Chapter 3

36 2 14
                                    

*the picture is not mine
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
STESION TAPOPS

Boboiboy mencapai botol air berdekatan dan meminumya rakus.Keletihan terpancar di wajahnya ketika itu.Latihan pada hari itu terasa amat sukar baginya.Mungkin kerana dia berlatih bersama Fang dan bertindak agak kasar terhadap pesaingnya itu.Fang hanya mampu mempertahankan dirinya dan menyerang apabila dia mendapat sipi-sipi peluang.

Latihan pada hari itu berakhir dengan kommander menghentikan latihan yang sudah bertukar menjadi medan perang.Mereka seterusnya dikecualikan dari latihan mereka dan berjalan menuju ke bilik masing-masing tanpa sebarang bunyi.And,here he is.Boboiboy yang sedang baring di atas katil hanya termenung.

"Kenapa aku serang Fang macam tu?Kesian pulak kat dia.Tapi dia yang buat Ochobot merana! tapi..."bicara Boboiboy sendirian  perlahan.Boboiboy sedang melawan hasutan yang mula timbul di benak fikirannya.

'Ish,daripada aku duduk sini,baik aku pergi tengok keadaan Ochobot'.Boboiboy bangkit dari pembaringannya dan berjalan perlahan ke kawasan power sfera ditempatkan.

Perasaan bercampur-baur menerjah kotak fikirannya kini apabila dia tiba di hadapan  pintu masuk bilik itu.Boboiboy mengeluh kecil dan memasukkan kata kunci untuk memasuki bilik itu.Pintu bilik dibuka perlahan-lahan dan kelihatan Nut sedang membaiki power sfera yang berlainan.Boboiboy menapak masuk ke dalam bilik itu dan mengamati bilik yang dipenuhi power sfera dengan pandangan yang kosong.

'Banyak betul power sfera dalam bilik ni,mungkin sebab aku risaukan Ochobot je kut haritu aku tak sempat nak amati bilik ni'.Power sfera yang pelbagai rupa dan warna ditempatkan di rak belakang bilik itu.Di tengah-tengah bilik itu pula,terdapat meja bulat untuk memudahkan Nut membuat kerjanya.Dinding kanan dan kiri bilik itu dipenuhi dengan pelbagai alatan membaiki yang tidak pernah dilihat Boboiboy.

Nut yang tekun dari kerjanya tersentak apabila dia mendapati seseorang telah masuk ke biliknya.Mukanya dipaling dan wajah Boboiboy menerjah pandangannya.

"Oh.Hai Boboiboy.Ada apa-apa boleh Nut bantu? " tanya Nut ramah dan meletakkan perkakas membaikinya kembali ke tempat asal. "Hai Nut.Boboiboy nak tengok keadaan Ochobot boleh?" Balas Boboiboy semula lembut. "Ooo.Boleh je.Nut rasa tadi Ochobot dah tersedar tapi dia masih lemah.Mari ikut Nut."  Kata-kata Nut membuatkan Boboiboy tersenyum lega apabila power sferanya telah tersedar dari pengsannya pagi tadi.

Mereka berjalan hingga ke satu kawasan lain dalam bilik itu.Kelihatan Ochobot duduk di dalam bekas kaca untuk memudahkan power sfera itu mengecas tenaganya.

"Ochobot?Boboiboy datang ni.Ochobot nak balik bilik dengan Boboiboy tak?"soalan Nut mendapat respon daripada Ochobot apabila power sfera kuning itu membuka matanya dan menerpa ke arah Boboiboy.

"Huu,Boboiboy.Aku takut." rengekan kecil dari Ochobot mula kedengaran."Takpe,aku janji akan lindungi kau.Sekarang kita balik bilik kita ye?"Boboiboy mengucap terima kasih kepada Nut dan berlalu keluar dari bilik itu dengan Ochobot di sisi.

"Ochobot,kau ada dapat apa-apa memori ke?"Ochobot kelihatan berfikir sejenak."Ha,ada.Aku ingat ada seorang budak perempuan ni yang tolong aku dari kena culik dengan Adudu dulu."  "Budak perempuan?Siapa?Aku kenal ke?" soalan Boboiboy hanya mendapat gelengan dari Ochobot.

"Aku pun tak tahu apa nama budak perempuan tu.Tapi ada something yang aku ingat tadi.Benda apa ea?sekarang aku tak ingat dah"Kata-kata Ochobot hanya mendapat sweatdrop dari Boboiboy.

Bahu Boboiboy dirempuh kasar oleh seseorang menyebabkan Boboiboy hampir terjatuh."Aduh" Boboiboy berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang mengerang kesakitan itu."Fang?".Fang yang kelihatan agak tergesa-gesa itu hanya menutur perlahan kata maaf dan berlalu pergi dengan cepat.

"Kenapa dengan Fang tu Boboiboy?"Ochobot yang hairan dengan aura yang dikeluarkan oleh dua orang manusia di hadapanya mula mengutarakan soalannya.Boboiboy hanya memandang pemergian kelibat Fang dengan perasaan bersalah menyerbu dirinya.

~time skip~

Boboiboy yang lena diulit mimpi tersentak apabila seseorang mengejutnya dalam keadaan tergesa-gesa."Ish,kau ni dah kenapa Gopal?"boboiboy memisat matanya yang masih mempunyai sisa kantuk tadi."Sekarang baru pukul-"jam tangan dipandang sekilas "5:45 pagi" boboiboy menguap kecil.

"Dey,cepatlah bangun! Kommander kata ada kecemasan sekarang.Kita semua kena berkumpul sekarang jugak"  "Ha?!Kecemasan apa?" Boboiboy yang sudah segar selepas mendapat berita itu hanya diheret oleh Gopal ke tempat berkumpul.

"LAMBAT!"Kommander menaikkan suaranya apabila manusia yang ditunggu-tunggu oleh semua orang baru tiba. "Maaf kommander" tutur Gopal dan Boboiboy serentak sambil melakukan gaya hormat Tapops kepada ketua mereka yang sudah naik angin.

"Hmp,kita ada masalah lagi besar sekarang ni.Di planet Shazu,  Tapops ada mengesan sebuah power sfera di dalam bahaya.Misi kamu semua ialah  selamatkan power sfera tersebut . Selagi tak selamatkan power sfera tu,jangan harap boleh balik bumi!" Kata-kata amaran tersebut menyebabkan semua di bilik itu menelan liur.

"Hah!Tak boleh balik? Huhuhu,aku rindu kari ayam appa aku."Gopal mengalirkan air matanya sambil memegang kaki kommandernya meminta belas ihsan.

"Lepaskan aku!"Kommander Kokoci yang sudah naik bosan dengan perangai Gopal meminta Gopal melepaskan kakinya."Bahaya apa kommander sampai kami kena bangun awal ni? "soalan Ying diangguk laju oleh kawan-kawanya yang lain.Kommander yang berjaya meloloskan diri dari pegangan Gopal berdiri semula di atas kerusinya.

"Aku tak pasti,mungkin ada alien yang sedang mengejar power sfera tu.Kamu semua kemungkinan besar akan menetap beberapa hari di sana.Jadi kemaskan barang-barang kamu segera.Ochobot akan teleport kamu semua ke sana tepat pukul 8:30 nanti.BERSURAI!" kata-kata putus dari Kommander menyebabkan semua ahli dalam bilik itu bergegas keluar untuk mengemaskan barang-barang mereka.

~time skip~

Fang yang sudah bersiap hanya bersandar di dinding bilik berkumpul itu.Jam dinding menunjukkan pukul 8:20 pagi tetapi hanya dia seorang sahaja tika itu. 'Tak menepati masa betul la diorang ni.' keluhan kecil dilepaskan.Kedengaran tapak kaki seseorang memasuki bilik itu.Fang mengalih pandangannya ke arah pintu.Mereka hanya berbalas pandang

Krik,krik

Fang mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu disebabkan kebisuan diantara dia dan orang itu.
"Fang"orang tersebut memanggil seterusnya menghalang laluan keluar Fang.

"Apa?" Fang mengalihkan pandangan.Wajah bersalah Boboiboy menyapa pandangan matanya. "Aku mintak maaf berkasar dengan kau semalam" tutur Boboiboy ikhlas dan menghulurkan tangannya untuk berjabat.

Fang mengeluarkan keluhan kecil.Dia dah lama maafkan Boboiboy.Semalam pun dia tak sengaja merempuh Boboiboy kerana dia tidak tahan untuk ke tandas tika itu. "Yelah,kau kan kawan aku" Fang menyambut jabatan tangan Boboiboy.

"Aik,apasal dengan korang ni?Gaduh ke?" Ochobot memandang hairan dua manusia di hadapannya.Mereka hanya tersenyum.

"Ochobot semua dah sedia" panggilan Kommander menyedarkan Ochobot   dari bicara mereka. "Baik,KUASA TELEPORTASI" sebuah teleportasi muncul di hadapan mereka."Semoga berjaya" Kata-kata Kommander kedengaran sebelum Boboiboy ,Ochobot dan kawan-kawannya menapak masuk ke dalam.Here we go.

-to be continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Oright guys,okey x?Kalau x okey author kisah apa, citer author.Gurau2😂😂😂.Author x dek idea pulak..hehe..(author x  reti nk reka nama planet selain planet dalam Boboiboy galaxy,little help plis?)

-Tq and plis vote, comment
-that's all Autmn out
-bye lovelies😆

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now