah mainkan peranan dia.

"Kau kenal aku tak?!" aku perlahan lahan keluar dari kawasan tersebut sambil mengheret baseball bet. By the way bet ni besi tau. Ehek.

"Qu..queen!" semua yang berada disitu berpaling melihat ke arah aku.

"Ouh kenal." Aku berjalan mengelilingi dia. Anak buah Black Cobra tergamam melihat kemunculan aku yang baru keluar dari gelap tu.

"Ingatkan tak ingat aku dah. Yee aku Q.U.E.E.N Queen. Terkejut?!. Tulaa kau jangan simbah minyak pada api yang membara. Ni kau kacau mamat ni asal. Kau tahukan dia siapa. Kalau anak buah dia tahu kau tahukan akibat dia?!" aku kuatkan ayat terakhir aku.

"Maa....macam mana kau ke...kenal dia?" aku tergelak mendengar ayat si Aizad ni. Dia buat lawak ker atau dia hilang ingatan.

"Kau lupa ker. Aku ni siapa?! Nak aku ulang lagi sekali ke!! And my partner of course King  Black Alpha second leader. Kitorang ada hacker terhandal dari korang. Even sebelum ni anak buah aku tak dapat detect siapa punya kerja. Tapi selepas kitorang balik kitorang terus cari siapa punya kerja. And aku tak terkejut rupanya budak mentah macam kau jadi leader Black Cobra" aku duduk di kerusi yang Aizad duduk tadi. Aku kesah apa. Aku duduk membelakangi Aizad kerana aku tengah tengok muka Taufiq yang penuh dengan luka.

Aku membelek muka Taufiq yang penuh dengan luka.

"Alaa awak tengok laa muka saya ni. Tak cukup cantik ke" dia terus mengangkat muka dia melihat ke dalam mata aku.

"Hensem" aku hanya boleh menunjukkan eye smile aku. Maaf laa Taufiq one day kau akan tahu identiti aku juga. But not now.

Perlahan lahan Aizad mengangkat pistolnya dan ditalakan kepada kepalaku. Aku perasan tapi aku buat bodoh sebab aku tahu. Dia menarik picu sedia untuk tembak aku. Tapi aku masih selamba.

"Ish perempuan ni. Dia boleh selamba je. Mamat tak guna dah tarik picu kot" aku terdengar bisikan Taufiq. Walaupun perlahan tapi cukup untuk membuat aku dengar apa yang dia katakan.

BANGG!!

Pistol yang berada di tangan Aizad tercampak jauh.

"Kau tak setaraf aku Aizad. Kau kena ingat aku siapa. Sebelum serang kau aku dah ad perancangan. Aku dah rancang apa yang aku nak buat" aku berkata dengan dingin.

"Apa yang kau rancang hah?!" jerit dia kuat. Walaupun dia dah terketar-ketar melihat mata tajam aku merenungnya. (Dia dah tarik kerusi pergi ke sebelah Taufiq tau)

"Bunuh kau" terus King, Joker, Scarlet, Spade, Heart dan beberapa anak buah Black Alpha keluar dari tempat persembunyian mereka.

"Black Cobra serang" sunyi tanpa ada bunyi apa yang keluar dari anak buah Black Cobra.

"Kau memang bodoh laa Aizad! Aku just tarik perhatian kau. Kau tak sedar langsung ehh anak buah kau dah mati. Haha bodoh" dia melihat keliling melihat anak buah dia terbaring tidak bernyawa.

TAUFIQ POV

Queen?King? Or lebih tepat Black Alpha. Siapa je tak kenal diorang mafia paling berpengaruh.

Aku lihat queen mengelilingi mamat sial ni. Dah laa buat aku nampak lemah. Sial. Aku terkejut juga apabila dia keluar dari gelap tadi. Ingatkan lelaki rupanya perempuan.

Dia menarik kerusi yang mamat tadi tu yang bernama Aizad tu dan terus duduk dihadapan aku.

Dia memegang rahang aku lalu membelek muka aku. Aku elak dari pandang mata dia. Tapi dia menyuruh aku melihat dia. Aku melihat terus ke dalam matanya. Cantiknya...

Walaupun dia menutup muka dia dengan topeng or lebih tepat mask yang corak mahkota tetapi senyuman dia tetap cantik.

Sambil tu aku lihat kebelakangan. Si bodoh tu angkat pistol lalu tarik picu. Sedia untuk tembak minah nih.


"Ish perempuan ni. Dia boleh selamba je. Mamat tak guna dah tarik picu kot" kataku perlahan tapi cukup didengari oleh dia.

Aku terkejut apabila bunyi tembakan yang dilepaskan. Aku ingat perempuan ni dah mati tapi dia masih didepan aku dan tak cedera langsung.

Suara dinginnya menyapa telingaku. Bagus bunuh jee mamat tu. Kemudian beberapa orang dari tempat gelap. Sebenarnya aku masih mencerna apa yang terjadi kerana semua anak buah Black Cobra dah terbaring.

END TAUFIQ POV

TBC.

GIRL MAFIA ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang