Chapter 2

56 2 22
                                    

*Gambar diatas bukan saya punya,credit to its owner
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta-kereta yang memotong kenderaanya kini hanya dipandang sepi. Rasha yang duduk di kawasan penumpang belakang hanya termenung ke luar tingkap keretanya.

Pemandu kenderaan iaitu daddy dan mommy sebagai penumpang di sebelah tempat duduk pemandu hanya berdiam diri. Sesekali terdengar bicara di antara keduanya untuk memastikan jalan yang diambil ke Pulau Rintis betul.

Rasa kantuk di mata Rasha kembali bertandang walaupun Rasha baru terjaga beberapa minit lalu.bMinda Rasha ligat mengamit kembali kenangan lalu.

Daddy dan mommynya lah yang menemukan dirinya di rumah anak yatim 5 tahun dahulu.Dia seperti kehilangan ingatan kerana dia hanya mengingati namanya dan bukan apa yang berlaku sehingga dia ditempatkan di rumah anak yatim itu dahulu.

Dia tetap bersyukur, walaupun dia hanya anak angkat dan satu-satunya anak kepada pasangan Dato' Faris dan Datin Ilyana itu, namun mereka masih menjaganya dengan penuh kasih sayang dalam kesibukan kerja mereka.

"Rasha okey belakang tu?" Datin Ilyana yang memerhatikan anak perempuannya termenung menerusi cermin sisi menyoal. "Okey je mommy. Lama lagi ke nak sampai ni mommy?" soalan Rasha hanya dibalas dengan senyuman nipis mommynya.

"Hmm,kita akan sampai bila kita nampak papan tanda Pulau Rintis. Daddy tak nampak lagi ni. Rasha tolong tengokkan jugak ye?"Dato' Faris menjawab soalan Rasha sekaligus meminta pertolongan anak tunggalnya kerana tanganya telah cukup penat memandu selama 3 jam tanpa henti.

"Baik daddy" Rasha menjawab ringkas dan memanjangkan lehernya untuk melihat jika mereka ada terlepas papan tanda tersebut. Beberapa minit berlalu, semangat Rasha kembali merundum apabila papan tanda yang dicarinya sejak tadi tidak ditemui.

Mata Rasha kembali terbuka apabila dia menjumpai papan tanda yang dicari. Hanya beberap meter sahaja dari keretanya. "Ha! Daddy tu papan tanda tu." jeritan Rasha hanya mendapat ketawa kecil daripada mommy dan daddynya. "Ha, ye lah.Terima kasih ye tolong carikan"

Kereta hitam milik Dato' Faris membelok ke arah kanan untuk mengikuti papan tanda tersebut. Selang beberapa minit,mereka tiba di destinasi mereka. Rumah gah besar menyapa pandangan mata Rasha.

"Wahh,rumah kita ke ni daddy?Besarnya" Kata Rasha selepas keluar dari perut kereta. Jelas terpegun dengan apa yang dilihatnya kini. "Eh,taklah ni rumah daddy, rumah kamu kat reban ayam tu" Daddy ketawa sambil menunjukkan ke arah satu reban yang ada tidak jauh dari situ.

Rasha mencebik dan mendapatkan mommynya yang baru keluar dari tempat penumpang hadapan. "Mommy tengok daddy tu,kacau Rasha" Datin Ilyana hanya mampu tersenyum dengan sketsa yang berlaku di hadapannya dan turut ketawa kecil.

"Dah, jom masuk dulu. Lepastu baru kita angkat barang" jelas mommy memberi kata putus. Rasha melangkah perlahan ke dalam rumah tersebut. Suis elektrik dicapainya dan dibuka semua. Rasha menilik kawasan dalaman rumah itu.

Kawasan ruang tamu yang luas itu sudah dilengkapi dengan sofa berangkai,kerusi tidur,meja kopi dan juga televisyen. Kakinya dibawa menuju ke ruang dapur pula. Alat perkakas,meja makan, kawasan memasak dan peti ais menyapa matanya .

'Rumah ni dah lengkap dengan perabot rupanya'desis hatinya. 'Hmm,macam mana bilik aku pulak.Nak pergi tengok la'. Kaki Rasha diatur menuju ke ruang tamu kembali. Kelihatan daddynya yang sedang berbaring di kerusi tidur untuk menghilangkan lelah memandunya seketika. Mommynya pula sedang menggunakan telefon pintar di kerusi berangkai bersebelahan dengan daddynya.

"Mommy, boleh Rasha pergi tengok bilik Rasha?" Datin Ilyana berpaling ke arah Rasha apabila dipanggil. "Ha,pergilah tengok.Rasha naik tangga tu,lepastu pergi bilik yang kedua.Bilik pertama tu bilik mommy dan daddy ye?" mommy menunjukkan arah kepada Rasha dan kembali berdiri untuk ke ruang dapur.Mommy nak buat minum petang kut.Rasha mula menaiki anak tangga satu persatu hingga ke tingkat
kedua.Bilik yang diberitahunya dituju.Rasha memulas tombol pintu perlahan dan ingin masuk ke dalamnya.Tetapi,bilik di sebelah kanannya membuat Rasha curious apa yang ada di dalamnya.Kaki kembali diatur.

'Mommy tak bagitahu pon apa yang ada dalam ni?' Rasha mula berfikiran negatif.'Macam mana kalau,ada 'benda'tu dalam ni.'Rasha memulas tombol pintu dengan perasaan yang bercampur baur.Fikirannya meleset sekali apabila kornea matanya menangkap singki di tepi pintu masuk itu.Pintu kembali dikuak perlahan. "La,tandas je rupanya" Keluhan kecil keluar dari bibirnya.'Ingatkan apa la tadi'.

Biliknya kembali dituju dan dimasuk.'Wah,lawa jugak susunan bilik ni' Katil bersaiz Queen bersebelahan dengan dinding.Terdapat meja belajar dihadapn tingkap bilik itu.Almari baju yang hanya terdapat kain telekung dan tandas di kiri bilik yang lengkap dengan perkakas mandi.Rasha yang amat berpuas hati dengan bilik itu menuju ke arah katil dan merebahkan dirinya. 'Huh,aku yang tak memandu pun penat.Lepas ni nak buat apa ea?jap,kenapa aku rasa macam something missing?'Jam biru ditanganya ditilik.Pukul 2:45.

"Ha!Aku tak sembahyang zohor lagi!"Pin tudung dibuka dan diletakkan di atas meja belajar.Tudung bawal dan skarf yang melitupi kepalanya dibuka dan diletakkan di atas kerusi dihadapan meja belajar.
Bilik air dituju dan wuduk diambil.Kain telekung dicapai di dalam almari dan sejadah dihamparkan setelah mengetahui arah kiblat dari mommynya.
Mommynya 'cuti' hari ini manakala daddynya akan solat pukul 3 nanti.Setelah salam akhir diberi,tangan ditadah untuk berdoa dan diraup ke mukanya.

Selepas menyimpan kain telekung dan sejadah di tempatnya,Rasha kembali baring di atas katilnya.Dia beruntung kerana memiliki mak ayah yang mengambil berat akan agama.Dirinya kembali bosan.

'Aku kan ada telefon pintar aku.Aku letak mana tadi ea?' kepalanya ligat berfikir kedudukan telefonnya tika itu dan bangun menuju ke ruang tamu.

"Ni,telefon kamu kan Rasha?"daddy yang muncul dari pintu rumah menegur anaknya yang ralit mencari sesuatu. "Ha,kat dalam kereta rupanya.Thanks daddy" Dato Farish hanya mengukir senyuman nipis dan menghulurkan telefon itu kepada tuan badannya.

"Takpelah Rasha dah bukak tudung.Tolong mommy dengan daddy angkat barang dari dalam je lah ye?Barang mommy dengan daddy kamu letak satu tempat.Barang Rasha,Rasha bawak bilik Rasha terus."Pinta Dato Faris ke arah anak perempuannya.

"Baik daddy"Tanpa berlengah lagi,Rasha meletakkan telefon yang baru diterimanya ke atas meja kopi.Kotak-kotak yang sudah tersusun di hadapan pintu dialihnya mengikut apa yang diminta daddynya.

-to be continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum and goodday guys,sorry sgt kalau chap nie tak menarik atau panjang sgt.And citer ni mmg akan slow,nk jumpa boboiboy tu lama,nk jumpa boboiboy solar lagi lama.Tapi takpe,citer still on.Past Rasha turut akan diceritakan slow2 so take it easy guys.😊😊

-Thats all,autumn (author) out

-bye lovelies😆😆

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon