Prolog

139 5 12
                                    

*The picture is not mine
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Lama kelamaan hujan mulai lebat. Budak perempuan berkulit sawo matang dan berambut ikal  mayang separas bahu sedang ralit menonton siaran kegemarannya di kaca tv tika itu. Popcorn yang  dimakannya sejak tadi telah habis. 'Huh,aku rasa baru tadi popcorn ni penuh.Kena la buat yang lain pulak.' Rasha mengeluh kecil kerana kemalasannya untuk berganjak ke dapur.

BOOM!

Bunyi letupan itu mengejutkan gadis itu. 'Bunyi apa tu?' soal Rasha ketakutan."Dah la aku sorang je kat rumah ni , ralit sangat tengok televisyen ni sampai tak sedar dah tengah malam"
gumam Rasha perlahan. 

'Macam mana ni, aku bukan berani sangat nak pergi jenguk bunyi tu, dah la datang dari belakang rumah, gelap pulak tu .' Rasha mengeluh lagi.

'Hmm, pergi je lah tengok sekejap.' Tangan kecil Rasha mengambil penyapu di sebelah kanannya dan bergerak ke arah pintu belakang rumah. Selipar disarung dan Rasha mula mencari kawasan letupan tadi. Keadaan belakang rumah yang gelap gelita dan basah dengan hujan menyukarkan lagi pergerakan Rasha untuk mengenal pasti kawasan tersebut.

'Ish, patutnya aku bawak lampu suluh tadi.' Akibat kepekatan malam, Rasha tersilap langkah dan tergelincir ke dalam sebuah kawah yang agak besar. 'Aduh,sakitnya kaki aku. Eh,sejak bila kawah ni ada kat sini?' Rasha mengaduh kecil dan mula melihat persekitarannya.

 Tiba-tiba, kornea matanya menangkap sebuah objek berwarna kuning dan berbentuk sfera. 'Eh,apa ni?' Penyapu yang dibawanya tadi mula diangkat. 'Hmm? Tak jadi pape pon.' Rasha menolak sedikit bola sfera itu dengan penyapunya.

"Hoi! Sakitlah!" Bunyi yang muncul secara tiba-tiba itu mengejutkan diri Rasha. Budak perempuan yang berumur 11 tahun itu mula mengundurkan diri sedikit dari bola tersebut. Rasha yang tergamam hanya mampu melihat apabila objek sfera tersebut mengeluarkan tangan dan matanya.

"Siapa kau nie?!" jerit Rasha dan mengundarkan dirinya lagi. Kakinya yang mula membiru tidak dihiraukan.

"Nama aku Ochobot, sebuah power sfera" Bola sfera berwarna kuning itu mula memperkenalkan dirinya."Power sfera? Apa tu?" soal Rasha hairan. "Tu tak penting sekarang ni! Ada alien yang sedang kejar aku ni!" ujar Ochobot ketakutan. 

Rasha mula ligat berfikir. "Hmm, kau duduk rumah aku la buat sementara waktu ni. Takut alien tu culik kau pulak kalau kau merayap macam ni" tutur Rasha prihatin. "Ha?! Boleh ke? Yeay!" sorak Ochobot riang. Ochobot mula melihat persekitaran kawasannya.

"Eh, aku kat mana ni?" tanya Ochobot kepada budak perempuan yang mula berdiam diri. "Ooo,kau kat belakang rumah aku la" Ochobot menepuk kuat dahinya.

 "Ish,kau ni. Memang la belakang rumah  kau, tu aku nampak la. Aku kat planet mana ni?" Budak itu hanya tersengih dan membuka mulut ingin menjawab pertanyaan Ochobot tadi.

Tiba-tiba, seseorang mencelah percakapan Rasha dengan suara yang lantang.

"KAU! BAGI AKU POWER SFERA CARDBOT SEKARANG! AKU TAHU KAU SEMBUNYIKAN DIA DI BILIK BAWAH TANAH KAU!"

Suara tersebut memecah kesunyian malam itu. "Power sfera Cardbot? ni yang mana pulak?Banyak ke power sfera kat planet ni?" soal Rasha hairan kepada Ochobot tanpa mempedulikan orang yang telah mencerobohi kawasan rumahnya. "Mana la aku tahu,ni planet kau bukan planet aku" balas Ochobot selamba. 

Penjahat tersebut kelihatan marah apabila gadis dan power sfera lain dihadapnnya jelas menghiraukan kewujudannya ketika itu. "ARGHHH, BAGI AKU CEPAT!!!!" kesabaran penjahat itu mulai tipis.

Pistol yang dipegang penjahat tersebut dicapai dan peluru dilepaskan ke arah gadis tersebut bertalu-talu. Ketakutan Rasha mulai menyerbu dirinya tapi setiap serangan dapat dielak dengan mudah. Rasha sempat menilik muka penjahat itu. 'Hah,muka macam badut. Boleh balik circus la' kata hati Rasha berbicara. 

Ochobot yang risau akan keselamatan perempuan yang baru ditemuinya memanggil budak tersebut."Woi,mari sini kejap!" jerit Ochobot sekuat hati ke arah budak itu. Rasha mendekati Ochobot sambil mengelak serangan yang tidak henti-henti diberikan. 

Apabila penjahat tersebut ingin melancarkan serangan yang seterusnya, Ochobot memegang tangan Rasha dan menjerit "KUASA PEMBERIAN KUASA!" Cahaya putih mula menyukarkan penglihatan Rasha.

-To be continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Just a quick announcement guys....
So basically, author bayangkan Boboiboy dan kawan-kawan dia berumur 16 tahun ye (sama dengan umur Rasha)... Takkan la oc nk suka budak darjah lima kan, soo, yeah. Dan scene dalam citer ni akan sama dengan scene dalam Boboiboy Galaxy Tapi turutan episode dia tak sama. Do I make myself clear? Yes. So, agak kucar kacir la episode dalam ni ye. Kalau korang still x phm boleh tanye di ruangan comment ye?

Orait,thats all.
Bye for now lovelies😆

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now