Chapter 1

64 2 11
                                    

*the picture is not mine
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peluh merinik di dahi gadis itu tatkala dia tersedar dari mimpinya sebentar tadi.

'Apa yang berlaku dalam mimpi tu? Siapa Ochobot? Sejak bila rumah aku ada laman belakang r macam tu?' soalan yang membanjiri benak fikiran menyukarkan dirinya untuk bernafas dengan normal.

'Aku kena tenangkan diri dulu.' Mukanya diraup berkali-kali.

'Dah pukul berapa ni?' soal hati kecilnya. Jam biru ditangannya ditilik.

 6:15 pagi.

'Aku kena bersihkan diri dulu. Hari ni kan daddy dengan mommy nak bawak aku pindah sekali ke Pulau Rintis.' Rasha bangkit dari pembaringanya dan berlalu ke bilik air.

STATION TAPOPS

Boboiboy dan kawan-kawanya yang lain sedang berlatih di kawasan latihan sementara menunggu arahan seterusnya dari Kommander Kokoci.

Latihan diantara Fang dan Boboiboy menjadi sengit apabila Boboiboy menggunakan kuasa terkuatnya.


"BOBOIBOY KUASA TIGA!" Muncul Boboiboy gempa, blaze dan solar. Sejak kebelakangan ini, lazimnya Ochobot meminta Boboiboy membiasakan diri memecah kepada element yang jarang digunakan untuk memudahkan misi yang akan datang.

"Habislah kau Fang!" ujar Boboiboy Blaze. "Ish,HARIMAU BAYANG!" Fang mula mengeluarkan kuasanya apabila tercabar dengan ejekan itu .

"Serang mereka!" arah Fang menyebabkan harimau tersebut berlari laju ke arah Boboiboy. "Boboiboy!" jeritan mengejut dari Ochobot menyebabkan latihan di dalam kawasan itu terhenti.

"Kenapa ni Ochobot?" soal Boboiboy setelah dia  bercantum semula dan berlari mendapatkan Ochobot yang berada di kawasan pintu masuk latihan. Kawan-kawannya yang lain turut berlari ke arah mereka.

"Aku, aku-" pernyataan Ochobot terhenti apabila Ochobot tiba-tiba pengsan dan disambut oleh Yaya. "Ochobot! Kau okey tak ni?" soalan Boboiboy dibiarkan sepi apabila Ochobot tidak memberi apa-apa respon.

"Jom, kita bawak dia pergi jumpa kommander, dia mungkin tahu apa yang berlaku" cadang Ying dan dipersetujui semua tanpa bantahan.

Setibanya mereka berjumpa kommander, mereka menceritakan apa yang berlaku. "Hmm, mari kita bawak Ochobot jumpa Nut, dia mungkin tahu" ujar kommander dengan riak wajah yang cemas.

"Podah, harapkan pagar, pagar makan padi. Tak boleh harap" ujar Gopal tanpa malu. "APA KAU KATA?!" suara kommander mula naik.
"Takde apa, kommander. Takde apa" Gopal menyorok belakang Boboiboy apabila melihat renungan tajam Kommandernya.

Apabila mereka menjumpai Nut, mereka menceritakan segalanya sekali lagi. Nut mengambil Ochobot dari tangan Yaya dan mula memeriksa keadaannya.

"Siap la kau Fang, kalau Ochobot pengsan sebab kau lagi" Boboiboy memberi amaran kepada Fang. 

"Ha?! Aku? Tu cerita lama la. Ochobot pon dah tak pengsan nampak aku kan?" Marah Fang semula.

"SUDAH!JANGAN BERGADUH DI SINI!" kommander mula menggunakan suaranya untuk meleraikan pergaduhan yang bakal tercetus tu.

"Ala, kommander. Baru nak tengok diorang gaduh.Spoil la" kata-kata Gopal mendapat jelingan maut daripada Yaya, Ying dan Kommander. "Erk, hehehe. Sorry sorry" ucap Gopal kembali.

"Macam mana dengan Ochobot, Nut? Ada masalah ke?" soal Yaya yang hanya memerhati renungan tajam antara Boboiboy dan Fang dari tadi. "Hmm, nampaknya ada sedikit masalah dengan memori Ochobot ni" Nut berkata-kata apabila dia ralit mencari masalahnya dari tadi. "Ha?masalah memori? Maksud Nut?"  Boboiboy menyoal selepas sekian lama bertentang mata dengan Fang.

"Maksud Nut, Ochobot mungkin ada terhentak dimana-mana sebelum Ochobot jumpa kamu dahulu" semua di dalam bilik itu terdiam dan memandang Boboiboy. "Sebelum jumpa saya dulu? Masa saya selamatkan Ochobot dari Adudu dulu? Juga masa sebelum Ochobot beri kuasa kepada saya?" teka Boboiboy.

 Masih teragak-agak dengan jawapanya. Sudah lama Boboiboy dan Ochobot berkawan sejak dari peristiwa itu, tetapi masih ada rahsia memori Ochobot yang tidak diketahuinya.

"Ya, betul. Tetapi Nut sendiri tak tahu memori apa yang Ochobot hilang. Dia mungkin akan pengsan dari masa ke semasa. Masa itu mungkin Ochobot mendapat cebisan memori lamanya.  Jadi diharap Boboiboy dan yang lain akan pantau pergerakan Ochobot ye?" Nasihat Nut kepada semua ahli di dalam bilik itu.

"Hmm, kesian Ochobot. Sabar  ye Boboiboy?" Nasihat Yaya ikhlas kepada kawannya yang sedang memandang Ochobot dari tadi. 

"Aah la, hmm. Mesti Ochobot sakit nak harungi semua tu sekali lagi" tambah Ying dengan suara yang sayu.

"La, apa susah. Beli jelah power sfera baru, kan boboiboy?" cadang Gopal sambil merangkul bahu Boboiboy.

 "Apa kau cakap ni Gopal. Tak baiklah" tegur Yaya kepada Gopal dengan suara yang agak keras. Boboiboy menepis tangan Gopal dan berlalu keluar dari situ tanpa berkata apa-apa.

"Erk" Gopal kematian kata kata. "Ha, kan Boboiboy dah merajuk. Pergi la pujuk dia." Tambah Ying masih tidak berpuas hati dengan apa yang baru dituturkan oleh rakannya itu.

 "Dey, Boboiboy. Tunggu aku!" Gopal berlari keluar dari bilik itu mendapatkan Boboiboy yang kian jauh darinya.

"Wei, lu okey tak Fang?" soal Ying apabila Fang yang bersandar pada dinding bilik itu tidak berganjak dari tempatnya walaupun Kommander, Yaya dan Nut telah keluar dari bilik itu.

 Fang hanya mampu mengeluh. Adakah ada silapnya juga sampai Ochobot jadi begini?

"Jomlah keluar Ying, waktu rehat dah nak habis ni."

Fang menapak keluar dari bilik itu ditemani Ying yang hanya mendiamkan diri dan berharap semuanya akan menjadi normal semula. Lampu bilik ditutup dan Ochobot ditinggalkan bersama power sfera yang lain.

Bzzt,bzzt

Bunyi elektrik  dan suara kecil Ochobot meminta tolong mula kedengaran."Tolong aku, Boboiboy".

-To Be Continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Incase korang tak ingt, author nak ingtkan. Slps Boboiboy dapat tahu yang Fang ada kuasa, dia cari punca Fang dpt kuasa tu dan menyalahkan Fang, Ochobot kerap pengsan. Kalau korang still x ingt,boleh tgk balik citer boboiboy lama.

*AND A VERY BIG THANK YOU TO
sa_v_age                    FOR THIS BEAUTIFUL COVER.I LOVE IT SOOO MUCH

THANK YOU SO MUCH SIS😉😉PLIS CHECK OUT HER AWESOME BOOK "Biar Dirimu Menjadi Rahsia" oright?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THANK YOU SO MUCH SIS😉😉
PLIS CHECK OUT HER AWESOME BOOK "Biar Dirimu Menjadi Rahsia" oright?

~Author out
~bye lovelies😆

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now