"Abang, Daneen minta maaf." Daneen bangun dan memeluk leher Aidan. Menangis semahunya dia di bahu suaminya itu.

"Kenapa nangis?" Aidan terus bertanya. Kenapa tiba-tiba pulak isterinya ni? Dia memang merajuk dan rasa tercabar tadi, tapi tak marah betul pun.

"Daneen bergurau je tadi, maafkan Daneen abang," jelas Daneen ringkas. Dia memeluk Aidan lebih kuat.

"Abang saja je nak layan mereng sayang, dah-dah jangan nangis," pujuk Aidan sambil mengusap belakang badan isterinya.

"Kenapa nangis lagi? Abang dah maafkan."

Daneen mengelap air matanya seraya mendekatkan mulutnya di telinga Aidan sambil memegang bahu Aidan.

"Daneen sebenarnya nak lagi," bisik Daneen bersama sengihan nakal.

"Nak apa?" Aidan menyoal bingung. Tak faham apa yang Daneen mahukan.

"Nak CPR daripada abang, macam tadi."

Aidan tergelak sinis. Tubuh Daneen ditarik duduk di atas pahanya. Gelagat Daneen memang mencuit hati.

Manakala Daneen, baginya senyuman Aidan menghanyutkan. Daneen merangkul leher Aidan lantaran bahagia mula meresap. Panahan kasih itu menyambar hatinya. Kesunyian mengundang suasana yang diimpikan. Suasana romantis biarpun dipagi hari.

Mata mereka bersambung. Senyuman tersungging di bibir masing-masing. Bibir mereka hampir bertaut, sangat hampir...

Tapi malangnya...

Serentak pasangan itu menoleh bersama mata terbuntang luas. Terpempan tatkala melihat Tok Mek yang menyaksikan adegan Kisses mereka.

"Masya Allah budak berdua ni!"

Daneen dan Aidan saling berpandangan. Daneen tersengih malu manakala Aidan berdecit segan. Aidan merungkaikan pegangan di pinggang Daneen setelah Daneen melepaskan rangkulan di lehernya.

Masing-masing buat-buat sibuk makan.

"Baru pagi Dan, Daneen. Kalau nak buat pun, masuk la dalam bilik." Nek Dara memulakan leterannya sambil bercekak pinggang.

Aidan berpeluh. Dahinya dikesat lalu mengangkat wajahnya memusat pandangan ke ara Nek Dara.

"Dan? Tak buat apa-apa pun. Kan sayang kan? Tok Mek salah tengok kut," bohong Aidan lalu menunduk kembali.

Sekali jelah tengok, tak berani tengok lama-lama, pandangan orang tua ni bukan boleh bawak main, kena jaga-jaga. Takut silap hari bulan, gugur rambut. Tak fasal-fasal kena buat rawatan rambut dekat Yu Nam Hair Care.

"Habis makan tolong Tok Mek, pergi pantai kutip remis," pinta Nek Dara seraya membuka paip air singki.

Daneen tengok sahaja gelagat mereka. Seronoknya ada nenek. Dia? Dia pun tak tahu asal usulnya. Hargh pilunya hati.

Aidan lekas bangun dan bergegas ke singki. Tubuh tua itu dipeluk dari belakang. Daneen tersenyum. Suaminya ni ada manja. Beruntungnya dia.

"Kutip remis? Tok Mek, Dan love you so much!" jerit Aidan. Ceria suaranya.

"Dan ingat Tok Mek pahe?"

"Takkan tak tahu Tok Mek, buruk sungguhlah." Aidan memerli sambil ketawa.

"Sedap mulut Dan, dah lama tak kena cili la ni." Suara Tok Mek berbaur ugutan. Aidan cepat-cepat memikirkan idea menukar topik.

"Dan sayang Tok Mek ketat-ketat! Sayang, kita pergi kutip remis!" Aidan menjerit lagi kemudian menoleh ke arah Daneen dan mengulang ayatnya berkali-kali. Happy la katakan.

Isteri TeristimewaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang