Chapter 6

35 4 18
                                    

*the picture above is not mine
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasha mengedipkan matanya beberapa kali. Cahaya lampu menyucuk mata Rasha menyebabkan dia kembali menutup mata. Keluhan kecil dilepaskan. Selepas iris matanya menyesuiakan diri dengan cahaya bilik tersebut,dia bangkit dari pembaringannya.

Dia meneliti keadaan yang sangat asing baginya itu. Dia sedang duduk di atas sebuah katil yang lengkap dengan bantal dan selimut. Terdapat dua katil yang sama saiz, tingkap besar yang menampakan panorama yang amat cantik, meja belajar dan meja untuk membuat tugasan bersama beberapa buah komputer.

Rasha terjerit kecil apabila dua orang gadis melangkah masuk ke dalam bilik itu secara tiba-tiba. "Oh, baguslah kau dah sedar. Tadi Boboiboy dan Gopal yang jumpa kau dalam bilik stor kapal angkasa ni." gadis bertudung merah jambu memulakan perbualan diantara mereka.

"Ya lo, awak  buat ape dalam bilik tu?" Gadis yang kelihatan seperti cina itu pula menyambung bicara perempuan berlitup itu. "Er, saya-" Rasha tidak menjumpai kata-kata yang sesuai untuk diberikan kepada kedua gadis dihadapannya kini. 'Kapal angkasa? Ni? Say what now?' Rasha yang masih terkejut dengan informasi yang baru diperoleh hanya mampu memberikan senyuman hambar.

'Takkan aku nak kata aku curios dengan benda alah aku jumpa semalam pastu saje nak jalan-jalan.Mati aku' bicara hati Rasha terhenti apabila gadis bertudung merah jambu itu mengenalkan dirinya.

"Nama aku Yaya " "Dan aku Ying" Ying menyambung sesi perkenalan Yaya. "Er,nama aku-" Rasha yang ingin turut sekali dalam sesi memperkenalkan diri terhalang apabila Yaya menarik lembut tangannya keluar dari bilik itu.

"Eh, eh. Kita nak pergi mana ni?" pertanyaan Rasha disambut dengan senyuman manis kedua gadis yang kini disisinya."Kiteorang nak bawak kau pergi jumpa kommander" Pernyataan seakan-akan berbunyi 'mati' itu mengejutkan Rasha dari lamunanya. 'Matilah aku' ayat itu berulang-ulang di dalam kotak fikirannya sehingga dia tiba di kawasan memandu kapal tersebut.

Kawasan tersebut agak luas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Kelihatan tiga orang remaja lelaki berada di hadapannya. Kedudukan mereka berdiri melindungi pandangan matanya daripada melihat rupa kommander kapal itu. 'garang tak? Ish. Seram aku tengok.'
"Kommander, dia dah sedar" ucap Yaya dan Ying serentak sambil melakukan gaya hormat Tapops.

Remaja-remaja lelaki tadi yang ralit memerhati skrin di hadapan mereka memusingkan badan mereka untuk melihat orang yang dinantikan tersedar dari tadi. "Hmp, mane? Korang tepi sikit boleh tak?" kommander kapal yang masih tidak dapat melihat Rasha menghalau remaja-remaja itu dari pandangannya.

"Ha, sedar pon kau. Cakap, macam mana kau boleh ada dalam bilik stor kapal angkasa aku?" Rasha tergamam melihat kommander kapal tersebut. Bukan sebab handsome sangat tapi sebab,

"Pendeknya"

Krik,krik

"APA KAU KATA?!" Kommander yang jelas sakit hati dengan pernyataan berani mati itu bertanya kembali kepada gadis di hadapannya. Rasha laju menutup mulutnya dan tersengih apabila tersedar dia terlepas cakap.

"Erm, bukan pendek tapi handsome. Kommander salah dengar kut" Rasha cuba menutup kembali kesalahannya sebentar tadi.

"PFFT, HAHAHAHAHAHA" Tawa akhirnya terlepas dari mulut kesemua ahli di dalam bilik itu kecuali Kommander dan Rasha.

"HAHAHA, ADUH SAKIT PERUT AKU" lelaki yang berbadan agak gempal memegang perutnya. Menahan senak. "HAHAHA, TERBAIK" lelaki bertopi oren itu membuat gaya 'terbaik' dan memegang bahu lelaki berambut hitam untuk sokongan. Yaya dan Ying hanya ketawa sambil menutup mulut mereka.

"Nama aku Boboiboy" lelaki bertopi oren itu memperkenalkan dirinya apabila ketawanya telah reda. "Ni, Gopal" Boboiboy menunjukkan jari ke sebelah kiri untuk memperkenalkan Gopal. Gopal yang masih bersisa ketawanya hanya melambai. "Ni pulak, Fang" jari ditunjukkan pula ke sebelah kanannya. Lelaki berambut hitam yang diperkenalkan sebagai Fang itu hanya tersenyum kecil.

"Dan ni, Kommander Kokoci. Jangan panggil dia pendek, dia marah" Boboiboy memperkenalkan ahli yang terakhir di dalam bilik itu dan membisik pernyataannya yang terakhir. Hanya cukup untuk Rasha menangkapnya.

"Ooo. Nama aku Rasha. Terima kasih tolong aku tadi." Rasha akhirnya memperkenalkan dirinya bersama senyuman kecil. Lesung pipit mula kelihatan di pipi kanannya. "Kapal angkasa ni kommander ke yang bawa?" soalan yang ingin ditanyakan dari tadi terbit juga.

"Eh, tak lah. Kapal ni Captain Papa yang bawak. Dia pergi tandas kejap" Fang yang bersandar di dinding kapal itu menjawab tenang. 'Ingat cool ke sandar macam tu? Tapi, hensem jugaklah tengok dari sini. Ish, apa aku cakap ni' Rasha mengalihkan perhatiannya dari terus melihat Fang.

"Huh, tergugat kejap iman aku" Rasha mengucapkan kata-kata yang hanya cukup untuk kedua belah telinganya dengar. "Kau tak jawab lagi soalan aku. Ke kau nak aku buang kau dari kapal angkas ni ?" kesabaran Kommander mulai tipis.

"Erk, macam ni cerita dia" selepas tergugat dengan ugutan Kommander, Rasha menceritakan segalanya dari dia tiba di Tok Aba kokotiam hingga dia pengsan terhidu gas tidur.

"Ooo, memang patut pon. Aku dan Boboiboy pun terhidu gas tu. Tapi masa tu kitorang keluar dari kapal angkasa. Sepatutnya ade orang jaga pintu masuk tu ."Kata-kata kommander diakhiri dengan jelingan tajam ke arah Gopal.
"Dey, apa salah aku kommander?" soal Gopal sambil berlari lintang-pukang dari Kommander yang ingin memukulnya.

"APA SALAH KAU, KAU KATA? AKU SURUH KAU JAGA PINTU MASUK!BUKAN BUAT PHOTOBOOTH  KAT DEPAN TU!" marah Kommander sambil mengejar Gopal yang berlari dalam bulatan."Hahaha, terbaik" Boboiboy sedikit pun tidak menolong kawannya itu. Mungkin kerana memang salah Gopal pada waktu itu.

"Kenapa tiba-tiba ada orang nak sembur gas tidur pula?" Rasha bertanya hairan. "Owh, sebab Adudu nak culik motobot" jawab Gopal ringkas. "Adudu? Motobot? Sape?" kedutan di dahi Rasha cukup menjelaskan yang dia amat tidak faham dengan situasinya kini.

"Adudu tu alien yang nak culik power sfera untuk kepentingan diri dia sendiri. Motobot pulak power sfera yang mempunyai kuasa pemberian kenderaan. Selepas aku dan Kommander terhidu gas tu, kitorang tertidur dan waktu tu Adudu datang dan culik Motobot. Aku dan Gopal selamatkan Motobot balik dan Kommander mengerahkan kitorang jalankan misi yang seterusnya. Sebab tu, sekarang ni, kitorang tengah gerak ke Stesion Tapops untuk cari dan jalankan misi yang seterusnya. Walaupun sebenarnya kitorang baru balik dari misi." Boboiboy melepaskan keluhan selepas menerangkan panjang lebar kepada Rasha tentang apa yang berlaku .

"Ooo, macam tu. Macam mana kau dengan Boboiboy jumpa aku pulak?" Rasha bertanya kepada Gopal pula, kesiankan Boboiboy yang penat menerangkan kepadanya panjang lebat tadi.

"Kitorang tertumpahkan air sirap atas katil pagi tadi, kitorang takut kommander marah terus kitorang pergi bilik stor nak bersihkan katil, lepastu tiba-tiba ternampak kau  atas lantai. Aku panggil Yaya dan Boboiboy pulak bagitau Kommander " penerangan Gopal  memuaskan hati Rasha. Tapi bukan bagi Kommander mereka.

"APA KAU KATA?! KORANG TUMPAHKAN AIR SIRAP ATAS KATIL?!" Kemarahan Kommander yang baru saja beransur naik kembali. Tetapi kini  Boboiboy ikut sama berlari dalam bulatan bersama Gopal sambil mengelak dari terkena pukulan Kommander.

"Maaf, Kommander" ucap Gopal dan Boboiboy serentak.Akhirnya rahsia yang sepatutnya disimpan terbocor hanya kerana soalan Rasha.

Rasha termenung sendiri. 'Jap,Boboiboy cakap tadi power sfera kan? Kenapa macam pernah dengar ea perkataan tu'

-To Be Continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* hye guys.Okey x chap kli ni? Tapi author rase lambat sgt la citer ni jalan. Sorry 😂😂😂. Author buat lambat-lambat sbb author nak cukupkan 20 chap and sbb x dek idea😂😂. Jangan ingt Rasha suka Fang ea, dia hanya suka cara Fang menunjukkan kecoolan dia je. 😆

-leave your thoughts about this chap in the comment section and dont forget to vote
-that's all, autumn out
-bye lovelies 😆😆, see u in next chap

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Kde žijí příběhy. Začni objevovat