Daneen terpinga-pinga. Masih tak faham apa yang mereka bualkan. Kutip remis? Remis tu ikan ke?

MULUT Daneen melopong sebaik sahaja melihat bahagian di dalam bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MULUT Daneen melopong sebaik sahaja melihat bahagian di dalam bilik itu. Tok Mek mengatakan bilik ini merupakan bilik meletakkan barang-barang yang terpakai (digunakan apabila diperlukan) atau lebih senang dikenali sebagai bilik stor. Pelbagai barangan terpakai terdapat di dalam bilik itu.

Sejujurnya, bilik ini tak sesuai dijadikan bilik stor, ianya sesuai dijadikan bilik tidur. Mana tidaknya, barang-barang tidak terpakai itu tersusun dan kontra bilik itu cerah.

"Daneen, kenapa tercongok lagi kat depan pintu ni?" Suara Nek Dara menjengah ruang pendengaran. Daneen lantas menoleh dan memandang muka Nek Dara.

"Tok Mek, betul ke ni bilik stor?" tanya Daneen tak percaya.

"Betul, ni bilik stor."

"Bilik stor ni cantik la, Daneen macam tak percaya ataupun memang sebelum ni bilik ni kepunyaan sesiapa?" Daneen mengorek lagi.

"Bilik suami Daneen tu," beritahu Nek Dara berterus terang. Daneen dah jadi sebahagian daripada keluarga, tiada apa-apa perlu dirahsiakan.

"Abang Dan ke? Daneen agak dah sebab Abang Dan memang suka suasana warna pink," kata Daneen sambil ketawa kecil.

"Daripada kecil Dan tu Daneen, warna tu kegemaran sangat. Takut Tok Mek kalau dia minat ke arah perempuan."

Daneen termangu seketika. Riak muka Nek Dara menandakan dia serius dalam kata-katanya sebentar tadi. Daneen mula tak sedap hati.

"Tak adalah Daneen, Tok Mek gurau ja." Nek Dara bersuara menghalau rasa tidak enak yang berkunjung di lubuk hati cucu menantunya itu. Dari riak wajah dia dah tahu Daneen dah makan umpan.

Daneen ketawa hambar. Merah betul mukanya tadi sementara menunggu Tok Mek menafikan.

"Tok Mek ni buat takut Daneen je," adu Daneen bernada manja.

"Kalau Daneen nak pasti lelaki ke..." Belum sempat Nek Dara menghabiskan butir bicaranya, Daneen laju memotong.

"Hisy Tok Mek, Daneen malulah!" Daneen menjerit kecil.

"Daneen tu isteri, hubungan pun halal. Toksah malu-malu. Daneen mulakan la, Dan pasti menyusul. Macam tadi tu, laju ja Tok Mek tengok."

Tok Mek ni! Haisy, rasa nak nyorok bawah kerusi.

"Daneen muda lagi la Tok Mek," ujar Daneen berbahasa. Pipinya saat ini merah menahan malu.

"Ada anak awal ni la orang tua-tua paling suka, setidak-tidaknya bila anak besar nanti Daneen belum tua lagi," nasihat Nek Dara.

"Bukan sebab tu Daneen tak nak Tok Mek, Daneen cuma takut Abang Dan anggap Daneen jenis perempuan yang terlalu memberi ke? Mana tahu kan," luah Daneen berdasarkan tafsirannya.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now